termenung, termenung-menung | dlm keadaan bermenung: sejenak ia ~ memikirkan sesuatu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menung | ; bermenung, bermenung-menung berfikir panjang, memikir dalam-dalam, tafakur: belum sempurna fikir kekanda dlm hal itu agaknya, bawalah dahulu ~; memenungkan memikirkan dalam-dalam: ibu yg kehilangan suaminya masih ~ bagaimana hendak menyara anak-anaknya; termenung, termenung-menung dlm keadaan bermenung: sejenak ia ~ memikirkan sesuatu; menungan, kemenungan tafakur, renungan; permenungan perbuatan bermenung: bila-kah gerangan akan habis ~mu wahai orang muda? pemenung orang yg suka bermenung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
termangu-mangu | duduk termenung-menung kerana susah hati dll; melengung: Dia suka duduk ~ seorang diri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
termangu | termangu-mangu duduk termenung-menung kerana susah hati dll; melengung: Dia suka duduk ~ seorang diri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mangu | ; termangu, termangu-mangu duduk termenung-menung kerana susah hati dll; melengung: Dia suka duduk ~ seorang diri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mangu | ; termangu, termangu-mangu termenung-menung (kerana susah hati, bingung, dll), melengung: sejak ibunya meninggal, ia kelihatan selalu ~ sahaja; ia pun duduk termangu-mangu; ketermanguan keadaan termangu: dlm ~ itu, Mat Janin termenung sendiri; mangau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teringa-inga | termangu-mangu (kerana sedih, terkejut, dll), hilang akal, termenung-menung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
inga-inga | termangu-mangu (kerana sedih, terkejut, dll), hilang akal, termenung-menung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keteguran | 1. = ~ hantu sakit kerana diganggu hantu, kerasukan (hati dll); 2. ark termenung-menung kerana bingung dll, terkasima. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
inga | ; inga-inga, teringa-inga termangu-mangu (kerana sedih, terkejut, dll), hilang akal, termenung-menung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |