tertekan | 1 dlm keadaan ditekan; tertindih. 2 ki tertindas; teraniaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tertekan-tekan | tidak lancar (perjalanan sesuatu), tersangkut-sangkut: Konah menceritakan lagi dgn suara yg agak ~ pula keluarnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertekan | ditekan, tertindas, tertindih: petani-petani yg sentiasa ~, dicukai berlebihan dan ini telah menimbulkan pemberontakan bersenjata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertekan | 2 ki tertindas; teraniaya. | Kamus Pelajar |
tertekan | 1 dlm keadaan ditekan; tertindih. | Kamus Pelajar |
terdesak | 1. tertekan, terdorong: raksa di dlm salur itu akan ~ ke bawah lebih rendah drpd paras raksa yg berada di sebelah luar salur; 2. terasak, terhimpit: ketika berebut masuk ke dewan itu, ramai kanak-kanak yg menjerit kerana ~; 3. susah (sulit) sekali, tertekan, terhimpit: kehidupannya telah ~, dia terpaksa bekerja keras; 4. terdorong, didorong, diberangsang, dipengaruhi: dia memasuki tentera kerana ~ oleh rasa tanggungjawab terhadap nusa dan bangsa; 5. terpaksa, mesti, tidak boleh tidak: bukan kerana apa, melainkan kerana ~; 6. didesak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertindis | tertekan, tertindih: ~ perasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpicit | 1. tertekan; 2. terurut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketindihan | 1. tertindih, tertekan; 2. Jk tidak dapat bergerak-gerak ketika sedang tidur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketertekanan | perihal (keadaan) tertekan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |