Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.mu.la] | ترمولا

Definisi : bp telah dimulakan: apabila sudah ~, susah hendak meninggalkan candu rokok ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.mu.la] | ترمولا

Definisi : telah dimulakan: Apabila sudah ~ makan ganja, susahlah hendak menghentikannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata termula


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
termulatelah dimulakan: Apabila sudah ~ makan ganja, susahlah hendak menghentikannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
termulabp telah dimulakan: apabila sudah ~, susah hendak meninggalkan candu rokok ini;Kamus Dewan Edisi Keempat
termulatelah dimulakan: Apabila sudah ~ makan ganja susahlah hendak menghentikannya.Kamus Pelajar
mencanduketagih (suka, gemar) akan sesuatu: apabila sudah termula, payah hendak meninggalkan ~ rokok ini; sejak orang ~ merantau ini, hidup berfamili cara dahulu menjadi rosak binasa; spt orang pemakan ~, dgn ~ sampai mati prb sesuatu kebiasaan itu payah hendak dihentikan;Kamus Dewan Edisi Keempat
candu1. sj bahan yg disediakan drpd biji bunga popi (boleh digunakan secara terkawal utk menghilangkan rasa sakit atau menyebabkan tidur tetapi berbahaya apabila digunakan secara tidak terkawal sbg dadah utk meng­khayalkan diri dsb); ~ mentah candu yg belum dimasak atau diproses sehingga sedia utk digunakan; 2. = ~ rokok cecair yg pekat hitam yg keluar dr rokok atau lubang paip yg dihisap; 3. = mencandu ketagih (suka, gemar) akan sesuatu: apabila sudah termula, payah hendak meninggalkan ~ rokok ini; sejak orang ~ merantau ini, hidup berfamili cara dahulu menjadi rosak binasa; spt orang pemakan ~, dgn ~ sampai mati prb sesuatu kebiasaan itu payah hendak dihentikan; mencandu 1. spt candu (lekat-lekat); 2. ada candunya: paipnya tak pernah dibersihkan hingga ~; mencandui 1. menjadikan ketagih (gemar, asyik): kalau saya tidak dicandui oleh keinginan utk jadi wartawan, tentulah saya tidak lekas-lekas meninggalkan bangku sekolah; 2. meracuni, memperdayakan, menipu: bukan maksud kami hendak ~ rakyat; kecanduan ketagihan: lagu Mera Bolbol telah menjadi lagu pujaan mereka yg ~ filem-filem Hindustan; pencandu 1. penghisap candu; 2. ki peng­gemar, peminat.Kamus Dewan Edisi Keempat
mula1 paling awal; dahulu sekali: Dialah yg ~ duduk di sini. 2 sebab: Apa ~nya dia menangis ini? 3 = asal ~ pokok pangkal; asal. mula-mula dahulu sekali; pd awalnya: ~ ia berasa takut tetapi lama-kelamaan ia berani. bermula 1 mempunyai mula atau punca; berpangkal: Sungai ini ~ dr Gunung Kinabalu. 2 pertama kali; terdahulu sekali: Pd hari itulah saya ~ mendengar cerita itu. 3 = sebermula pd mulanya: ~ maka sampailah anak raja itu ke negeri Cina. memulai menjadi sbg mula kpd: kalimah “assalamualaikum” ~ ucapannya. memulakan 1 bermula melakukan atau membuat sesuatu: Mereka baru saja ~ gerakan bergotong-royong. 2 melakukan atau menjalankan sesuatu dr mula; mengasaskan: Beliaulah yg ~ syarikat kerjasama di kampung ini. termula telah dimulakan: Apabila sudah ~ makan ganja, susahlah hendak menghentikannya. permulaan 1 yg awal atau yg pertama sekali: Pd ~ perlumbaan itu, mereka semuanya berlari dgn laju. 2 asas atau pokok; dasar. pemula 1 orang yg mula-mula membuat sesuatu. 2 sesuatu yg digunakan utk memulakan sesuatu. semula 1 sekali lagi: Ia terpaksa menulis surat itu ~. 2 balik spt dahulu atau spt sedia kala; kembali spt yg mula-mula (keadaan, tempat dll): Badannya sudah sihat ~ selepas memakan ubat. 3 yg mula-mula; yg pertama sekali: Perangainya sekarang berbeza benar drpd ~. ~ jadi a. tanpa gangguan manusia: alam ~ jadi. b. memang demikian dr mula; tidak dibuat-buat: perangai ~ jadi; rambut yg ikal ~ jadi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mula1 paling awal; dahulu sekali: Dialah yg ~ duduk di sini. 2 sebab: Apa ~nya dia menangis ini? 3 = asal ~ pokok pangkal; asal. mula-mula dahulu sekali; pd awalnya: ~ ia berasa takut tetapi lama-kelamaan ia berani. bermula 1. mempunyai mula atau punca; berpangkal: Sungai ini ~ dr Gunung Kinabalu. 2. pertama kali; terdahulu sekali: Pd hari itulah saya ~ mendengar cerita itu. 3. = sebermula pd mulanya: ~ maka sampailah anak raja itu ke negeri Cina. memulai menjadi sbg mula kpd: kalimah ‘assalamualaikum’ ~ ucapannya. memulakan 1 bermula melakukan atau membuat sesuatu: Mereka baru saja ~ gerakan bergotong-royong. 2 melakukan atau menjalankan sesuatu sejak dr mula; mengasaskan: Beliaulah yg ~ syarikat kerjasama di kampung ini. termula telah dimulakan: Apabila sudah ~ makan ganja susahlah hendak menghentikannya. permulaan 1 yg awal atau yg pertama sekali: Pd ~ perlumbaan itu mereka semuanya berlari dgn laju. 2 asas atau pokok; dasar. pemula 1 orang yg mula-mula membuat sesuatu. 2 sesuatu yg digunakan utk memulakan sesuatu. semula 1 sekali lagi: Ia terpaksa menulis surat itu ~. 2 balik spt dahulu atau spt sedia kala; kembali spt yg mula-mula (keadaan, tempat dll): Badannya sudah sihat ~ selepas memakan ubat. 3 yg mula-mula; yg pertama sekali: Perangainya sekarang berbeza benar drpd ~. ~ jadi a. tanpa gangguan manusia: alam ~ jadi. b. memang demikian dr mula; tidak dibuat-buat: perangai ~ jadi; rambut yg ikal ~ jadi.Kamus Pelajar
mula1. = asal ~ asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke ~nya; 2. yg paling awal, yg dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat, waktu, dll); ~ pertama yg paling awal, pertama sekali; wang ~ wang yg dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan); 3. sebab, lantaran, fasal: apa ~nya dia datang ke mari? mula-mula 1. terlebih dahulu, pd awalnya, pertama-tama: binatang yg ~ sekali mening-galkan laut utk hidup di darat ialah cacing; 2. sejak, semenjak: ~ sampai ia belum makan lagi; semula 1. yg dahulu, yg mula-mula, sediakala: orang sakit itu sudah sembuh spt ~; 2. yg paling awal, yg pertama sekali: pendapatnya sekarang ini berlainan dr ~; 3. (sejak) awal, (dr) mula sekali: sejak ~ dia tidak bersetuju; 4. diulang sekali lagi (dr mula), lagi sekali: sejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di atas katil; 5. balik (spt sediakala), kembali (spt dahulu): perasaan marah dan geramnya telah sejuk ~; membebaskan bandar itu ~ drpd tangan musuh; ~ jadi yg diwarisi baka; bermula 1. mempunyai mula (awal): penya-kit ini ~ dgn selesema; 2. berpunca, ber­pangkal: banjaran ini ~ dr negara Thai; 3. = bermula-mula terdahulu sekali, pertama­tama: bermula-mula yg masuk neraka itu segala raja yg zalim; 4. sediakala, yg dahulu, yg mula-mula: kedua laki isteri itu pun sama-sama duduk spt ~ dan berpandang-pan-dangan; 5. = sebermula sl pembuka kata utk sesuatu kisah dll, kata permulaan utk sesuatu kisah (peristiwa dsb), pertama-tama: ~ maka sampailah umurnya delapan belas tahun; sebermula bangkai bertimbun spt gunung, darah spt laut; 6. sl (yg) awal atau asal: maka semuanya dipersembahkan oleh Laksamana, dr ~ sampai kpd akhirnya; kebermulaan perihal (keadaan) bermula­nya: mustahillah utk mempercayai ~ waktu; mulai 1. mula-mula melakukan sesuatu: pd malam Jumaat ~lah ia datang mengintai di situ; pd hari itu juga aku ~ pula mengajar Tuan Thomson; 2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku ~ hari Khamis ini; memulakan 1. = memulai mula membuat (melakukan) sesuatu: dia terus menunjukkan cara mereka ~ peraduan itu; 2. melakukan (mengerjakan) dr mula, mengasaskan: me-mang sukar hendak ~ sesuatu perniagaan tetapi adalah lebih sukar lagi utk memelihara perniagaan itu; 3. membiarkan mula me­lakukan sesuatu: orang Parsi menunggu orang Islam ~ serangan; termula bp telah dimulakan: apabila sudah ~, susah hendak meninggalkan candu rokok ini; permulaan 1. awal, yg awal (pertama) se­kali, yg terdahulu: pd peringkat ~ inilah, penyakit itu boleh mendatangkan bahaya; 2. dasar, asas: Upu Daeng Mariwah itu ialah Yang Dipertuan Muda dan ialah yg mem-buat pokok ~ sumpah setia Melayu dan Bugis; 3. pendahuluan; ~ kata (kalam) kata penda­huluan: penyiasatan ~; berpermulaan mempunyai permulaan: se-suatu perbuatan harus ~; pemula 1. orang yg mula-mula membuat sesuatu; 2. sesuatu yg dipakai utk memulakan sesuatu; 3. Id pasukan anak serigala (sebelum pengakap).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas