pesona | ubat (jampi, sihir) yg digunakan utk memikat atau utk merosakkan orang: Dia telah mengenakan ~ kpd gadis itu. mempesona 1 mengenakan pesona kpd seseorang; menyihir. 2 menjadikan seseorang berasa terpikat (tergoda, kagum dll): Nyanyiannya telah ~ para penonton. mempesonakan menjadikan sesuatu sbg pesona. terpesona 1 terkena pesona (sihir, jampi, guna-guna); terpukau oleh jampi dll. 2 sangat-sangat terpikat atau tergoda oleh sesuatu: Kami ~ melihat kecantikan gadis itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pesona | 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu; keterpesonaan keadaan terpesona: kekaguman dan ~ orang lain sahaja tidak cukup jika kita tidak dapat memanfaatkan makna yg tersirat di dalamnya; kepesonaan perihal (keadaan) pesona: pengetahuan jenis ini lahir dan berkembang dgn penuh keghairahan dan ~ sehingga sukar disekat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpesona | 1 terkena pesona (sihir, jampi, guna-guna); terpukau oleh jampi dll. 2 sangat-sangat terpikat atau tergoda oleh sesuatu: Kami ~ melihat kecantikan gadis itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terpesona | 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpesona | 1 terkena pesona (sihir, jampi, guna-guna); terpukau oleh jampi dll. 2 sangat-sangat terpikat atau tergoda oleh sesuatu: Kami ~ melihat kecantikan gadis itu. | Kamus Pelajar |
terpukau | 1 kena pukau. 2 ki terpedaya; tertipu. 3 ki terpesona oleh sesuatu atau seseorang yg sangat menarik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terpukau | 1. tertidur (mabuk) kerana kena pukau; 2. ki terpedaya, tertipu; 3. terpesona, terpikat (hati): ribuan penonton ~ oleh persembahan yg agak luar biasa itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ucapan | 1. apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan: aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3. syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj peri-bahasa, simpulan bahasa, ungkapan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertuah | 1. mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung: ia berasa sangat ~ kerana hidupnya mewah; 2. mendatangkan tuah, berhikmat, sakti: ayamnya sangat ~, tiada orang yg berani melawan ayamnya itu; 3. ark ketulahan, terpesona; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pukau | 1 ubat yg dibuat drpd biji kecubung dll utk memabukkan atau utk menjadikan orang tidur nyenyak. 2 jampi yg dpt membuat orang lupa atau tidak sedar akan keadaan yg sebenarnya. memukau 1 mengenakan atau membubuh pukau. 2 ki memperdaya orang lain; menipu. terpukau 1 kena pukau. 2 ki terpedaya; tertipu. 3 ki terpesona oleh sesuatu atau seseorang yg sangat menarik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |