terminal cerdas(intelligent terminal) | Terminal komputer yang mempunyai kuasa pemprosesan dan ingatan untuk menjalankan pemprosesan tanpa mengharapkan sistem komputer utama atau terminal lain. | Kamus Komputer |
terminal pengguna(user terminal) | Terminal komputer yang dikhaskan untuk penggunaan biasa dan bukan untuk tujuan pengawalan atau penyeliaan. | Kamus Komputer |
terminal paparan(display terminal) | Terminal komputer yang digunakan untuk memaparkan data visual. | Kamus Komputer |
terminal dungu(dumb terminal) | Unit terminal komputer yang mempunyai ciri input dan output tetapi tidak mempunyai kebolehan untuk memproses data secara sendiri. | Kamus Komputer |
terminal paparan video(video display terminal) | Terminal input/output yang digunakan untuk memaparkan data video daripada komputer atau peranti penjana video. Singkatan VDT. | Kamus Komputer |
terminal tempat jualan(point-of-sale terminal) | Terminal komputer yang digunakan dalam urus niaga runcit, seperti pasar raya, untuk menerima dan merakamkan maklumat jualan secara langsung. | Kamus Komputer |
e-mel | /i-mél/ maklumat, mesej dsb yg dihantar secara elektronik dr satu terminal komputer ke terminal komputer yg lain. meng-e-melkan menghantar maklumat, mesej dsb secara elektronik dr satu terminal komputer ke terminal komputer yg lain: Dia ~ kisah sedih itu kpd rakannya. peng-e-melan perihal atau perbuatan meng-e-melkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
VDT | Singkatan bagi video display terminal. Lihat terminal paparan video. | Kamus Komputer |
kesediaan terminal data(data terminal ready) | 1. Salah satu nama isyarat dalam piawaian antara muka EIA RS-232-C/ V.28 untuk litar kawalan terminal atau komputer memberitahu modemnya bahawa litar kawalan sedia untuk tugas penghantaran atau penerimaan data. 2. Salah satu pin isyarat kawalan pada piawaian penghantaran data tak segerak, RS-232C. Singkatan DTR. | Kamus Komputer |
kecerdasan setempat(local intelligence) | Kuasa pemprosesan dan ingatan yang disediakan dalam terminal komputer supaya terminal itu dapat menjalankan pemprosesan tanpa mengharapkan sistem komputer utama atau terminal lain. | Kamus Komputer |