tertakung | dlm keadaan tidak mengalir (bkn air, minyak dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tertakung | 1. tidak mengalir (air, minyak, dsb), tersekat, terhenti: di sini, air ini ~; 2. sudah diendapkan, terendap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertakung | dlm keadaan tidak mengalir (bkn air, minyak dll). | Kamus Pelajar |
takung, = takungan | tertakung dlm keadaan tidak mengalir (bkn air, minyak dll). | Kamus Pelajar |
takung | , = takungan bekas utk menampung sesuatu (spt getah, makanan ayam). bertakung tidak mengalir; tersekat; bergenang: Nyamuk biasanya bertelur di tempat air ~ dan di dlm paya. menakung 1 menyekat atau menadah air supaya banyak terkumpul; menampung: Sebuah tangki yg besar telah dibina utk ~ air hujan. 2 membiarkan mengendap (bkn minyak dll): ~ minyak kelapa; ~ getah. tertakung dlm keadaan tidak mengalir (bkn air, minyak dll). penakung 1 bekas utk menakung sesuatu; takung. 2 kolam tempat menakung air minuman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
takung | bekas air (makanan ayam, susu getah, dll), bak, bejana: ~ yg berisi air; bertakung tidak mengalir, tergenang, tersekat: segala tempat air ~ hendaklah ditambak; menakung 1. membiarkan mengendap (minyak dsb), membeningkan atau mengheningkan sesuatu (dgn membiarkan tahinya, keladaknya, mendap): ~ minyak kelapa; 2. menyekat atau mengempang air dsb (supaya banyak terkumpul), menampung: air ini ditakung utk air minum penduduk; 3. menadah, menampung (air hujan dsb): aku takung air malam ini; tertakung 1. tidak mengalir (air, minyak, dsb), tersekat, terhenti: di sini, air ini ~; 2. sudah diendapkan, terendap; takungan 1. = penakung bekas utk menakung sesuatu, takung, bejana; ~ ais bekas yg berpetak-petak dsb yg diisi air utk dijadikan (dibuat) ais; 2. tempat utk menakung sesuatu, kolam; penakungan perbuatan (kerja dsb) menakung (air, minyak, dsb), penadahan, penampungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |