USDEK | (usdék) Id akronim bagi Undang-Undang Dasar 45, Sosialisme ala Indonesia, Demokrasi terpimpin, Ekonomi terpimpin, Keperibadian Indonesia (dasar-dasar politik bekas Presiden Soekarno). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpimpin | dipimpin: masyarakat yg tidak ~ dan tidak berperaturan tidak akan memberikan kebaikan kpd manusia; ekonomi ~ sistem ekonomi yg mengikut rancangan-rancangan dan arahan-arahan pemerintah dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ekonomi terpimpin | sistem ekonomi yg mengikut rancangan-rancangan dan arahan-arahan pemerintah dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencanai | 1. mengasah sesuatu dgn batu canai; 2. melicinkan, meratakan, mengilatkan; 3. menggelek (adunan kuih) supaya rata dan nipis: ~ pastri; 4. membentuk, mengacu, menyesuaikan, menyelaraskan: undang-undang baru ini telah dibuat utk membolehkan kerajaan ~ surat khabar supaya bersesuaian dgn demokrasi terpimpin; spt dicanai rupanya prb cantik atau elok rupanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
canai | ; batu ~ batu yg digunakan utk mengasah sesuatu, batu asah; ~ fikiran sesuatu yg menambah pengetahuan atau memajukan fikiran (spt buku, pendapat, dll); mencanai 1. mengasah sesuatu dgn batu canai; 2. melicinkan, meratakan, mengilatkan; 3. menggelek (adunan kuih) supaya rata dan nipis: ~ pastri; 4. membentuk, mengacu, menyesuaikan, menyelaraskan: undang-undang baru ini telah dibuat utk membolehkan kerajaan ~ surat khabar supaya bersesuaian dgn demokrasi terpimpin; spt dicanai rupanya prb cantik atau elok rupanya; tercanai sudah dicanai (dibentuk, disesuaikan): perkara ini ~ menjadi suatu penjelmaan yg tersendiri; canaian 1. perihal mencanai; 2. sesuatu yg telah dicanai; 3. ki latihan; pencanai 1. orang yg kerjanya mencanai (mengasah), pengasah; 2. alat utk mencanai (menggelek adunan kuih): papan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pimpin I | ; berpimpin 1. dibimbing, dipandu, dituntun, ditunjuk: yg capik datang bertongkat, yg buta datang ~; abang tidak senang kerana segala-galanya ~, ke sana ke mari diarahkan hingga membosankan; 2. berbimbing; ~ tangan = ~ jari berpegangan tangan; memimpin 1. memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat (menunjukkan jalan dll), membimbing, menuntun: Malim Deman pun ~ tangan puteri lalu berjalanlah; 2. mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara, dll), mengepalai (rapat dsb): dia tidak pernah ~ apa-apa pergerakan; tentera yg dahulu dipimpin oleh Jeneral Suharto telah siap sedia utk menghadapi kemungkinan perlawanan drpd anasir-anasir prokomunis; 3. melatih (mendidik, mengasuh, dll) supaya boleh bekerja (berfikir) sendiri; pelajar-pelajar ini dipimpin oleh guru-guru yg terlatih; terpimpin dipimpin: masyarakat yg tidak ~ dan tidak berperaturan tidak akan memberikan kebaikan kpd manusia; ekonomi ~ sistem ekonomi yg mengikut rancangan-rancangan dan arahan-arahan pemerintah dll; pimpinan 1. hasil memimpin, bimbingan, tuntunan: rakyat yg mengharapkan ~ drpd mereka; di bawah ~ dipimpin (oleh); memegang ~ memimpin (kumpulan dll); pucuk ~ orang atau badan yg mempunyai kuasa pimpinan yg tertinggi; 2. yg dipimpin: para ~ Datuk Onn; 3. buku pedoman atau panduan, petunjuk; kepimpinan keupayaan memimpin: ~ melalui teladan; pemimpin 1. orang yg memimpin: ~-~ Perikatan bergembira hari ini menyambut kemenangan mereka; 2. buku pedoman, petunjuk; berpemimpinkan mempunyai seseorang sbg pemimpin, berketuakan: beruntunglah kita sekiranya dapat ~ seseorang yg jujur, cekap dan bertanggungjawab; kepemimpinan keupayaan (kebolehan, pencapaian, dsb) sbg pemimpin, daya (tindaktanduk, kecekapan, dsb) seseorang pemimpin: dlm pentadbirannya, Dr. Mahathir berusaha membawa corak ~ yg berbeza drpd pemimpin-pemimpin sebelumnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |