terpendam | 1 tertanam atau tersimpan di dlm tanah. 2 tersimpan di dlm hati: Hal itu sudah lama ~ dlm hatinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terpendam | 1. tertanam (tersimpan) dlm tanah dll; 2. tersembunyi atau tersimpan sahaja lama-lama tidak diketahui (digunakan dll): puisi Rustam Effendi adalah kekayaan yg lama ~, tidak banyak diketahui oleh masyarakat; 3. tersimpan dlm hati dll: tidak disangkanya Dang Kenanga begitu berani lancang meramalkan apa yg tersimpan atau ~ dlm hatinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terhunjam | 1. (kepalanya dll) tertanam ke dlm tanah, terpacak, terpancang, tertancap (ke dlm tanah): akar umbinya ~ jauh ke dlm bumi; 2. (bkn perasaan) tertanam: kalau perasaan begini yg ~ di dlm hati sanubari, alamat dunia akan celaka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendam | ; memendam 1 menanam sesuatu dlm tanah: Dia ~ hartanya di bawah rumah. 2 tidak menunjukkan sesuatu kpd orang; menyembunyikan perasaan dll dlm hati. terpendam 1 tertanam atau tersimpan di dlm tanah. 2 tersimpan di dlm hati: Hal itu sudah lama ~ dlm hatinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tertanam | 1. sudah ditanam (ditanamkan), termasuk ke dlm, terbenam: baru ia bertumpu hendak melompat maka ~ ke bumi hingga lehernya; 2. ki tersemat di hati: apabila ~nya iman dan terlaksananya usaha utk mendirikan masyarakat...; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpendam | 1 tertanam atau tersimpan di dlm tanah. 2 tersimpan di dlm hati: Hal itu sudah lama ~ dlm hatinya.> | Kamus Pelajar |
tercacak | 1. terdiri (berdiri) tegak: jambul ~ di atas kepala; 2. tertanam, terpancang tegak: tali itu tergantung pd galah yg ~ di tanah; 3. terbenam (tertanam) ke dlm sesuatu (tanah, badan, dll); ~ spt lembing tergadai prb terdiri tegak dan tercengang-cengang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanam | cucuk ~ perihal tanam-menanam (bertani); musim ~ musim menanam padi; bertanam 1. sedang bercucuk tanam, membuat pekerjaan pertanian: kehidupan mereka itu memukat dan ~ padi; 2. sl mengebumikan, menguburkan mayat: di bawah gereja itulah tempat orang Hollanda ~ orang mati; ~ cacar bersuntik; berkotek (berketuk) di luar sangkar, ~ di luar pagar prb sesudah perkara selesai barulah terdengar keterangan atau aduan; menanam 1. menaruh (mencucuk, menabur, dll) benih ke dlm tanah supaya tumbuh: bendang ialah tempat ~ padi; 2. menaruh sesuatu dlm lubang dan dikambusi dgn tanah, menimbuni sesuatu yg di dlm lubang dgn tanah, menguburkan (mayat, bangkai, dll): ia menyumpah orang yg ~ barang letupan itu; maka baginda pun mangkatlah, maka ditanam orang hampir masjid; 3. = menanamkan menyebarkan sesuatu ajaran (fahaman dll), membangkitkan dgn memupuk (semangat, perasaan, dll): di sana beliau telah menanamkan semula benih-benih kebangsaan yg telah patah; 4. memasukkan wang (modal) dlm sesuatu perusahaan dll, memodali, melabur: ia telah ~ modal sebanyak RM600; 5. menegakkan (kekuasaan), memperluas (pengaruh, kepentingan): pihak Komunis sedang giat berusaha ~ pengaruh mereka di dunia sebelah sini; 6. memasukkan benih penyakit ke dlm badan (utk mencegah drpd dihinggapi penyakit), menyuntikkan, membiakkan (benih penyakit dll); 7. mempunyai niat, berhajat (utk berbuat sesuatu), berniat: ~ niat utk naik haji; 8. mengangkat atau menempatkan (sbg wakil, pegawai, dll); 9. Pl, bp masuk ke dlm lumpur (ikan), membenamkan diri (dlm lumpur): puas aku mencari ikan haruan tadi, sudah ~ agaknya; ~ budi berbuat kebajikan (kebaikan) kpd; ~ modal mengeluarkan modal utk sesuatu perusahaan, melabur; ~ semula menanam pokok baru utk mengganti yg tua (getah); bagaimana ditanam, begitulah dituai prb tiap-tiap kejahatan itu, kejahatan jugalah akan balasannya; tanam-menanam perihal menanam tumbuh-tumbuhan dll; menanami menanam sesuatu di: di atas pulau itu ditanami pelbagai kayu-kayuan, buah-buahan dan bunga-bungaan; tertanam 1. sudah ditanam (ditanamkan), termasuk ke dlm, terbenam: baru ia bertumpu hendak melompat maka ~ ke bumi hingga lehernya; 2. ki tersemat di hati: apabila ~nya iman dan terlaksananya usaha utk mendirikan masyarakat...; tanaman 1. tumbuh-tumbuhan yg biasa ditanam (spt ubi, keladi, dll), apa yg ditanam: sebahagian drpd hasil ~nya dijual; ~ kontan tanaman yg diusahakan dlm sesuatu kawasan tanaman utk mendapatkan hasilnya sementara menantikan hasil tanaman kekalnya; ~ penutup (Bio) tumbuhan (lazimnya drpd jenis rumput rampai) yg ditanam utk menghalang berlakunya hakisan serta mengekalkan kelembapan dan kesuburan; 2. sesuatu yg tertanam, pendaman;tanam-tanaman berbagai-bagai jenis tanaman; petanaman tempat menanam tumbuh-tumbuhan; penanaman perihal menanam (menanamkan): petani-petani dlm mukim tersebut bersetuju memulakan ~ padi jenis baru itu; ~ modal perihal menanam modal, pelaburan; penanam orang yg menanam (menanamkan); ~ padi pesawah; ~ modal orang yg mengeluarkan modal (wang dll) utk menjalankan perniagaan dll, pemodal, pelabur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tercacak | 1 terdiri atau berdiri tegak lurus: Entah bila datangnya, tiba-tiba ia ~ di muka pintu. 2 tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3 terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tercacak | 1. terdiri atau berdiri tegak lurus:Entah bila datangnya, tiba-tiba ia ~ di muka pintu. 2. tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3. terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. | Kamus Pelajar |