simpul | = simpulan ikatan pd tali (benang dll); tersenyum ~ tersenyum sedikit; ~ anjing berhimpit = ~ pengail ikatan utk menyambung dua tali yg licin; ~ belit ikatan utk mengikatkan tali pd batang; ~ buku sila simpul utk mengikat bungkusan; ~ bunga geti simpul utk menghubungkan dua tali; ~ hidup sj simpul yg mudah diurai; ~ kerusi simpul utk menurunkan orang dr tempat yg tinggi; ~ manuk simpul utk mengikatkan tali pd balak; ~ mati ikatan yg susah diurai; ~ pulih simpul utk memendekkan tali (mudah diurai); ~ sentak sj simpul yg mudah diurai (dgn menyentak); ~ tindih kasih simpul utk membuat tanjul; menyimpul 1. mengikat (hingga menjadi simpul): ~ tali kasut; 2. merupakan simpul; senyum ~ di bibir tersenyum; 3. ki memberi pendapat secara ringkas (dr apa yg telah dibicarakan), menggulung: ketika ~ pendapatnya ia menegaskan bahawa masa depan Islam tidak banyak berbeza drpd keadaannya sekarang; menyimpulkan 1. mengikatkan sesuatu sehingga menjadi simpul (supaya tidak terurai), menyimpul; 2. membentangkan (pendapat dsb) | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kulum I | ; berkulum bergumam, berkemam (tidak membuka mulut); suaranya ~ suaranya tidak jelas kedengaran (kerana tertahan dlm mulut); tersenyum ~ tersenyum dgn tidak membuka mulut; mengulum 1. menahan atau membiarkan (gula-gula dll) di dlm mulut, mengemam: dikulumnya gula batu dlm mulutnya; 2. menggumam, mengeluarkan suara (perkataan dll) dgn tidak membuka mulut; ~ senyum tersenyum dgn tidak membuka mulut; terkulum dikulum, digumam: perkataan itu dikeluarkannya dgn suara yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkulum | bergumam, berkemam (tidak membuka mulut); suaranya ~ suaranya tidak jelas kedengaran (kerana tertahan dlm mulut); tersenyum ~ tersenyum dgn tidak membuka mulut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersenyum simpul | tersenyum sedikit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersenyum berkulum | tersenyum dgn tidak membuka mulut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terseringai | tersenyum dgn mencebikkan muka; tersenyum dgn menampakkan gigi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terseringai | tersenyum dgn mencebikkan muka; tersenyum dgn menampakkan gigi. | Kamus Pelajar |
seringai | terseringai tersenyum dgn mencebikkan muka; tersenyum dgn menampakkan gigi. | Kamus Pelajar |
sengih | ; menyengih tersenyum dgn mulut terbuka sedikit (sehingga menampakkan gigi); menyengihkan = ~ gigi membuka mulut sedikit dan menampakkan gigi: ~ gigi putih-nya yg panjang-panjang; tersengih tersenyum dgn mulut terbuka sedikit (dan menampakkan gigi): anak-anak-nya ~ kegelian melihat telatah emak mereka; tersengih-sengih tersenyum-senyum dgn terbuka mulut dan menampakkan gigi sedikit: Noorain ~ melihat gelagat Kamarul; dilihat-nya Azman ~ kesukaan; sengihan hasil perbuatan menyengih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersenyum | melahirkan rasa gembira dll dgn memaniskan muka (mulut tertutup atau terbuka sedikit): Kadang-kadang saya ~ sendirian apabila teringat akan peristiwa-peristiwa itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |