Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.la.mat] | ترسلامت

Definisi : terhindar atau terpelihara drpd bencana (bahaya dll), (telah) dijauhi drpd sebarang kecelakaan: saya sedia per­hamba-kan diri asalkan saya ~ drpd pengkhianat-pengkhianat itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terselamat


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terselamatterhindar atau terpelihara drpd bencana (bahaya dll), (telah) dijauhi drpd sebarang kecelakaan: saya sedia per­hamba-kan diri asalkan saya ~ drpd pengkhianat-pengkhianat itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
atur cara terselamat(saved program)1. Atur cara yang terselamat daripada bencana seperti kegagalan tidak boleh pulih atau serangan virus. 2. Atur cara yang disimpan di dalam ingatan kekal semasa ia digunakan untuk mengelakkan sebarang kejadian bencana.Kamus Komputer
berhutang nyawaterselamat hidupnya (ter­selamat oleh pertolongan orang);Kamus Dewan Edisi Keempat
kebijaksanaankepandaian menggunakan akal fikiran; kecekapan berfikir: Kerana ~ pemandulah, maka kita terselamat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kebijaksanaankepandaian menggunakan akal fikiran; kecekapan berfikir: Kerana ~ pemandulah, maka kita terselamat.Kamus Pelajar
ruat IIJw 1. pulih kembali spt sediakala (jadi-jadian, orang kena tulah, dll); 2. terselamat (terlepas, bebas) drpd nasib buruk yg akan menimpa (bagi orang yg menurut kepercayaan akan tertimpa nasib buruk); 3. = ruatan upacara menyelamatkan orang drpd nasib buruk yg akan menimpa, upacara menolak bala; meruat 1. mengembalikan kpd keadaan yg dahulu: ~ harimau jadi-jadian; 2. menye­lamatkan orang drpd malapetaka yg akan mengenainya, menolak bala.Kamus Dewan Edisi Keempat
terpelihara1. dipelihara (dibela), terjaga: tanaman itu dlm keadaan tidak ~; 2. terlepas (terlindung) drpd bencana dll, terselamat: ~ drpd segala bahaya;Kamus Dewan Edisi Keempat
cerita1 pertuturan atau tulisan yg menerangkan sesuatu perkara (peristiwa dll); kisah: Mereka ternganga mendengar ~ bagaimana aku terselamat drpd perompak itu. 2 karangan (yg benar ataupun rekaan) yg mengisahkan sesuatu per­kara: ~ Abu Nawas. 3 lakonan (sandiwara atau wayang) yg dipertunjukkan atau ditayangkan: Lakonan dan teknik filem itu boleh dikatakan baik tetapi ~nya sukar difahami. 4 apa-apa yg dituturkan bohong belaka; omong kosong; dongeng; jangan banyak ~ jangan banyak bercakap yg tidak-tidak; itu ~ saja itu bohong belaka. ~ berbingkai sesuatu cerita yg di dlmnya banyak terdapat cerita lain (spt Hikayat 1001 Malam). ~ jenaka cerita-cerita yg menggelikan hati. ~ pendek cerita yg pendek saja tetapi lengkap; cerpen. ~ rakyat cerita rekaan dr zaman dahulu yg disukai ramai dlm se­suatu masyarakat, yg masih diceritakan atau diperdengarkan dan diturunkan drpd satu generasi kpd generasi lain secara lisan. ~ rekaan cerita ttg sesuatu perkara yg terhasil drpd daya khayalan penulis atau pengarangnya; cereka. bercerita menuturkan sesuatu cerita: Ketika guru ~, murid-murid semuanya diam. menceritai bercerita kpd: Nenek ~ aku kisah kehidupan pd zaman Jepun. menceritakan 1 menuturkan (sesuatu cerita); meriwayatkan: Penghulu tua itu telah ~ beberapa buah cerita Melayu lama kpd kami. 2 mengkhabarkan atau memberitahukan sesuatu: Saya takut hendak ~ rahsia itu kpdnya. pencerita­an hal atau perbuatan menceritakan. pencerita orang yg bercerita atau yg menceritakan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menginterviu1 menyoal orang-orang tertentu dgn tujuan utk siaran akhbar dsb; mewawancara: Pihak akhbar telah ~ salah seorang pemuda yg terselamat dlm kemalangan itu. 2 menemu duga (pemohon-pemohon pekerjaan, biasiswa dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
atur cara tersimpan(stored program)1. Atur cara yang disimpan di dalam ingatan yang tidak meruap. 2. Lihat atur cara terselamat 2.Kamus Komputer
123

Kembali ke atas