terpesona | 1 terkena pesona (sihir, jampi, guna-guna); terpukau oleh jampi dll. 2 sangat-sangat terpikat atau tergoda oleh sesuatu: Kami ~ melihat kecantikan gadis itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terpesona | 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpesona | 1 terkena pesona (sihir, jampi, guna-guna); terpukau oleh jampi dll. 2 sangat-sangat terpikat atau tergoda oleh sesuatu: Kami ~ melihat kecantikan gadis itu. | Kamus Pelajar |
keterpesonaan | keadaan terpesona: kekaguman dan ~ orang lain sahaja tidak cukup jika kita tidak dapat memanfaatkan makna yg tersirat di dalamnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersihir | kena sihir atau disihir, terpesona, terpukau: suasana dlm bilik itu kaku, seolaholah ~ menyaksikan drama kehidupan yg tak terduga itu; jari-jarinya tidak bergerak lagi, seakan-akan ~ , lalu kaku di mata mesin taip; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejelitaan | perihal jelita, kecantikan: dia terpesona dgn ~ gadis kampung itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepincuk | Jk sangat berkenan, jatuh cinta, terpesona. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpukau | 1 kena pukau. 2 ki terpedaya; tertipu. 3 ki terpesona oleh sesuatu atau seseorang yg sangat menarik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terpukau | 1. tertidur (mabuk) kerana kena pukau; 2. ki terpedaya, tertipu; 3. terpesona, terpikat (hati): ribuan penonton ~ oleh persembahan yg agak luar biasa itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pincuk II | Jk; memincuk memikat hati; kepincuk Jk sangat berkenan, jatuh cinta, terpesona. | Kamus Dewan Edisi Keempat |