sesat | 1 tidak mengikut jalan yg betul; tersalah jalan: Malu bertanya ~ jalan. 2 tidak mengikut ajaran yg benar; menyimpang dr kebenaran: Sebelum datang Islam, mereka telah hidup beberapa lama dlm agama yg ~. ~ barat a. sesat dan bertambah sesat lagi sehingga tidak tahu akan jalan keluar. b. kelam-kabut dan tidak dpt menyelesaikan sesuatu masalah. menyesatkan menyebabkan menjadi sesat: Jalan yg berliku-liku ini tentu akan ~ kita. tersesat 1 tersalah jalan. 2 terpesong dr yg benar: Baginda telah mengingatkan kita supaya tidak ~ dan tidak melupakan Tuhan. kesesatan perihal atau keadaan sesat: Mereka berusaha utk keluar dr ~ itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sesat | 1. tidak mengikut jalan yg betul, tersalah (tersilap) jalan: ~ di jalan; 2. ki tersalah, terkeliru (perbuatan, kepercayaan, dll), menyimpang dr jalan yg benar: lama-kelamaan mereka menjadi ~ lalu menyembah berhala; ~ akal tidak siuman, gila; ~ barat salah sekali (jalan yg diikuti); ~ fikiran salah pegangan (pendirian, pendapat); ~ lalu mengikut jalan yg salah; ~ langkah a) melakukan perbuatan yg salah; b) mendapat bencana (sial) dlm perjalanan; ~ pusat bingung; ~ di hujung jalan, balik ke pangkal jalan prb jika tidak boleh dicapai persetujuan dlm sesuatu mesyuarat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya; ~ surut, terlangkah kembali prb membaiki kesalahan yg telah dilakukan; kelarai ~ taja prb sesuatu kesilapan yg memang salah dr mulanya lagi; bersesat tersalah jalan yg diikuti, dlm keadaan yg sesat (perjalanan); menyesatkan 1. menyebabkan jadi sesat (perjalanan), membawa ke jalan yg salah: permatang yg panjang ini tidak akan ~ perjalanan kita; 2. ki menjadikan keliru atau tersalah: hidup tanpa penjelasan dan tanpa mengetahui selok-belok agama yg benarbenar akan ~ semata-mata; tersesat 1. tersalah jalan yg diikuti: semenjak suami saya masuk hutan, entah masuk komunis, entah ~ jalan, saya tetap dianggap serong; 2. ki terpesong drpd kebenaran (fikiran, fahaman, dll): dia mengingatkan kita supaya jangan ~ dan jangan melupakan Tuhan; kesesatan 1. perihal sesat (perjalanan dll): dlm ~ yg menyesakkan ini, aku memasuki beberapa buah rumah dan menanyakan rumah keluarga Van Hogenstra; 2. ki kekeliruan (bkn fahaman, pegangan, dll), kesilapan: agama menunjukkan jalan yg benar dan menyelamatkan manusia drpd ~; penyesatan perbuatan mendatangkan kesesatan: soal ~ memang sukar diselesaikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersesat | 1 tersalah jalan. 2 terpesong dr yg benar: Baginda telah mengingatkan kita supaya tidak ~ dan tidak melupakan Tuhan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tersesat | 1. tersalah jalan yg diikuti: semenjak suami saya masuk hutan, entah masuk komunis, entah ~ jalan, saya tetap dianggap serong; 2. ki terpesong drpd kebenaran (fikiran, fahaman, dll): dia mengingatkan kita supaya jangan ~ dan jangan melupakan Tuhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersesat | 1 tersalah jalan. | Kamus Pelajar |
bersat | 1. tersalah masuk (bkn makanan yg masuk ke saluran pernafasan dll); 2. tersesat, salah jalan, tersalah masuk (jalan, rumah, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siasat | 1 pemeriksaan yg teliti dan hati-hati: Jangan tuan kurang ~, nanti tuan sendiri tersesat. Dgn tiada ~nya, dia telah menuduh saya mengambil wangnya. 2 segala yg bersangkutan dgn pemerintahan negara; siasah: Campur tangan Inggeris dan Belanda dlm ~ Alam Melayu dikisahkan juga dlm buku itu. 3 kebajikan atau kebolehan mengerjakan sesuatu; cara berfikir atau cara melakukan sesuatu; muslihat; taktik: Angkatan laut pihak Berikat mengubah ~nya utk menghadapi serangan-serangan kapal selam Jerman. menyiasat membuat penyelidikan ttg sesuatu perkara yg belum diketahui benar-benar; menyelidik: Beliau telah pergi ke Sarawak utk ~ cara-cara hidup orang Iban di rumah panjang. penyiasatan perbuatan atau hal menyiasat; pemeriksaan; penyelidikan. penyiasat orang yg menyiasat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
siasat | 1 pemeriksaan yg teliti dan hati-hati: Jangan tuan kurang ~, nanti tuan sendiri tersesat. Dgn tiada ~nya dia telah menuduh saya mengambil wangnya. | Kamus Pelajar |
melencong | 1. tidak mengikut arah yg betul, menyimpang dr arah yg asal, menyerong: tiba-tiba Nor ~ ke kiri dan aku ~ ke kanan; 2. menyimpang drpd tujuan (maksud) yg asal, menyeleweng, tersesat: di sini saya telah ~ sedikit kerana hendak menjelaskan betapa mustahaknya undang-undang itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lencong | (léncong); melencong 1. tidak mengikut arah yg betul, menyimpang dr arah yg asal, menyerong: tiba-tiba Nor ~ ke kiri dan aku ~ ke kanan; 2. menyimpang drpd tujuan (maksud) yg asal, menyeleweng, tersesat: di sini saya telah ~ sedikit kerana hendak menjelaskan betapa mustahaknya undang-undang itu; melencongkan menjadikan melencong atau menghalakan sesuatu ke arah lain, menyimpangkan: mereka akan ~ jalan; terlencong menyimpang dgn tidak sengaja drpd dasar, arah tujuan dsb yg asal atau sebenarnya, terbabas: ketiadaan maklumat dan kelengkapan pelayaran juga menyebabkan nelayan asing ~ ke perairan negara kita; lencongan jalan dsb yg melencong dr jalan asal yg dibaiki dsb; pelencongan perihal melencong atau melencongkan: ada beberapa ~ berlaku ketika novel ini ditulis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |