terpekik-pekik | terjerit-jerit kerana ketakutan dll: Kadang-kadang dia meracau-racau dan ~ hendak lari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terpekik-pekik | terjerit-jerit (kerana kesakitan, ketakutan, dll): anak-anak perahu itu ~ ketakutan kerana perahu mereka hampir-hampir terbalik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpekik | tiba-tiba memekik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpekik-pekik | terjerit-jerit kerana ketakutan dll: Kadang-kadang dia meracau-racau dan ~ hendak lari. | Kamus Pelajar |
terciar-ciar | terpekik-pekik, terkuak-kuak: anak kecil itu menangis ~ kerana lapar susu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlolong-lolong | menangis terjerit-jerit, terpekik-pekik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terjerit-jerit | menjerit berulang kali dan dgn tidak menentu, terpekik-pekik: anak itu menangis ~; ~ bagai kucing biang prb perempuan yg tiada malu bercakap dgn suara keras; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ciar | ; menciar-ciar memekik-mekik (bunyi spt bunyi kanak-kanak menangis); terciar-ciar terpekik-pekik, terkuak-kuak: anak kecil itu menangis ~ kerana lapar susu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jerit I | jeritan; menjerit 1. berteriak kuat-kuat, memekik: pencuri itu mengugut hendak membunuhnya kalau ia ~; 2. mengeluh (kerana kesusahan, penderitaan, dll); terjerit-jerit menjerit berulang kali dan dgn tidak menentu, terpekik-pekik: anak itu menangis ~; ~ bagai kucing biang prb perempuan yg tiada malu bercakap dgn suara keras; jeritan 1. panggilan atau teriakan yg kuat (kerana kesukaran, kesakitan, ketakutan, dll), teriakan, pekikan: diperintahnya anak itu dgn ~; 2. keluh-kesah (kerana menderita sesuatu yg berat spt kesakitan, kemiskinan, dll): mereka tidak mengendahkan ~ kaum ibu utk kebebasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekik | 1. teriak yg kuat, jerit: “tolong!”, ~nya dgn suara yg menyeramkan; 2. sorak atau teriak (sbg semboyan dll): sejurus kemudian kedengaran pula ~ merdeka bergemuruh; kedengaran ~ anak-anak bermain di halaman; ~ jerit = jerit ~ pekikan dan jeritan; ~ pekuk bermacam-macam pekik dan jerit; berpekik = memekik; memekik berteriak kuat, menjerit: mahu rasanya ia meraung dan ~ sekuat-kuatnya; ~ sampai ke langit memekik kuat-kuat; memekikkan 1. mengatakan sesuatu dgn suara yg keras, meneriakkan, menjeritkan: ia membuka mulut hendak ~ segala kecemasannya; 2. ki menyeru-nyerukan, melaung-laungkan, mengheboh-hebohkan; terpekik tiba-tiba memekik; terpekik-pekik terjerit-jerit (kerana kesakitan, ketakutan, dll): anak-anak perahu itu ~ ketakutan kerana perahu mereka hampir-hampir terbalik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |