sedar | 1. tahu dan ingat (akan keadaan yg sebenarnya), insaf, mengerti: ia ~ dirinya diancam dr luar dan dalam; kau pun ~ bahawa penduduk kampung ini sudah lama menyuruh aku menyingkirkan kau dr sini; 2. ingat kembali, bangun atau jaga (drpd tidur), siuman semula: ~ drpd pengsan (tidur); ~ tak ~ antara sedar dan tidak; ~ (sedarkan) diri a) tahu akan dirinya; b) siuman; tidak ~ (sedarkan) diri a) tidak ingat akan diri; b) tidak tahu di untung; menyedar = ~ arwah Mn kenduri mengingati arwah, kenduri pd bulan Syaaban; menyedari mengetahui (dgn rasa insaf), menginsafi: dia mula ~ bahawa perbuatan-nya itu adalah satu dosa; kita ~ kelemahan bangsa kita dlm lapangan sains; menyedarkan menjadikan sedar, mengingatkan, menginsafkan: ~ bangsa sendiri supaya lebih maju; ~ orang drpd pengsan; tersedar 1. teringat, ingat: maka Sultan Malikul-Tahir pun ~lah akan saudara baginda; 2. terjaga (drpd tidur), sedar (drpd), kembali sedar (drpd pengsan dll): tiba-tiba ~ daku drpd tidurku; kesedaran perihal (keadaan dll) sedar (akan sesuatu), keinsafan, ingatan: usaha ini dilakukan atas ~ bahawa manuskrip itu mempunyai nilai yg amat tinggi; ~ ingin belajar juga telah timbul; sentimen yg demikian memperlihatkan tiadanya ~ nasional dlm dada Abdullah sendiri; penyedaran perbuatan menyedarkan; penyedar 1. yg menjadikan sedar, yg menyedarkan; 2. yg menyedari atau menginsafi (sesuatu): Latiff merasakan sesuatu yg diharapkannya itu mengajarnya menjadi seorang yg terlalu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersedar | 1. teringat, ingat: maka Sultan Malikul-Tahir pun ~lah akan saudara baginda; 2. terjaga (drpd tidur), sedar (drpd), kembali sedar (drpd pengsan dll): tiba-tiba ~ daku drpd tidurku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terjaga | 1. terbangun atau tersedar (drpd tidur): dia ~ drpd tidur kerana bunyi bising itu; 2. terkawal, terpelihara: setiap tutur katanya ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkejut | 1 terjaga drpd tidur; terbangun; tersedar: Ia ~ drpd tidurnya. 2 tersentak (kerana melihat sesuatu yg mengerikan dsb); terperanjat: Dia ~ mendengar lolong Leong Ah Meng. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tersentak | 1. tertarik dgn kuat, terpiuh; 2. tersedar (drpd tidur, lamunan, dll) dgn tiba-tiba, terperanjat: laki-laki bermuka cengkung itu ~ drpd khayalannya; sentap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkejut | 1. terjaga drpd tidur, terbangun; tersedar:Ia ~ drpd tidurnya. 2. tersentak (kerana melihat sesuatu yg mengerikan dsb); terperanjat: Dia ~ mendengar lolong Leong Ah Meng. | Kamus Pelajar |
tersentak | 1 tertarik kuat-kuat; tercabut. 2 terjaga atau tersedar dgn tiba-tiba. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terkejut | 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat terkejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sentak | /séntak/; menyentak menarik kuat-kuat dgn pantas; merenggut; menyentap: Hang Tuah telah ~ keris Taming Sari dr pinggang Hang Jebat. tersentak 1 tertarik kuat-kuat; tercabut. 2 terjaga atau tersedar dgn tiba-tiba. sentakan hal atau hasil menyentak; tarikan keras; renggutan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tepuk I | 1. perbuatan menamparkan kedua-dua tapak tangan (supaya berbunyi); 2. bunyi yg terjadi kerana menamparkan kedua-dua tapak tangan: suara itu diiringi pula oleh ketawa dan ~ budak-budak yg ramai di situ; 3. pukulan yg tidak kuat dgn tapak tangan, tepak; ~ dada tamparan di dada; ~ kuduk sanjungan, puji-pujian; ~ sorak (sorai) tepuk tangan yg disertai dgn sorak; ~ tari tepuk tangan sambil menari; ~ berbalas, alang berjawat = alang berjawat, ~ berbalas prb baik dibalas dgn baik, jahat dibalas dgn jahat; ~ dada tanya selera prb sesuatu pekerjaan yg akan kita lakukan hendaklah difikirkan habis-habis; ~ nyamuk menjadi daki prb melawan orang yg lemah itu akan memburukkan nama sahaja; bertepuk a) ~ tampar bergurau, bersenda: tidak spt selalu mereka ~ tampar dan ketawa berdekah-dekah; b) bertepuk tangan; ~ sebelah tangan tiada akan berbunyi prb tidak mungkin percintaan atau perselisihan terjadi drpd satu pihak sahaja; menepuk memukul dgn telapak tangan (tidak berapa kuat): dia terkejut ketika isterinya ~ bahunya; ~ dada a) menampar dada dgn tapak tangan; b) ki marah, memperlihatkan keberanian (kemegahan); menepuk-nepuk menepuk beberapa kali atau berulang kali: aku tersedar apabila dia ~ bahuku dr belakang; tepukan perbuatan bertepuk (menepuk). | Kamus Dewan Edisi Keempat |