Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.nam.pa/.nam.pa/] | ترنمڤق-نمڤق

Definisi : seolah-olah nampak pd pandangan mata, terpandang-pandang, ter­bayang-bayang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
nampak (kata kerja)
Bersinonim dengan tengok, melihat, memandang;,
Kata Terbitan : nampaknya, menampakkan, ternampak, ternampak-nampak,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ternampak-nampakseolah-olah nampak pd pandangan mata, terpandang-pandang, ter­bayang-bayang;Kamus Dewan Edisi Keempat
nampak1. dapat melihat (menengok): mereka tidak ~ siapa yg mengambil surat itu tadi; 2. boleh (dapat) dilihat, kelihatan, tampak: rumahnya tidak ~ dr sini; tak ~ muka hidung tidak kelihatan langsung; ~ belang diketahui hal (keadaan, maksud, dll) yg sebenarnya; ~ dekat hanya dapat melihat dr dekat (tidak boleh melihat jauh); nampaknya rupa-rupanya: ~ kita tidak ter­daya lagi membebaskan diri drpd semua ini; menampak melihat, menengok: para pe­lakon di belakang cermin ini boleh dinampak oleh penonton; menampakkan menunjukkan, mem­­­­­­­per­­­­­­­­lihat­­­­­kan: pandangan awal mungkin ~ seolah-olah semua bahan yg wujud perlu diambil kira; ~ diri memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul sehingga atau supaya dapat di­lihat; ternampak 1. sudah dilihat, terlihat: kerjaku ini ~ oleh datuk sarjan; 2. dapat dilihat, kelihatan: ia memerhatikan kalau-kalau ~ sebuah kuala sungai; ternampak-nampak seolah-olah nampak pd pandangan mata, terpandang-pandang, ter­bayang-bayang;ternampakkan terlihat akan, terpandang akan: dia ~ Razman yg sedang berjalan; kenampakan dapat dilihat, kelihatan, ke­tahuan: kemarahan ibu telah ~; ® tampak I.Kamus Dewan Edisi Keempat
tampak I1. tidak terlindung, dapat dilihat, kelihatan: di sana sini ~ pula pohon kelapa; 2. memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul, timbul (bulan, matahari): lama benar ia tidak ~; pd bulan ~ Id pd satu hari bulan; 3. nyata kelihatan, ketara: ~ kasih sayang­nya; ~ duri tak akan mengait = ~ ranggas tak akan meleting prb mengetahui seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut; tampaknya kelihatannya, pd zahirnya, rupa­nya: meletusnya perang dgn Jepun ~ tidak dapat dielakkan lagi; tampak-tampak 1. = ~ apung tidak dapat dilihat (dgn nyata), sebentar kelihatan seben­tar tidak; tidak ~ tidak kelihatan-kelihatan (muncul-muncul); 2. sebentar-sebentar ter­bayang (dlm ingatan, fikiran, dll); menampak (dapat) melihat, nampak: kalau ia berjalan-jalan dlm kota dan ~ rumah yg besar-besar dan indah-indah, kerap kali ia tegak tercengang; menampakkan menjadikan dapat dilihat, melihatkan, memperlihatkan: kemudian pe­rasaannya agak lega sedikit kerana orang itu tidak ~ tanda terperanjat;tertampak terlihat, kelihatan, ternampak; ketampakan keadaan sejauh mana atau sejelas mana sesuatu objek dapat dilihat dlm keadaan cahaya atau cuaca tertentu: istilah ini ditakrifkan sbg kekaburan yg ~nya kurang drpd satu kilometer.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas