terterap | (telah) diterapkan (dipraktikkan, diserapkan dsb): konsep pendidikan seumur hidup sudah ~ ke dlm minda masyarakat kita; di sebalik peristiwa itu, ~ unsur pemikiran, falsafah dan nafas keislaman yg menjadi pegangannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terap IV | juru~ tukang yg memasang atau membaiki jentera (kereta dll), jurusawat, mekanik; berterap berukir; menerap 1. mengikat atau memasang permata pd cincin (keris dll), mengikat permata pd tempat ikatannya; 2. mengikat bata dll (utk lantai, dinding); 3. memasang enjin (mesin dll); menerapkan mempraktikkan, mengenakan pd, menyerapkan (memasukkan) ke dlm: gerakan koperasi sepatutnya ~ nilai-nilai dan falsafah Islam sebagai satu cara hidup serta menghayatinya; utk ~ keenam-enam aspek ini ke dlm sistem pendidikan, kita memerlukan satu penggubalan dan pentakrifan yg menyeluruh; terterap (telah) diterapkan (dipraktikkan, diserapkan dsb): konsep pendidikan seumur hidup sudah ~ ke dlm minda masyarakat kita; di sebalik peristiwa itu, ~ unsur pemikiran, falsafah dan nafas keislaman yg menjadi pegangannya; terapan 1. keris yg bilahnya berlekuk panjang pd bahagian tengahnya; 2. penyalut pd sarung keris (drpd emas, perak, dll), penduk-penduk; 3. (sesuatu) yg lain dipraktikkan, (sesuatu) yg digunakan atau dikenakan pd sesuatu lain, aplikasi: institusi perguruan mengadakan kursus linguistik asas dgn tumpuan pd tatabahasa ~ utk memberi pendekatan kpd pelatih tentang aspek-aspek asas dlm ilmu bahasa; leksikografi merupakan cabang ilmu linguistik ~; keterterapan perihal (keadaan atau sifat) dapat diterapkan; penerapan 1. perihal (perbuatan dsb) menerap atau memasang (enjin dll), pemasangan (enjin dll); 2. perihal (perbuatan dsb) menerapkan (mengenakan pd, menyerapkan, dsb), perbuatan dsb mempraktikkan: ~ nilai-nilai Islam ke dlm undang-undang dan pentadbiran negara; ~ corak pendidikan drpd masyarakat lain ke dlm sesuatu masyarakat yg berlainan kebudayaan dan aspirasinya hanya akan menimbulkan kekacauan; penerap 1. orang yg kerjanya menerap (bata, permata dsb): kita telah agak biasa dgn pekerja am mis seorang ~ bata; 2. orang yg menerapkan sesuatu (nilai, ilmu dsb): kita juga harus bertindak sbg ~ nilai-nilai yg murni dlm kehidupan keluarga dan masyarakat; 3. alat utk menerap sesuatu (bata dsb): alat ~ bata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |