Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.mi.num] | ترمينوم

Definisi : 1. minum dgn tidak sengaja, telahatau sudah diminum; 2. boleh (dapat) di­minum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.mi.num] | ترمينوم

Definisi : 1 sudah diminum; diminum dgn tidak sengaja. 2 dpt diminum (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minum (kata kerja)
Bersinonim dengan meneguk, menggogok, menggelogok, menogok, menogak, menunggang, menghisap, menghirup, menyedut, menelan, menjilat, mereguk;,
Kata Terbitan : terminum, minuman, peminum,

Puisi
 

Hendak diminum tidak terminum,
     Minum sedikit di dalam cangkir;
Hendak senyum tidak tersenyum,
     Senyum sedikit di hujung bibir.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Telentang sama menadah embun,
     tertiarap bersama memakan pasir.

Bermaksud :

Orang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terminum1 sudah diminum; diminum dgn tidak sengaja. 2 dpt diminumKamus Pelajar Edisi Kedua
terminum1. minum dgn tidak sengaja, telahatau sudah diminum; 2. boleh (dapat) di­minum;Kamus Dewan Edisi Keempat
terminum1 sudah diminum; diminum dgn tidak sengaja. 2 dpt diminum. minuman benda cair yg boleh diminum.Kamus Pelajar
payau I1. agak masin (rasa air): ia terminum air itu sedikit ketika berkumur-kumur, rasanya ~ dan berbau lumpur; 2. tidak enak rasanya: tekakku ~, semacam nak demam rasanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
meminumkan1 menuang sesuatu ke dlm mulut orang lain supaya diminum: Ia ~ ubat kpd ayahnya yg sedang sakit. 2 menyuruh atau memberi minum: ~ lembu. TerminumKamus Pelajar
minum= meminum meneguk sesuatu yg cair spt air, susu. meminumkan 1 menuang sesuatu ke dlm mulut orang lain supaya diminum: Ia ~ ubat kpd ayahnya yg sedang sakit. 2 menyuruh atau memberi minum: ~ lembu. terminum 1 sudah diminum; diminum dgn tidak sengaja. 2 dpt diminum. minuman benda cair yg boleh diminum. ~ keras minuman yg memabukkan. peminum orang yg gemar meminum minuman keras.Kamus Pelajar Edisi Kedua
minum meminum meneguk sesuatu yg cair spt air, susu dll. meminumkan 1 menuang sesuatu ke dlm mulut orang lain supaya diminum: Ia ~ ubat kpd ayahnya yg sedang sakit. 2 menyuruh atau memberi minum: ~ lembu. terminum 1 sudah diminum; diminum dgn tidak sengaja. 2 dpt diminum. minuman benda cair yg boleh diminum. ~ keras minuman yg memabukkan. peminum orang yg gemar meminum minuman keras.Kamus Pelajar
minum= meminum 1. meneguk atau mene­lan sesuatu yg cair (air, susu, dll); 2. Id meng­hisap (rokok, candu, dll): janganlah engkau ~ madat, kerana itu mendatangkan bebe-rapa celaka dan kebinasaan; ~ serasa duri, makan serasa lilin, tidur tak lena, mandi tak basah prb seseorang yg sangat bersusah hati; meminumkan 1. memberi minum kpd: se-orang menyediakan makanan dan seorang lagi ~ air kepadanya dgn sepuas-puasnya; 2. menyuruh (meminta supaya) minum; ~ kuda; terminum 1. minum dgn tidak sengaja, telahatau sudah diminum; 2. boleh (dapat) di­minum;minuman barang cair yg boleh diminum; ~keras minuman yg memabukkan;peminuman perbuatan (proses) meminumair dsb: bahan radioaktif masuk ke dlm tubuhmanusia melalui proses pemakanan dan ~; peminum orang yg suka (gemar, ketagih) meminum minuman keras.Kamus Dewan Edisi Keempat
tangkupsetangkup 1. = ~ tangan sebanyak yg dapat diambil dgn kedua-dua belah tangan yg ditangkupkan, seraup; 2. sama ukurannya (besarnya, bentuknya, dll) kedua-dua belah­nya, simetri; 3. seimbang, selaras: memetik kata-kata Noam Chomsky, “supaya ~ per­kem­­bangan bahasa dgn kemajuan ilmu”;bertangkup 1. kedua-dua belah boleh tutup-menutup (bibir, kulit lokan, dll), bertelangkup; 2. bertelangkup, bertelungkup: atapnya ~ bagaikan sebuah tudung saji menutup juadah; 3. menjadi rapat bercantum: kita sedang berusaha sekarang ini supaya retak ~ balik; menangkup 1. tutup-menutup atau bertaup dgn rapat (bkn dua benda dll), mengatup: mulutnya ~; 2. menelungkup, meniarap, tengkurap: maka ~lah dia mencium tanah kubur itu berulang-ulang; 3. menutupi (dgn sesuatu yg jeluk dll), menyungkup, menudungi: dgn kedua-dua belah tangan ia ~ mukanya; menangkupkan meletakkan menangkup, menelungkupkan, meniarapkan: cangkir itu ditangkupkannya di atas meja; dia pun me­niarap ~ mukanya ke bantal; menangkup-telentangkan 1. meletakkan menangkup dan menelentang bergilir-gilir, membolak-balikkan; 2. ki menimbangkan dgn hati-hati; tertangkup sudah ditangkup, telungkup, ter­tiarap: sebuah buku berkulit tebal ~ di atas mukanya; ~ sama termakan tanah, ter­lentang sama terminum air prb orang yg mahu sehidup semati (mahu sama menanggung susah dan sengsara).Kamus Dewan Edisi Keempat
sama1. tidak berbeza atau berlainan (rupa, keadaan, dll), serupa: bajunya ~ dgn baju saya; dua kali dua ~ dgn empat; pangkatnya ~ tinggi dgn pangkat saya; 2. (turut) serta, bersaing (dgn orang lain) melakukan sesuatu: penjaga kedai turut ketawa ~ apabila men-dengar cerita itu; 3. yg setanding (setaraf dsb) dgn, setanding, seimbang, setara, setaraf: jikalau seorang raja tiada menaruh malu sopan akan ~nya raja, bukanlah dia itu raja namanya; 4. = sama-sama semua sekali, kesemuanya: mereka sama-sama ketawa; 5. = sama-sama kata yg menunjukkan per-buatan dsb yg berbalas-balasan, saling: memang laki bini itu ~ tidak suka; tahu ~ tahu sama-sama tahu; 6. bp akan, kepada: aku mulai sebal ~ perempuan itu; mengapa engkau mesti marah ~ dia? 7. bp dengan, berserta: Ahmad sekarang sudah jarang bermain ~ kami; 8. sl sambil, seraya: maka kata Raja Muhammad, “Cih! Jatuh destar kita oleh Tun Besar,” ~ ia memandang penjawat-nya; ~ ada apakah, ataukah; ~ ada ... atau baik ... mahupun; ~ bina mempunyai nilai (kadar, keadaan, dll) yg sama; ~ dengan serupa dengan; ~ kita antara kita sahaja; ~ nilai (mempunyai) sama nilaian (ukuran dll); ~ sahaja tidak berbeza (berubah); ~ sahaja (juga halnya) dgn tidak ubahnya spt; ~ segi (mem-punyai) segi yg sama; ~ sekali seluruhnya, segenapnya; ~ sendap Kl berpadanan dan sesuai, cocok; ~ sendiri = satu ~ lain antara mereka itu sendiri; ~ tengah a) betul-betul di tengah; b) tidak memihak ke mana-mana, berkecuali; ~ ukur kesamaan dlm bentuk (saiz dll) antara dua bahagian; ~ unsur (unsur-unsur yg) sama sifat kimia nya tetapi berlainan berat atomnya, isotop; air ~ air, sampah ke tepi juga prb jangan ikut campur perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali kita akan tersisih juga; burung pipit ~ enggang prb jodoh yg tidak sepadan; tak ~ getah batang dgn getah daun prb kasih kpd anak sendiri itu tidak sama dgn kasih kpd anak saudara; telentang ~ menadah embun, tertiarap ~ memakan pasir = tertungkup ~ termakan tanah, tertelentang ~ terminum embun prb orang yg seia sekata dlm pergaulan; sesama antara (mereka itu) sendiri: mereka pun asyik berbicara ~ mereka; ~ manusia; sama-sama 1. semua sekali, kesemuanya (secara serentak atau sbg satu kumpulan); 2. serta, bertepatan (dgn); 3. turut serta, bersaing (melakukan sesuatu) dgn orang lain: saya mengajak saudara saudari ~ melihat bahasa dlm konteksnya; 4. ungkapan yg lazim di-gunakan utk membalas ucapan “terima kasih” drpd orang lain, terima kasih kembali; bersama 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; 2. semuanya sekali, seluruhnya: tempat per­un-dingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dgn penuh selera; 3. utk sesamanya, utk sekaliannya: harta ~; kemakmuran ~; 4. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh: isteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~; bersamaan 1. bertepatan dgn, berbetulan dgn: hari Khamis ~ 20 September; ada dua orang ahli Tasawuf yg ~ waktunya di Acheh; 2. hampir sama, hampir serupa; 3. ber-bandingan (dgn), berimbangan (dgn): 30 sentimeter salji ~ dgn 2.5 sentimeter hujan; skalanya 2 sentimeter ~ 1 kilometer; 4. berpadanan, sesuai: ~ dgn teori tadi, kita buatlah suatu rumusan; 5. setara, sebanding, setingkat: profesor madya di Amerika Syarikat ~ dgn pensyarah kanan di sini; kebersamaan keadaan atau hal bersama: rasa ~ dgn anggota masyarakat; menyama-nyama membuat diri spt, berlaku spt: tidak usahlah kita hendak ~ orang kaya; menyamai sama dgn, setaraf dgn, setanding dgn: pd zaman itu sebuah negeri pun tiada ~ Melaka, melainkan Pasai dan Haru; kuasa Mahkamah Tertinggi Persekutuan sekarang ini tidaklah pula ~ kuasa Mahkamah Ter-tinggi di Amerika; menyamakan 1. menjadikan sama (serupa, selaras, dll): arnab dapat ~ warna dirinya dgn warna tanah; kerajaan Persekutuan boleh ~ undang-undang antara sebuah negeri dgn negeri yg lain; 2. menganggap (meman-dang) sama sahaja (dgn sesuatu), menganggap tidak berbeza drpd, menganggap serupa (setara, setanding, dll): pendekatan forma-listik sering disamakan dgn pendekatan struktur; gadis Melayu tidak boleh disama-kan dgn gadis Barat; 3. mengumpamakan, mengibarat­­kan, meng­anggap sama atau seolah-olah spt: manusia tidak boleh disamakan dgn jentera; perbuatan serupa itu dapat disama-kan dgn mengusik anjing tidur; mempersamakan menjadikan bersama-sama, memperikutkan, mengembarkan, me­nyer­ta-kan; mempersama-samakan melakukan sesuatu bersama-sama (dgn orang banyak): tidak pernah kerja berat dilakukan oleh seorang sahaja, melainkan sentiasa dipersama-samakan; kesamaan perihal (sifat, keadaan) sama: manusia sangat sukar utk memelihara ~ dan kesatuan dlm soal bahasa; ketidaksamaan perihal (sifat, keadaan) tidak sama: ~ antara gambaran dan hakikat; persamaan 1. perihal sama (sifat-sifatnya dll), persesuaian: yg membentuk bangsa ialah ~ bahasa, ~ sejarah, dan ~ kebudayaan; ada ~ antara orang asli di Filipina dgn orang asli di Semenanjung Tanah Melayu; 2. perbandingan, perumpamaan, ibarat: ~ yg diberikan dlm sajak-sajak itu banyak yg salah; 3. perbandingan dua ungkapan yg sama nilainya (dlm ilmu hisab, fizik, kimia, dll); ~ kimia perlambangan tindak balas kimia dgn menggunakan simbol unsur-unsur utk me-nandakan banyaknya bahan dan hasil tindak balas; penyamaan perbuatan menyamakan (menye-laraskan): perjanjian tentang ~ ejaan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia; penyama sesuatu (orang, perkakas, dll) yg menyamakan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas