tertiarap | jatuh dsb dgn bahagian depan atau bahagian atas ke bawah; telah (sudah) ditiarapkan: Budak itu jatuh ~ di atas padang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tertiarap | jatuh, rebah, dll dgn bahagian depan (atas) ke bawah, tertelungkup, tengkurap: dia gelisah, kadang-kadang ~, kadang-kadang terlentang memandang bumbung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sungkur I | ; ~-sangkar tertiarap (dgn tangan dan kaki terdepang); ~ sembam tersembam (muka mencium tanah); sang ~ babi (yg merosakkan tanaman); bersungkuran tersembam (jatuh dsb) dgn kepala tertunduk rendah-rendah: sekalian rakyat tentera menghadap baginda sujud kepalanya masing-masing lalu ke tanah ~; menyungkur 1. menundukkan kepala rendah-rendah (spt kerbau hendak berlaga dll): budak itu ~ di hadapannya meminta ampun; 2. menggali-gali tanah dll dgn muncung (babi dll): mereka ~ tanah dgn hidungnya mencari akar utk dimakan; tersungkur jatuh dan mukanya terkena tanah, jatuh tersembam, jatuh tertiarap: dgn sekali panah, kijang itu pun ~lah lalu mati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terserpuk | tertiarap (kerana jatuh), tersembam: ia menerkam anaknya yg ~ di kaki tangga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telangkup | tertungkup, tertiarap, lwn terlentang; menelangkupkan meletakkan telangkup, menelungkupkan, meniarapkan: Tini berdiri, terduduk lagi, ~ muka pd meja, menangis lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sungkur-sangkar | tertiarap (dgn tangan dan kaki terdepang); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serpuk | ; terserpuk tertiarap (kerana jatuh), tersembam: ia menerkam anaknya yg ~ di kaki tangga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terjerungkup | tertiarap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terjerongkong | jatuh tertiarap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terjerahap | jatuh tertiarap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |