tersepit | sudah disepit atau diapit; terletak di antara dua benda yg mengapit; terjepit: menolong anjing ~ di pagar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tersepit | 1. sudah disepit (diapit, dijepit, dll): cerut cap ayam yg ~ di bibirnya itu, di-pasangnya; 2. ki terhimpit, tertekan: seluruh kehidupan mereka ~ antara dua pihak yg mengadu kekuatan senjata dan tenaga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersepit | sudah disepit atau diapit; terletak di antara dua benda yg mengapit; terjepit: menolong anjing ~ di pagar. | Kamus Pelajar |
kapit | sl pengiring, pembantu: siapa yg akan menjadi ~ patik jikalau tiada ia; berkapit ada kapitnya, berpengiring, berpembantu: marilah sertai hamba duduk kerana hamba tiada ~; mengapit 1. menekan drpd kedua-dua belah sisi, menghimpit: nasi itu dikapit dgn dua keping papan supaya padat; 2. mengiringi: ~ pengantin; mengapitkan menjadikan tersepit (terhimpit); terkapit terhimpit, tersepit: benda itu ~ di celah kayu; kapitan 1. alat utk mengapit (memerah), apitan: air tebu yg mengalir dr ~; 2. kapit; pengapit pengiring, ajutan; ~ pengantin pengiring pengantin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkapit | terhimpit; tersepit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terkapit | terhimpit, tersepit: benda itu ~ di celah kayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengapitkan | menjadikan tersepit (terhimpit); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedempet | terhimpit, tersepit. berdempet berapat-rapat, berdekat-dekat, berdampingan, berhimpit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkapit | terhimpit; tersepit. | Kamus Pelajar |
terkepit | terhimpit atau tersepit di bawah ketiak atau di antara dua jari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |