Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.lé.ra/] | ترسليرق

Definisi : 1. tersebar (ke merata-rata tem­pat); 2. terbias ke sana ke mari (cahaya); 3. terurai kpd pelbagai warna (setelah terbias); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
selerak
Kata Terbitan : berselerak, berselerakan, menyelerakkan, terselerak, penyelerakan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terselerak1. tersebar (ke merata-rata tem­pat); 2. terbias ke sana ke mari (cahaya); 3. terurai kpd pelbagai warna (setelah terbias);Kamus Dewan Edisi Keempat
terhamburtertabur; tersebar; terselerak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terhamburtertabur, tersebar, terselerak: apabila ruangan debunga pecah, debu­nganya pun ~ keluar;Kamus Dewan Edisi Keempat
terhamburtertabur; tersebar; terselerak.Kamus Pelajar
tertaburtelah ditabur, terhambur, terselerak (ke merata-rata);Kamus Dewan Edisi Keempat
selerak(selérak); berselerak 1. bersebar, ber-sepah, berserak: dia melangkah kembali dan mengutip pinggan-pinggan yg masih ~ itu; jamuan ~ jamuan yg tetamunya mengambil sendiri makanan (dan bebas ke sana ke mari); 2. ki terdapat di mana-mana, bertaburan: syarikat penerbangan itu mempunyai wakil yg ~ di seluruh dunia; 3. tidak selari (cahaya); 4. terurai (dlm pelbagai warna); berselerakan bertaburan, bersebaran; menyelerakkan menjadikan berselerak, menyebarkan (ke merata-rata tempat); terselerak 1. tersebar (ke merata-rata tem­pat); 2. terbias ke sana ke mari (cahaya); 3. terurai kpd pelbagai warna (setelah terbias); penyelerakan perihal menyelerakkan (be­nih dll), penyebaran.Kamus Dewan Edisi Keempat
hambur I; berhamburan 1 keluar bertabur-tabur ke sana ke sini: Beras ~ dr guni yg bocor. 2 bersepah-sepah; bersele­rak; berserak-serak: Dia memungut kertas yg ~ di lantai. 3 ki keluar bertitik-titik (bkn air mata); bercucuran; berderai-derai: ~lah air matanya apabila mendengar berita yg menyedihkan itu. menghamburi membuang-buang atau menaburkan sesuatu (bunga dll) pd; menaburi: Kedua-dua mempelai itu dihamburi bunga rampai. menghamburkan 1 membuang sesuatu (bunga dll) merata-rata; menyebarkan; menaburkan: Orang ramai telah ~ bunga ke kereta rombongan baginda. 2 mengeluarkan banyak-banyak; mencurahkan: Dia ~ air mata kerana sedih mengenangkan anaknya yg telah tiada. Semasa berlaku ledakan gubung berapi, magma dihamburkan ke atas bersama benda-benda lain. terhambur tertabur; tersebar; terselerak. hamburan sesuatu yg dihamburkan atau yg terhambur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hambur I; berhamburan 1. bertaburan me­rata-rata (ke sana sini): padi ~ dr guni yg bocor; 2. berselerak, berserak-serak, ber­sepah-sepah; 3. ki bercucuran, berderai-derai (air mata): ia tidak berkata apa-apa pun hanya air matanya sahaja yg ~; menghamburi menaburi, menyebar pd: se­telah mayat dimakamkan kubur pun di­hamburi bunga; menghamburkan 1. menaburkan, mene­bar­kan, menyebar(kan): ia ~ pasir dlm lori ke atas tanah yg sedang ditambak; ~ jala; 2. membuang-buang, memboroskan (wang dll): kerjanya ~ wang sahaja; 3. mencurah­kan, mengeluarkan (dgn banyak): ~ air mata; ~ kata-kata mengeluarkan kata-kata dgn banyak (memarahi dll); terhambur tertabur, tersebar, terselerak: apabila ruangan debunga pecah, debu­nganya pun ~ keluar; hamburan sesuatu yg dihamburkan; penghamburan perihal (perbuatan dsb) menghamburkan: ~ perasaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
hambur Iberhamburan 1. keluar bertabur-tabur ke sana ke sini: Beras ~ dr guni yg bocor. 2. bersepah-sepah; berselerak; berserak-serak:Dia memungut kertas yg ~ di lantai. 3. ki keluar bertitik-titik (bkn air mata); bercucuran; berderai-derai: ~lah air matanya apabila mendengar berita yg menyedihkan itu. menghamburi membuang-buang atau menaburkan sesuatu (bunga dll) pd; menaburi: Kedua-dua mempelai itu dihamburi bunga rampai. menghamburkan 1. membuang sesuatu (bunga dll) merata-rata; menyebarkan; menaburkan: Dia ~ air mata kerana sedih mengenangkan anaknya yg telah tiada. Semasa berlaku ledakan gunung berapi, magma dihamburkan ke atas bersama benda-benda lain. terhambur tertabur; tersebar; terselerak. hamburan sesuatu yg dihamburkan atau yg terhambur.Kamus Pelajar
tabur Ipadi ~ Br padi yg ditanam tidak dgn teratur (dicampakkan atau diselerakkan sahaja benihnya); bertabur bertabur 1. = ~ dgn = bertaburkan disebari (dgn), dihamburi (dgn): bilik tidur pengantin itu ~ dgn bunga rampai; 2. penuh dihiasi (dgn): di dadanya tersemat bintang yg ~ intan berlian; 3. memberikan derma, bersedekah: hendak tuah ~ urai; 4. ki banyak terdapat (kelihatan), berselerak (di merata-rata tem­pat): di langit kelihatan bintang-bintang ~ memancarkan cahaya yg muram; 5. rintik-rintik, borek: ayam ~; 6. bersongket: kain ~; ~-tebar = bertaburan; bertaburan, bertabur-tabur 1. berselerak (di sana sini), berhamburan dan tidak bersusun, berserak-serak: di hadapannya ~ beberapa keping kad selamat hari raya; 2. terdapat (kelihatan) dgn banyaknya: mereka singgah di pulau-pulau yg ~ di pantai timur Seme­nanjung Tanah Melayu;menabur 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, ber­taburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~;~ budi berbuat baik (sering kali atau kpd banyak orang dsb), berbudi; ~ fitnah membuat fitnah merata-rata; ~ wang membuang-buang wang; menaburi 1. menabur atau menyebar (bunga dll) kpd: sampai di rumah, Wan Derus dita­buri beras kunyit; 2. bertabur di: ejen-ejen Rusia ini ~ kawasan gerakan tentera di Czechoslavakia; menaburkan 1. menjadikan bertabur (ber-selerak), menghamburkan merata-rata, me-nyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, me­nyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukama ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditabur-kan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk me-mecahbelahkan pemimpin dan umat Islam; tertabur telah ditabur, terhambur, terselerak (ke merata-rata); taburan 1. yg ditabur (tertabur); 2. sebaran, serakan; pertaburan kekerapan terdapatnya sesuatu (penduduk dll) di sesuatu kawasan atau dlm tempoh masa tertentu: keadaan tidak se-imbang dlm ~ kuasa; penaburan perbuatan menabur (baja, benih, dll);penabur 1. orang yg menabur (bunga, benih); 2. alat utk menabur sesuatu (spt baja, benih dsb): ~ baja; ~ benih; 3. peluru kecil-kecil, kacang-kacang; habis ~ Palembang tak alah prb sesuatu usaha yg tidak mendatangkan hasil cuma rugi semata-mata.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas