terpukau | 1 kena pukau. 2 ki terpedaya; tertipu. 3 ki terpesona oleh sesuatu atau seseorang yg sangat menarik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terpukau | 1. tertidur (mabuk) kerana kena pukau; 2. ki terpedaya, tertipu; 3. terpesona, terpikat (hati): ribuan penonton ~ oleh persembahan yg agak luar biasa itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyihiri | menjadikan seseorang seolaholah terpukau (oleh seni, kecantikan dsb): manusia pd zaman itu disihiri oleh seni; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpesona | 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersihir | kena sihir atau disihir, terpesona, terpukau: suasana dlm bilik itu kaku, seolaholah ~ menyaksikan drama kehidupan yg tak terduga itu; jari-jarinya tidak bergerak lagi, seakan-akan ~ , lalu kaku di mata mesin taip; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpesona | 1 terkena pesona (sihir, jampi, guna-guna); terpukau oleh jampi dll. 2 sangat-sangat terpikat atau tergoda oleh sesuatu: Kami ~ melihat kecantikan gadis itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyihirkan | menjadikan sesuatu sbg bahan utk membuat seseorang terpukau: di sinilah ketakutan atau kengerian disihirkan kpd penonton; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sihir | perbuatan (atau kejadian) luar biasa yg dilakukan oleh manusia secara tersembunyi (ghaib) yg melibatkan makhluk halus; menyihir 1. menggunakan sihir: dia pandai ~; 2. mengenakan sihir pd, mempesona: mengapakah jadi begini, adakah saudara telah ~ saya?; menyihiri menjadikan seseorang seolaholah terpukau (oleh seni, kecantikan dsb): manusia pd zaman itu disihiri oleh seni; menyihirkan menjadikan sesuatu sbg bahan utk membuat seseorang terpukau: di sinilah ketakutan atau kengerian disihirkan kpd penonton; tersihir kena sihir atau disihir, terpesona, terpukau: suasana dlm bilik itu kaku, seolaholah ~ menyaksikan drama kehidupan yg tak terduga itu; jari-jarinya tidak bergerak lagi, seakan-akan ~ , lalu kaku di mata mesin taip; penyihiran perihal atau perbuatan menyihir, menyihiri atau menyihirkan; penyihir orang yg mengenakan (ilmu) sihir terhadap orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpesona | 1 terkena pesona (sihir, jampi, guna-guna); terpukau oleh jampi dll. 2 sangat-sangat terpikat atau tergoda oleh sesuatu: Kami ~ melihat kecantikan gadis itu. | Kamus Pelajar |
pukau | 1 ubat yg dibuat drpd biji kecubung dll utk memabukkan atau utk menjadikan orang tidur nyenyak. 2 jampi yg dpt membuat orang lupa atau tidak sedar akan keadaan yg sebenarnya. memukau 1 mengenakan atau membubuh pukau. 2 ki memperdaya orang lain; menipu. terpukau 1 kena pukau. 2 ki terpedaya; tertipu. 3 ki terpesona oleh sesuatu atau seseorang yg sangat menarik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |