tersimpul | 1. telah disimpulkan (tali, benang, dll); 2. ki terdapat atau termuat (dlm), terkandung di dlm: puas rasa hatinya mencurahkan segala yg ~ di dlm hatinya selama ini; 3. ki terjalin, terikat: pertunangan mereka telah ~ juga pd hari itu; lalu ~lah semacam persahabatan antara kami; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
termeterai | 1. tertera, tercap, tersegel; 2. ki tersimpul, terikat; ~ dlm hati terasa dlm hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terhurai | 1. (berada dlm keadaan) tidak lagi terikat (tersimpul, berjalin, dsb), sudah lepas terbuka (berjurai dsb), sudah dihuraikan, terurai: seorang perempuan muda, rambutnya ~, tunduk ke tanah; ikatan itu ~; 2. sudah dibentangkan (dipaparkan) dan diterangkan dgn teratur (bkn sesuatu perkara, kedudukan, masalah, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengungkai | 1. menghuraikan simpulan tali dll, mengorak, membuka (ikatan dll): tali yg memperhubungkan aku dgn engkau telah tersimpul mati, tidak dapat diungkai lagi; 2. membuka atau menanggalkan (baju dll), membongkar (rumah), merombak; 3. meng-anggap (menyatakan, menyebabkan) tidak berlaku atau sah, membatalkan (perjanjian dll), memansuhkan; 4. mencari-cari sesuatu utk diselidiki, membongkar-bongkar utk menyelidiki (memeriksa dll), menggugat perkara yg sudah-sudah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terurai | 1. sudah diuraikan (ikatan, rambut, dll), terhurai; 2. sudah diceraikan (hubungan, ikatan, dsb): ikatan janji setia yg tersimpul dgn teguh dan tidak akan ~; 3. sudah dipecah-kan kpd atau pecah menjadi unsur-unsur atau bahagian-bahagiannya (yg kecil-kecil); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ungkai | ; mengungkai 1. menghuraikan simpulan tali dll, mengorak, membuka (ikatan dll): tali yg memperhubungkan aku dgn engkau telah tersimpul mati, tidak dapat diungkai lagi; 2. membuka atau menanggalkan (baju dll), membongkar (rumah), merombak; 3. meng-anggap (menyatakan, menyebabkan) tidak berlaku atau sah, membatalkan (perjanjian dll), memansuhkan; 4. mencari-cari sesuatu utk diselidiki, membongkar-bongkar utk menyelidiki (memeriksa dll), menggugat perkara yg sudah-sudah; terungkai telah (dapat) diungkai, terbongkar, terbuka, tertanggal, terurai: dia membetulkan kutangnya yg hampir ~ itu; pengungkaian proses atau perbuatan meng-ungkai: ~ simpulan; pengungkai; ~ rantai guna-guna (jampi, mantera) utk melepaskan gari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hurai | ; menghurai menjadi lepas terbuka (berjurai dsb), menjadi (berada dlm keadaan) tidak terikat (tersimpul, berjalinan, bertaut, dsb), mengurai: rambutnya yg berkilat dan panjang itu ~ ke hadapan; menghuraikan 1. membuka simpul atau ikatan (tali, bungkusan, dsb), menguraikan: ketika ~ tali itu dia teringat hendak memberi minum lembu itu; maka Hang Jebat pun minta huraikan balut lukanya; 2. memisahkan (menceraikan) bahagian-bahagian sesuatu utk menjelaskannya dsb; ~ ayat mencerai-ceraikan bahagian ayat (mengikut fungsi kata-katanya, atau jenis kata-katanya); 3. membentangkan dan menerangkan (kedudukan, masalah, kebaikan, atau keburukan sesuatu) dgn panjang lebar dan teratur: Menteri Kewangan ~ kedudukan ekonomi negara; Profesor Hegesus terus ~ bahaya-bahaya drpd Rancangan Marshall; ~ hikmat ibadat puasa; 4. memecahkan (sesuatu masalah, persoalan, dsb) sbg usaha mencari penyelesaian: “Soal tanah dan kemiskinan tak dapat dihuraikan dgn undang-undang,” katanya; terhurai 1. (berada dlm keadaan) tidak lagi terikat (tersimpul, berjalin, dsb), sudah lepas terbuka (berjurai dsb), sudah dihuraikan, terurai: seorang perempuan muda, rambutnya ~, tunduk ke tanah; ikatan itu ~; 2. sudah dibentangkan (dipaparkan) dan diterangkan dgn teratur (bkn sesuatu perkara, kedudukan, masalah, dll); huraian 1. keterangan yg (agak) panjang lebar lagi teratur (utk menjelaskan sesuatu perkara, kedudukan, masalah, pendapat, dll): disediakan juga dlm buku ini ~ tentang cara menulis dan memahami karya sastera, baik sastera lama ataupun sastera moden; jawab soalan-soalan di bawah ini dgn ~ atau perbincangan yg mengandungi kira-kira 100 hingga 150 perkataan tiap-tiap satu; 2. hasil menghuraikan, hasil drpd yg dihuraikan, kesimpulan: kerana orang-orang yg melakukan kesalahan itu selalunya terlepas drpd dihukum oleh kekurangan keterangan, maka satu-satunya ~ ialah membunuh lanun-lanun itu pd masa kejadian; penghuraian perihal (usaha dsb) menghuraikan: soal ini agak rumit dan hanya dapat dibuat suatu ~ secara ringkas dan umum; ® urai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maksud | 1. tujuan, hajat, kehendak, niat: ~ aku ke sini ialah hendak berjumpa dgn engkau; ~ hatiku pun hendak ke sana juga; 2. erti yg tersimpul dlm sesuatu ayat (perbuatan dll): apakah ~ perkataanmu itu?; aku masih belum tahu lagi ~ aku dipanggil; bermaksud 1. bertujuan, berhajat, berkehendak, berniat (hendak): kami ~ hendak menyerahkan wang itu dgn seberapa segera; 2. mengandungi erti: apa yg diucapkan sebentar tadi itu tidak ~ demikian; memaksudkan 1. menghendaki, meminta: dialah yg dimaksudkan hadir dlm seminar itu; 2. memberi erti yg sebenar, (hendak) menyampaikan atau menyatakan (sbg maksud): Ali masih samar-samar tentang apa yg dimaksudkan oleh perempuan tua itu; apabila ia menerangkan tentang pendekatan struktur, ia ~ pendekatan formalistik juga; termaksud dikehendaki, dimaksudkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
madu II | 1. wanita lain yg menjadi isteri kpd suami sendiri; 2. ki saingan dlm percintaan; bermadu mempunyai madu (bkn isteri yg suaminya beristeri lagi): di negerinya ~ itu sudah lazim terbiasa, tersimpul dlm adat; dia minta cerai jika saya kahwin lagi, ~ itu pahit baginya; memadu memadukan: Usinah yg tidak mahu dimadu, diceraikannya; memadui 1. menjadi madu kpd, bermadu dgn; 2. memberi bermadu (suami terhadap isterinya); memadukan menjadikan sbg madu: isteri-nya tidak rela dimadukan; mempermadukan menjadikan (membiarkan) bermadu dgn: seboleh-bolehnya, jangan sampai Ramlah dipermadukan; permaduan 1. perihal bermadu: masa dlm tangan mandur besar dahulu, enam orang madu saya, dlm ~ itulah saya abang ambil; 2. perihal beristeri lebih drpd satu pd satu ketika (laki-laki), poligami: ~ dianggap kolot sekarang ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urai | 1. tidak pukal atau padat, berbutir-butir; emas ~ emas yg berbutir-butir halus; 2. lepas terbuka, tidak terikat (bersimpul, bertaut, dsb), bercerai-cerai; ilmu ~ Id kaji bina tubuh, anatomi; berurai 1. (menjadi, dlm keadaan) lepas terbuka (tidak bersimpul, berjalinan, dsb), bercerai-cerai; 2. = beruraian berderai-derai, bercucuran: ~ air matanya; keringatnya beruraian; mengurai 1. menjadi lepas terbuka (tidak bersimpul atau terikat dsb), berurai, meng-hurai; 2. (menjadi) mekar terbuka: rambut yg ~; mayang ~; 3. = menguraikan; menguraikan 1. membuka simpul (tali, ikatan, bungkusan, dsb), menghuraikan; 2. menceraikan atau memutuskan (hubungan, ikatan, dsb); ~ janji membatalkan janji (perjanjian); ~ nikah Mn menceraikan isteri; 3. memecahkan kpd unsur atau juzuk yg menjadi bahagian-bahagian sesuatu (spt sebatian dll): air boleh diuraikan menjadi hidrogen dan oksigen; terurai 1. sudah diuraikan (ikatan, rambut, dll), terhurai; 2. sudah diceraikan (hubungan, ikatan, dsb): ikatan janji setia yg tersimpul dgn teguh dan tidak akan ~; 3. sudah dipecah-kan kpd atau pecah menjadi unsur-unsur atau bahagian-bahagiannya (yg kecil-kecil); penguraian perihal menguraikan, perbuatan dsb memecahkan kpd unsur-unsur dsb sesuatu; ® hurai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |