tertabur | telah ditabur, terhambur, terselerak (ke merata-rata); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terhambur | tertabur; tersebar; terselerak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terhambur | tertabur, tersebar, terselerak: apabila ruangan debunga pecah, debunganya pun ~ keluar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terhambur | tertabur; tersebar; terselerak. | Kamus Pelajar |
taburan | 1. yg ditabur (tertabur); 2. sebaran, serakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertebar | telah ditebarkan, terhambur, ter-sebar, terserak, tersiar, tertabur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hambur I | ; berhamburan 1 keluar bertabur-tabur ke sana ke sini: Beras ~ dr guni yg bocor. 2 bersepah-sepah; berselerak; berserak-serak: Dia memungut kertas yg ~ di lantai. 3 ki keluar bertitik-titik (bkn air mata); bercucuran; berderai-derai: ~lah air matanya apabila mendengar berita yg menyedihkan itu. menghamburi membuang-buang atau menaburkan sesuatu (bunga dll) pd; menaburi: Kedua-dua mempelai itu dihamburi bunga rampai. menghamburkan 1 membuang sesuatu (bunga dll) merata-rata; menyebarkan; menaburkan: Orang ramai telah ~ bunga ke kereta rombongan baginda. 2 mengeluarkan banyak-banyak; mencurahkan: Dia ~ air mata kerana sedih mengenangkan anaknya yg telah tiada. Semasa berlaku ledakan gubung berapi, magma dihamburkan ke atas bersama benda-benda lain. terhambur tertabur; tersebar; terselerak. hamburan sesuatu yg dihamburkan atau yg terhambur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hambur I | ; berhamburan 1. bertaburan merata-rata (ke sana sini): padi ~ dr guni yg bocor; 2. berselerak, berserak-serak, bersepah-sepah; 3. ki bercucuran, berderai-derai (air mata): ia tidak berkata apa-apa pun hanya air matanya sahaja yg ~; menghamburi menaburi, menyebar pd: setelah mayat dimakamkan kubur pun dihamburi bunga; menghamburkan 1. menaburkan, menebarkan, menyebar(kan): ia ~ pasir dlm lori ke atas tanah yg sedang ditambak; ~ jala; 2. membuang-buang, memboroskan (wang dll): kerjanya ~ wang sahaja; 3. mencurahkan, mengeluarkan (dgn banyak): ~ air mata; ~ kata-kata mengeluarkan kata-kata dgn banyak (memarahi dll); terhambur tertabur, tersebar, terselerak: apabila ruangan debunga pecah, debunganya pun ~ keluar; hamburan sesuatu yg dihamburkan; penghamburan perihal (perbuatan dsb) menghamburkan: ~ perasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebar I | (tébar); bertebar, bertebaran bertabur(an) ke sana ke mari, berhamburan, berserak-serak, terserak-serak: pengikut Wan Derus ~ di merata-rata pulau yg berhampiran; lari bertebaran lari lintang-pukang (tidak tentu arah, tidak keruan); menebari menaburkan sesuatu pd, menghamburi; menebar, menebarkan 1. mencampakkan (jala dll) supaya kembang atau terbentang: maka bentara pun lalulah ~ jala di olak putera bersiram itu; 2. menaburkan (benih dll), menghamburkan: orang sudah ramai membuat kerja, ada yg ~ padi dan ada yg mencangkul; 3. menjadikan berserak-serak, menyerak-nyerakkan; 4. ki menjadikan me-luas (merebak), memperluas: apabila terjadi perselisihan antara dua golongan umat, sengaja ditebarkannya perselisihan itu; 5. = mempertebarkan menyiarkan (agama dll) supaya berkembang; mempertebarkan kecek Id menyiarkan khabar palsu; tertebar telah ditebarkan, terhambur, ter-sebar, terserak, tersiar, tertabur;tebaran sebaran, siaran, taburan; pertebaran perihal bertebar: pd masa itu ~ penduduk begitu jarang; penebaran perbuatan menebar: corak ekonomi dan ~ sumber-sumber asli; penebar orang yg menebarkan, pengembang, penyiar: Demang Lebar Daun adalah seorang ~ asas demokrasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hambur I | berhamburan 1. keluar bertabur-tabur ke sana ke sini: Beras ~ dr guni yg bocor. 2. bersepah-sepah; berselerak; berserak-serak:Dia memungut kertas yg ~ di lantai. 3. ki keluar bertitik-titik (bkn air mata); bercucuran; berderai-derai: ~lah air matanya apabila mendengar berita yg menyedihkan itu. menghamburi membuang-buang atau menaburkan sesuatu (bunga dll) pd; menaburi: Kedua-dua mempelai itu dihamburi bunga rampai. menghamburkan 1. membuang sesuatu (bunga dll) merata-rata; menyebarkan; menaburkan: Dia ~ air mata kerana sedih mengenangkan anaknya yg telah tiada. Semasa berlaku ledakan gunung berapi, magma dihamburkan ke atas bersama benda-benda lain. terhambur tertabur; tersebar; terselerak. hamburan sesuatu yg dihamburkan atau yg terhambur. | Kamus Pelajar |