Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
siar1
Kata Terbitan : menyiarkan, tersiar, siaran, penyiaran, penyiar,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
siar I; ~ raya alat utk membuat pengumuman, mis pembesar suara, dlm sesuatu majlis, pe­rayaan dsb; menyiarkan 1. menghebahkan kpd orang ramai (melalui radio, televisyen, surat khabar, dll), mengumumkan: berita itu telah disiarkan melalui radio; 2. memasukkan (gambar dll ke dlm majalah, surat khabar, dll) dan me­nerbitkannya: majalah itu ~ gambar dan kisah jenayah; 3. memperkembangkan atau menyebarkan (agama, pendapat, dll); 4. me­mancarkan (cahaya dll); 5. membawa ke serata tempat, menyebarkan, menyeratakan; tersiar 1. telah dihebahkan (diumumkan, di­khabarkan ke merata-rata), tersebar ke mana­mana: khabar telah ~ bahawa peperangan telah berakhir; 2. telah diterbitkan dan dijual (buku, majalah, dll): kesemua cerpen dlm kumpulan ini telah ~ dlm mingguan Utusan Zaman; siaran sesuatu yg disiarkan atau diterbitkan (pengumuman, berita, dll): aku hendak mendengar semua ~ radio hari ini; surat ~ surat yg disebarkan kpd orang ramai; bersiaran mengendalikan siaran di tele­visyen atau radio: penyair radio itu mendapat penghargaan kerana ~ 32 jam tanpa henti; persiaran ark pengumuman, pemberitahuan; penyiaran 1. perbuatan menyiarkan: ~ agama Islam di Tanah Melayu; 2. (Kom) aktiviti mengadun dan memancarkan ran­cangan radio dan televisyen kpd khalayak di sekitar kawasan yg dapat diliputi oleh alat penerima siaran dgn menggunakan sistem analog, satelit atau kabel; penyiar 1. orang yg menyiarkan, pengem­bang (agama); 2. alat pemancar (radio dll); 3. penerbit dan penjual (buku dll); 4. petugas radio dan televisyen yg terlibat secara langsung dlm aktiviti penyiaran rancangan me­dia elektronik.Kamus Dewan Edisi Keempat
tersiar1. telah dihebahkan (diumumkan, di­khabarkan ke merata-rata), tersebar ke mana­mana: khabar telah ~ bahawa peperangan telah berakhir; 2. telah diterbitkan dan dijual (buku, majalah, dll): kesemua cerpen dlm kumpulan ini telah ~ dlm mingguan Utusan Zaman;Kamus Dewan Edisi Keempat
merebak1 menjalar atau menular (bkn penyakit): Penyakit cacar mudah ~. 2 tersiar ke merata-rata (bkn berita dsb): Berita itu telah ~ ke mana-mana. 3 berjangkit (bkn api, peperangan dll); meluas: Peperangan di Vietnam diharapkan tidak akan ~ ke negara-negara Asean.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rebak/rébak/; merebak 1 menjalar atau menular (bkn penyakit): Penyakit cacar mudah ~. 2 tersiar ke merata-rata (bkn berita dsb): Berita itu telah ~ ke mana-mana. 3 berjangkit (bkn api, peperangan dll); meluas: Peperangan di Vietnam diharapkan tidak akan ~ ke negara-negara Asean. merebakkan menyebabkan merebak; menjangkit­kan. perebakan perbuatan, hal dsb me­rebak atau merebakkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkembang1 terbuka atau terbentnag: Payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan itu. 2 tersebar atau tersiar dgn luasnya (bkn agama dll): Agama Islam telah ~ ke seluruh dunia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
setempat1. satu tempat sahaja; 2. = setempat-setempat hanya mengenai sesuatu tempat sahaja, tidak menyeluruh; 3. di tempat itu sendiri: hikayat ini tersiar di daerah yg sangat luas biarpun dlm bentuk yg berlainan dan disesuaikan dgn keadaan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
rebak /rébak/; merebak1 menjalar atau menular (bkn penyakit): Penyakit cacar mudah ~. 2 tersiar ke merata-rata (bkn berita dsb): Berita itu telah ~ ke mana-mana. 3 berjangkit (bkn api, peperangan dll); meluas: Peperangan di Vietnam diharapkan tidak akan ~ ke negara-negara Asean. merebakkan menyebabkan merebak; menjangkitkan.Kamus Pelajar
berkembang1. terbuka atau terbentang:Payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan itu. 2. tersebar atau tersiar dgn luasnya (bkn agama dll): Agama Islam telah ~ ke seluruh dunia.Kamus Pelajar
halaman1. perkarangan rumah, tanah (kawasan lapang) di hadapan rumah; kam­pung ~ kampung tempat kelahiran; 2. muka buku (majalah, surat khabar, dll): berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini; ~ kanak-kanak ruangan (muka berita dll) khas utk kanak-kanak.Kamus Dewan Edisi Keempat
kritik1 ulasan ttg sesuatu karya (buku, hasil seni, makalah dsb) yg menyentuh kebaikan dan kelemahannya di samping memberikan penilaian mengenainya: Pd masa ini, banyak tersiar ~ mengenai cerpen dan sajak. 2 = kritikan pernyataan ttg yg salah atau yg tidak baik; celaan; teguran; kecaman: Kerajaan menerima ~ yg dilemparkan oleh pihak pembangkang. mengkritik menghuraikan atau meneliti mana-mana yg baik dan yg tidak baik: Beliau telah ~ kelakuan sesetengah penuntut di maktab tsb. pengkritik orang yg mengkritik: ~ sastera.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345

Kembali ke atas