tersiat | tertanggal kulit dr daging atau dr isi; terkelupas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tersiat | terpisah kulit drpd daging, terkelupas (kulit), tercarik: rambutnya direntap-rentap spt hendak ~ kulit kepala; ®sayat I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersiat | tertanggal kulit dr daging atau dr isi; terkelupas. | Kamus Pelajar |
terkoyak | tersiat, tercarik: cebis-cebis kain yg ~ drpd bajunya; ~ isinya akibat tikaman lading musuhnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siat; menyiat | tersiat tertanggal kulit dr daging atau dr isi; terkelupas. | Kamus Pelajar |
siat | ; menyiat membuat sesuatu supaya menjadi carik (biasanya dgn tangan); mengoyakkan kertas (daging dll) dgn tangan; menanggalkan kulit dr isi dll. tersiat tertanggal kulit dr daging atau dr isi; terkelupas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
siat I | ; menyiat mencarik halus-halus (dgn tangan, gigi, paruh, dll), mencarik (kertas), mengoyak (kulit drpd daging, kertas, dll), menguliti: gigi yg berjenis-jenis itu digunakan utk memotong, ~, mengisar, dan menghancurkan makanan; kadang-kadang majalah ayahnya disiatnya dan dibuatnya kapal atau layang-layang; menyiat-nyiatkan ki menghancurkan sesuatu hingga berkecai: aku merasakan pertengkaran kali ini spt ~ hatiku; tersiat terpisah kulit drpd daging, terkelupas (kulit), tercarik: rambutnya direntap-rentap spt hendak ~ kulit kepala; ®sayat I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
koyak | carik, rabak, sobek: bajunya ~ kerana terkait pd sebatang paku di dinding; ~ rabak koyak atau koyak-koyak yg panjang atau lebar; ~ baju mahu ukur badan prb merosakkan barang yg hendak dibaiki (disempurnakan); ~ tak berbunyi prb sesuatu keburukan (keaiban) yg berlaku dgn tidak diketahui orang; tak mahu ~ kulit, ~ kain mahu juga prb sanggup berkorban harta benda walaupun tidak sanggup mengorbankan diri; mengoyak menjadi besar atau terbuka (luka): lukanya yg hampir-hampir sembuh dahulu itu ~ sekali lagi; bagai bunyi orang dikoyak (dicabik) harimau prb menjerit-jerit (melaung-laung) kuat-kuat; mengoyakkan, mengoyak-ngoyakkan menyiat(-nyiat), mencabik(-cabik), mencarik(carik): tanganku segera ~ sampul surat itu; terkoyak tersiat, tercarik: cebis-cebis kain yg ~ drpd bajunya; ~ isinya akibat tikaman lading musuhnya; kekoyakan keadaan koyak: perineum memerlukan masa utk pulih semula drpd luka-luka dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |