terlindung | 1. tersorok, tersembunyi: perbuatan yg tidak ikhlas dan jujur ini tidak akan ~ selama-lamanya; 2. dapat diselamatkan (drpd bahaya dll), terselamat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sorok | ; menyorok 1 masuk dgn merangkak atau dgn membongkok; menyusup: Ketika berburu, kami ~ dlm semak dan belukar. 2 menyembunyikan diri; bersembunyi: Pijat-pijat biasanya ~ di celah-celah tilam atau di celah-celah katil. menyorokkan 1 memasukkan di bawah atau di balik sesuatu; menyusupkan: Dia telah ~ kepalanya di bawah bantal. 2 menyimpan atau menaruh sesuatu supaya tidak kelihatan; menyembunyikan: Siapa yg ~ kasut saya? tersorok 1 tidak dpt dilihat atau tidak dpt diketahui; tersembunyi. 2 jauh dr yg lain; terpencil: Kampung itu ~ di hujung tanjung. penyorokan perbuatan (hal dsb) menyorok atau menyorokkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sorok I | ; sorok-sorokan, bersorok-sorokan bermain sembunyi, bermain cari-carian; menyorok 1. masuk ke dlm sesuatu dgn merangkak (membongkok), menyusup atau menyelodok dgn membongkok; 2. ki menyembunyikan diri, bersembunyi; ~ di balik lumbung prb menyembunyikan sesuatu hal yg mudah atau sudah diketahui orang; ~ hilang-hilang, memakan habis-habis prb jika mengerjakan sesuatu pekerjaan rahsia hendaklah pandai-pandai benar menyimpannya; sementara ~, ekor habis prb perihal seseorang yg malang nasibnya; menyoroki menyusup (menyelodok) ke, menyorok ke; menyorokkan 1. memasukkan ke bawah (ke dlm, ke belakang) sesuatu, menyusupkan (menyelodokkan): ia masih lagi ~ mukanya di bawah bantal; 2. ki menyimpan (menutup dll) supaya tidak kelihatan, menyembunyikan: tak usahlah engkau ~ perkara yg seharusnya ibu tahu itu; tersorok 1. tersembunyi: buku itu kuletakkan di atas rak kopiah ~ ke sebelah dalam; 2. ki jauh dr yg lain, terpencil: tentera Jepun dan Siam selalu sahaja sampai ke kampung yg ~ spt Kampung Sulung itu; sorokan 1. sesuatu yg disembunyikan atau disorokkan; 2. tempat bersembunyi (menyembunyikan), persembunyian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersorok | 1 tidak dpt dilihat atau tidak dpt diketahui; tersembunyi. 2 jauh dr yg lain; terpencil: Kampung itu ~ di hujung tanjung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tersorok | 1. tersembunyi: buku itu kuletakkan di atas rak kopiah ~ ke sebelah dalam; 2. ki jauh dr yg lain, terpencil: tentera Jepun dan Siam selalu sahaja sampai ke kampung yg ~ spt Kampung Sulung itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersorok | 1 tidak dpt dilihat atau tidak dpt diketahui; tersembunyi. | Kamus Pelajar |
terlindung | 1 tertutup oleh sesuatu hingga tidak kelihatan atau tidak terkena sesuatu; tersembunyi; tersorok. 2 tidak terkena apa-apa bahaya atau bencana; terselamat: Dia telah ~ drpd bencana itu dgn kehendak Allah jua. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pepijat II | (Komp) 1. kesilapan yg terdapat dlm perisian, sistem atau perkakasan komputer; 2. peranti elektronik yg tersorok di tempat tertentu utk menangkap perbualan orang secara rahsia, spt dlm pengintipan; ~ alaf gangguan terhadap perisian atau sistem komputer yg dijangka berlaku akibat perubahan tarikh apabila bermulanya abad ke-21 sehingga boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pepijat II | ist 1 kesilapan yg terdapat dlm perisian, dlm sistem atau dlm perkakasan komputer. 2 peranti elektronik yg tersorok di tempat tertentu utk merakamkan perbualan orang secara rahsia, mis dlm pengintipan. ~ alaf gangguan atau masalah terhadap perisian atau sistem komputer yg berlaku akibat perubahan pd tarikh apabila bermulanya abad ke-21 (1 Januari 2000) dan selepasnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selindung | ; berselindung 1. bersembunyi, me-nyorok: ia terus lari ~ di balik pohon kelapa; 2. ki tidak terang-terang (perbuatan dll): Jamilah tidak ~ lagi bahkan terus mengaku akan perbuatannya; berselindungkan sl menyembunyikan, menyorokkan: segala monyet di dlm hutan itu pun berlarilah mencari tempat ~ dirinya; terselindung tertutup (dr pemandangan), tersorok, tersembunyi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |