Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tampal (kata nama)
1. Bersinonim dengan penampal: perca, tampung, tembel, tambal,

2. Bersinonim dengan lepa: turap, pelekat, plaster,

Kata Terbitan : bertampal, menampal, menampalkan, tertampal, tampalan, penampalan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tampal I1. perca kain dll yg dilekatkan (dijahit­kan) utk menutup barang yg koyak: ~ itu mesti menutup bahagian yg nipis di sekeliling tempat yg koyak; 2. benda yg dilekatkan, lepa, turap, plaster, pelekat; bertampal 1. memakai tampal: kain alas ini boleh dibuat drpd kain cadar yg lama tetapi tidak koyak atau ~; 2. = ~ dgn bertam­bal dgn (pelekat, iklan, dll): bangunan-bangun­­an yg indah itu di sana sininya ~ dgn iklan; menampal 1. membubuh tampal pd (baju dll yg koyak), melekatkan tampal pd, me­nam­pung: baju yg koyak itu sudah ditampal; 2. merekat sesuatu (pelekat, poster, dll) pd, menampalkan pd (dgn gam dll): dinding dan pintu rumah-rumah rendah itu rata-rata ditampal dgn gambar seorang calon pilihan raya; 3. menyumbat atau memalam (gigi yg berlubang); menampali sl memberi bertampal dgn, me­nam­pal dgn: dinding istana itu sekaliannya berkambi, maka ditampali cermin cina yg besar-besar; menampalkan 1. melekatkan perca kain dll pd; 2. merekatkan (turap, lepa, dll) pd: dibuat surat berpuluh-puluh ditampalkan pd segenap simpang; ~ kersik ke buluh prb tidak ada guna (sia-sia) memberi nasihat kpd orang yg tidak mahu mendengarnya; tertampal 1. sudah ditampal dgn; 2. terlekat pd, tertempel pd: suatu surat kenyataan ditandatangani oleh Patrick Goh, kelihatan ~ di papan kenyataan kelab; tampalan sesuatu yg ditampal: di dinding rumah itu penuh dgn ~ surat khabar; juita bukan kerana pakaian yg indah-indah dan emas perak yg gilang-gemilang, bukan ke­rana ~ dr luar; penampalan perbuatan (kerja dsb) menam­pal; penampal sesuatu (perca kain, kulit, dll) yg digunakan utk menampal: perca-perca kain itu hendaklah disimpan buat kain ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tertampal1. sudah ditampal dgn; 2. terlekat pd, tertempel pd: suatu surat kenyataan ditandatangani oleh Patrick Goh, kelihatan ~ di papan kenyataan kelab;Kamus Dewan Edisi Keempat
lekap Ilekat (rapat sekali), merapat, me­nempel; melekap 1. melekat (pd), tertampal (pd): kedua-dua tapak tangannya ~ ke daun pintu; 2. merapat, mendekat: muka anak itu ~ di dada ibunya; melekapkan 1. menjadikan melekap, mele­katkan, menampalkan (gambar dll): ~ ubat ke tempat yg luka; 2. merapatkan, mendekat­kan, mendempetkan: kepalanya dilekapkan­nya ke dada ayahnya; 3. ki memasangkan atau mengenakan sesuatu (pakaian dll); terlekap terlekat pd, tertampal pd, dlm keadaan yg melekap; pelekapan perihal (proses, perbuatan dsb) melekap atau melekapkan; pelekap anggota (pd beberapa jenis ikan dan serangga) utk mendakap.Kamus Dewan Edisi Keempat
melekap1. melekat (pd), tertampal (pd): kedua-dua tapak tangannya ~ ke daun pintu; 2. merapat, mendekat: muka anak itu ~ di dada ibunya;Kamus Dewan Edisi Keempat
rata I1. tidak tinggi rendah, datar, papak, papar: bahagian atas meja itu ~; padang bola yg menghijau ~; pukul (hitung) ~ semuanya dianggap sama (tidak dibeza-beza­kan), hitung panjang; sama ~ a) sama tinggi dan sama rendah (semuanya); b) = sama ~ sama rasa sama hak dan kewajibannya (sama tarafnya); 2. seluruh bidang (per­mukaan) sama diliputi, menyeluruh: hendak­nya lantai itu disapu ~; kurang ~ ditutup lantai itu dgn tikar; 3. seluruhnya beroleh bahagian yg sama, tersebar ke merata tempat (berita dll), ter­dapat (terkena dll) di mana-mana: pusaka itu dibahagi ~; telah ~ lukisannya ditun­jukkan; pd masa itu orang Melaka ~lah berkapal belaka; ~-riti Kl ke mana-mana; serata seantero, segenap, seluruh: getah di­eksport ke ~ dunia; poster-poster tertampal di tembok-tembok di ~ kampung; menyeratakan menyebarkan ke mana-mana, menyeluruh; keserataan perihal (keadaan) serata: tahap ~ penggunaan bahasa itu masih rendah; rata-rata 1. rata sekali, sama banyaknya dll di serata tempat: baja itu hendaklah di­ta­burkan ~; saya ingin benar hendak melihat ~ dlm kebun itu; 2. = (di)pukul ~ a) dianggap sama semuanya, dihitung panjang, pd umum­nya: keistimewaannya ialah orang-orang bawah­annya ~ segan dan hormat kepada­nya; ~ mereka tidak berbaju, kecuali yg paling depan; apatah lagi dlm arus sekarang, ~ wanita suka bekerja makan gaji; b) diambil tengah-tengah, dibahagi rata; ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi setahun; peon dan buruh kasar ~ mendapat dlm lingkungan RM80 dan RM100 sebulan; merata 1. (menjadi) rata: matanya terpaku ke permukaan laut yg sekali-kali tersebak dan ~; buah padi yg sedang masak, kuning, dan ~; 2. = merata-rata tersebar (menular) ke mana-mana, pergi ke mana-mana, mere­bak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah; 3. = merata-rata serata, segenap, seluruh, seantero: makanan utk pokok-pokok memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; lipas didapati di ~ tempat di negeri panas; meratai merata ke segenap..., meliputi (memasuki, melindungi, mengenai, dll) kesemuanya: mata profesor itu ~ semua muka mahasiswa; tidak mungkin rasanya per­aturan itu ~ seluruh lapisan rakyat; meratakan 1. menjadikan (menyebabkan) rata, memapakkan, mendatarkan: seluruh kawasan bukit itu diratakan utk dijadikan tapak kawasan perumahan rakyat; 2. mem­bahagi-bahagikan rata, menyebarkan ke me­rata tempat: ~ kemakmuran ke seluruh ne­gara ialah tujuan utama kerajaan sekarang; bantuan kecemasan diratakan kpd segenap mangsa bah; rataan ark dataran; kerataan perihal rata: semua permukaan cecair adalah rata dan selari dgn ~ tanah; perataan perihal (proses) meratakan sesuatu: ~ permukaan jalan itu telah selesai; perata alat utk meratakan (mendatarkan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas