kecil hati | 1 tersinggung (bkn perasaan); marah. 2 tawar hati. berkecil hati 1 berasa tersinggung; agak marah. 2 berasa tawar hati. mengecilkan hati menjadikan kecil hati; menyinggung perasaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecil hati | 1. tersinggung perasaan, marah sedikit; 2. tawar hati; berkecil hati 1. berasa tersinggung perasaan (agak marah); 2. tawar hati; mengecilkan hati menyebabkan (berasa) kecil hati, menyinggung perasaan: sbg anak, kita janganlah sekali-kali ~ orang tua kita; kekecilan hati 1. tersinggungnya perasaan, perasaan kecil hati; 2. hilang keberaniannya, ketakutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
singgung | ; bersinggung berhantuk atau bersentuh dgn yg lain. bersinggungan berhantukan antara satu dgn yg lain; bersentuhan. menyinggung 1 menghentak atau memukul dgn siku; menyiku. 2 mengenai sedikit (dgn bahagian tubuh); menyentuh: Jangan ~ pinggan mangkuk itu. 3 menyebut sesuatu perkara dlm ucapan atau dlm karangan; membicarakan sedikit: Dia tidak berani ~ perkara itu dlm ucapannya. 4 menyakiti hati atau perasaan orang lain: Ucapannya dianggap ~ kedudukan raja-raja Melayu. tersinggung 1 terkena sedikit; tersentuh. 2 disakiti hatinya: Dia mudah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
singgung I | ; bersinggungan bersentuhan dgn siku, berhantukan; menyinggung 1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebutnyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik sese-orang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll); tersinggung 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersentuh | 1. terkena (tersinggung) sedikit, terjamah; 2. terlanggar (terhantuk, terkena, tersandung) pd: kakiku ~ batu; 3. diperkata-kan secara sepintas lalu sahaja, tersebut (dlm sesuatu ucapan dll): sudah tentu ada ibu bapa yg menghadapi soal-soal yg tidak ~ lang-sung dlm buku ini; 4. ki tersinggung (perasa-an), terganggu (perasaan), terharu: dia lekas ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersinggung | 1 terkena sedikit; tersentuh. 2 disakiti hatinya: Dia mudah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tersinggung | 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sensitif | /sénsitif/ 1 mudah tersinggung (bkn perasaan); mudah berasa; peka. 2 dpt menunjukkan perubahan yg sekecil-kecilnya (bkn jangka suhu, dacing dll). kesensitifan perihal atau keadaan sensitif, kepekaan: ~ pihak tertentu terhadap isu tsb haruslah diberi perhatian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkecil hati | 1 berasa tersinggung; agak marah. 2 berasa tawar hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkecil hati | 1. berasa tersinggung perasaan (agak marah); 2. tawar hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |