tersekat-sekat | terputus-putus (suara dll), tersangkut-sangkut: suaranya itu ~ sedikit keluarnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersesak-sesak | tersekat-sekat (perjalanan nafas dll), teresak-esak (kerana menangis), tersedu-sedu: dia menangis ~ spt budakbudak; ~ padang ke tebing (ke rimba) = ~ undang kpd yg runcing, tak dapat bertenggang lagi prb habis akal bicara hingga tidak ada daya upaya lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersendat-sendat | ki tersekat(-sekat), tidak lancar: mereka harus dilatih berbicara dgn tenang, jelas, gramatis, tidak ~ dan tidak berbelit-belit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
leluasa | 1. tidak terbatas atau tersekat-sekat (kelakuan, perbuatan, dsb), bebas: bilakah kita akan bertemu pula dgn ~? 2. lapang (kawasan dll), terbuka, luas; berleluasa berbuat sesuatu dgn bebas atau sesuka hati: pd suatu masa pencuri dan penyamun ~ dlm negeri Melaka; keleluasaan perihal leluasa (pergerakan, kelakuan, dsb), kebebasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lampias | Jk 1. memancar (aliran air dll), deras, licin, tidak tersekat-sekat; 2. ki kencang dan lancar (sesuatu pergerakan dll); melampiaskan 1. memudahkan atau melicinkan pengaliran (pergerakan dll), tidak melambat-lambatkan; 2. tidak menahan atau menyekat-nyekat, membiarkan, melepaskan: mereka datang kpd aku dan isteriku utk ~ hasratnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terjuih | (bkn bibir bahagian bawah dll) menganjur ke bawah: Si Angguk tersekat-sekat bersuara sambil mulutnya ~ menahan kesakitan | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjuih | , terjuih (bkn bibir bahagian bawah dll) menganjur ke bawah: Si Angguk tersekat-sekat bersuara sambil mulutnya ~ menahan kesakitan | Kamus Dewan Edisi Keempat |
juih | ; menjuih, terjuih (bkn bibir bahagian bawah dll) menganjur ke bawah: Si Angguk tersekat-sekat bersuara sambil mulutnya ~ menahan kesakitan; menjuihkan menjadikan terjuih, menganjurkan (bibir) ke bawah: dia ~ bibir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekat I | 1. sesuatu (dinding, tabir, dll) yg mem-bahagi-bahagikan ruangan: di antara kedua-dua tempat tidur mereka dipasang ~; ~ hidung bahagian antara kedua-dua lubang hidung; 2. = sekatan halangan, galangan, rintangan; bersekat 1. mempunyai (memakai) sekat: rumah itu tidak berbilik, hanya ~ di antara bahagian dapur dgn bahagian depan; 2. ada had atau batasnya (kuasa dll); bersekat-sekat mempunyai banyak sekat, terbahagi-bahagi oleh sekat (ruang bilik dll); menyekat 1. = menyekati memisahkan (membahagi-bahagikan) dgn sekat, memberi bersekat: ruang yg besar itu disekat menjadi beberapa bilik kecil; 2. = menyekati menahan supaya tidak merebak atau melimpah (penyakit, air, dll), membatasi, membendung, menghalang: jika lekas diubati, penyakit itu akan dapat disekat drpd melarat; pasukan keselamatan akan dapat ~ gerila-gerila itu drpd bermaha-rajalela; 3. membatasi (menyekap, mengasing-kan) diri; tersekat kena sekat, disekati, terhalang: pan-dangannya ~ oleh daun-daun pisang yg menghijau; tersekat-sekat terputus-putus (suara dll), tersangkut-sangkut: suaranya itu ~ sedikit keluarnya; sekatan 1. benda (dinding dll) yg membahagi-kan sesuatu, sekat; 2. rintangan, galangan: ~-~ ekonomi dan perdagangan hendaklah dibatal-kan dgn segera; 3. ruang (bilik dll) yg telah dibahagi-bahagikan oleh sekat; penyekatan perbuatan menyekat; penyekat 1. sesuatu yg digunakan utk me-nyekat, tabir, tebeng: ~ kekisi; 2. sesuatu yg menyekat (menggalang, menghalang, merintangi, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sendat | 1. tidak longgar (cincin dll), ketat, sempit: sampai di rumah, dia melucutkan segala pakaiannya yg serba ~ dan terus merebahkan tubuh ke katil; 2. tidak dapat diisi lagi (karung dll), penuh betul, tumpat: pondok tempat kami berlindung itu terlalu ~ dgn manusia; menyendati memenuhi ruang hingga padat, memadati: dia hilang di celah-celah orang ramai yg ~ lorong itu; menyendatkan menjadikan sendat, menyum-batkan; tersendat 1. tersumbat (saluran dll), ter-ketat, tersekat: negara-negara maju meng-alami keadaan ~ disebabkan birokrasi pen-tadbiran yg berlebih-lebihan; 2. = tersendat-sendat; tersendat-sendat ki tersekat(-sekat), tidak lancar: mereka harus dilatih berbicara dgn tenang, jelas, gramatis, tidak ~ dan tidak berbelit-belit; kesendatan keadaan sendat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |