tertangguk | kena ditangguk, tertangkap dgn tangguk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangguk | 1. sj bakul drpd rotan atau jaring yg berbingkai (utk menangkap ikan, udang, dll): ikan di kawasan itu ditangkap dgn tangan atau dgn ~; 2. ki tipu muslihat (utk memerangkap, memikat, dll); ~ rapat keruntung bubus prb perihal suami isteri yg tidak bersetujuan sifatnya (suami banyak mendapat wang tetapi isterinya boros); bagai ~ lerak dgn bingkainya prb suami isteri yg tidak pernah bercerai sampai ajalnya; menangguk menangkap (ikan dll) dgn tangguk: abang ke sungai ~ udang; ~ hutang menagih hutang; ~ di air keruh prb mencari keuntungan dll sementara ada kekacauan (perselisihan dll); hendak ~ ikan, tertangguk akan batang prb hendakkan laba tetapi jadi rugi; tertangguk kena ditangguk, tertangkap dgn tangguk; ~ pd ikan dikeruntungkan, ~ pd ular dikeruntungkan juga prb buruk baik diterima sahaja setelah dimuafakati beramai-ramai; penangguk 1. orang yg menangguk; 2. alat utk menangguk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |