termaksud | dikehendaki, dimaksudkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maksud | 1. tujuan, hajat, kehendak, niat: ~ aku ke sini ialah hendak berjumpa dgn engkau; ~ hatiku pun hendak ke sana juga; 2. erti yg tersimpul dlm sesuatu ayat (perbuatan dll): apakah ~ perkataanmu itu?; aku masih belum tahu lagi ~ aku dipanggil; bermaksud 1. bertujuan, berhajat, berkehendak, berniat (hendak): kami ~ hendak menyerahkan wang itu dgn seberapa segera; 2. mengandungi erti: apa yg diucapkan sebentar tadi itu tidak ~ demikian; memaksudkan 1. menghendaki, meminta: dialah yg dimaksudkan hadir dlm seminar itu; 2. memberi erti yg sebenar, (hendak) menyampaikan atau menyatakan (sbg maksud): Ali masih samar-samar tentang apa yg dimaksudkan oleh perempuan tua itu; apabila ia menerangkan tentang pendekatan struktur, ia ~ pendekatan formalistik juga; termaksud dikehendaki, dimaksudkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |