tertuduh | sudah (telah) dituduh, terdakwa: dia ditangkap bukan kerana mencuri atau menipu tetapi kerana ~ membantu musuh dlm masa negeri kita diduduki oleh Jepun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ekstradisi | /ékstradisi/ penyerahan seseorang penjenayah atau yg tertuduh kpd negara tempat jenayah dilakukan utk dibicarakan. mengekstradisi menyerahkan seseorang penjenayah atau yg tertuduh kpd negara tempat jenayah dilakukan utk dibicarakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
yg tertuduh | orang yg dituduh (didakwa); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tercema | tertuduh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengekstradisi | menyerahkan seseorang penjenayah atau yg tertuduh kpd negara tempat jenayah dilakukan utk dibicarakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cema (céma) | Mn tuduh; mencema menuduh, mengadukan (kpd hakim); tercema tertuduh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salah-salah | 1. walaupun (sungguhpun, meskipun) salah: ~ dibebaskan juga; 2. jika tidak bernasib baik, jangan-jangan: ~ bersikap, takut akan tertuduh pula; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersalah | 1. tidak sengaja membuat salah, tersilap: jikalau ada apa-apa yg ~ dan tersilap, saya pohonkan berbanyak maaf; menurutnya, penulis menggunakan kata-kata demikian kerana mereka ~ tafsir erti penggunaan bahasa dlm sastera; 2. tidak tepat; 3. tertuduh (melakukan kesalahan dll), disalahkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mensabitkan | 1. menentukan dgn pasti ber-dasarkan bukti (atau membuktikan) bahawa seseorang itu bersalah: kesalahan itu telah dapat disabitkan; 2. mengisytiharkan hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati terbukti bersalah melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): keterangan saksi pendakwa adalah tidak mencukupi utk ~ semua yg tertuduh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuduh | ; menuduh 1. menunjuk dan mengatakan seseorang melakukan kejahatan (kecurangan dll): kitalah yg berdosa kerana ~ dia melakukan perkara yg bukan-bukan; 2. mengatakan seseorang itu melakukan sesuatu yg melanggar undang-undang, mendakwa: beliau ~ bahawa Datuk Bendahara itu telah menggunakan wang kerajaan utk mengadakan beberapa tunjuk perasaan antikerajaan; tuduh-menuduh saling menuduh (menyalahkan satu sama lain): mereka ~ sesama sendiri; menuduhkan melemparkan dakwaan kpd, mendakwakan: beliau telah menyangkal keras segala yg dituduhkan kepadanya itu; tertuduh sudah (telah) dituduh, terdakwa: dia ditangkap bukan kerana mencuri atau menipu tetapi kerana ~ membantu musuh dlm masa negeri kita diduduki oleh Jepun; yg ~ orang yg dituduh (didakwa); tuduhan hasil menuduh, hal yg dituduhkan, dakwaan: fitnah dan ~ kotor begitu mudah dihambur-hamburkan; pertuduhan kenyataan yg menuduh atau mendakwa seseorang yg disyaki melakukan sesuatu kesalahan atau jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah: beliau kini sedang menghadapi lima ~ rasuah; mereka mengaku tidak bersalah apabila kertas ~ dibacakan di hadapan hakim; penuduh orang yg menuduh, pendakwa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |