Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.u.pa.ya] | تراوڤاي

Definisi : sanggup, mampu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
upaya (kata nama)
Bersinonim dengan usaha, daya, daya usaha, akal, ikhtiar, kekuatan, kebolehan;,
Kata Terbitan : seupaya-upayanya, berupaya, terupaya, keupayaan, berkeupayaan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terupayasanggup, mampu;Kamus Dewan Edisi Keempat
tidak terupayatidak sanggup (mampu);Kamus Dewan Edisi Keempat
upayausaha utk mencapai sesuatu tujuan, daya usaha, akal, ikhtiar: kalaulah segala apa yg diberikannya selama ini masih belum dapat menjamin kecintaannya, maka habislah ~; seupaya-upaya, seupaya-upayanya setakat mana yg terdaya, seboleh-bolehnya, sedapat-dapatnya; berupaya 1. berusaha dgn sekuat tenaga, berdaya upaya; 2. berkebolehan, berke-mampuan, mampu, dapat, sanggup: menteri yg berkenaan sama sekali tidak ~ mencegah kenaikan harga barang keperluan sehari-hari; mengupayakan 1. mencari jalan (agar), mengikhtiarkan, mengusahakan; 2. mengambil tindakan (supaya); 3. menjadikan berupaya (mampu, boleh, dapat dsb) mencapai sesuatu, membolehkan: penerbitan senarai istilah, buku istilah dan glosari sesungguhnya telah ~ bahasa Melayu menjadi sbg wahana bagi semua bidang ilmu pengetahuan, khususnya sains dan teknologi; strukur organisasi yg ada kini hanya ~ pelaksanaan peranan secara reaktif; terupaya sanggup, mampu; tidak ~ tidak sanggup (mampu); keupayaan kesanggupan (kebolehan) utk mencapai atau melakukan sesuatu, kemampu-an: kanak-kanak mempunyai perangai, ke­cenderungan, dan ~ yg berbeza; bahasa itu sendiri perlulah mempunyai ~ utk menjadi sebuah bahasa moden; berkeupayaan mempunyai keupayaan: satu variasi yg lengkap dan sempurna, ~ memperkatakan semua gejala dlm masyarakat kita; ketidakupayaan perihal (sifat dsb) tidak berupaya, perihal tidak ada keupayaan: ~ penulis utk menjadi tokoh atau pemimpin politik; pengupayaan perihal (perbuatan, tindakan, usaha dsb) menjadikan berupaya (berke-mampuan, berkebolehan dsb) utk mencapai sesuatu: sistem yg lebih menekankan proses ~ ini telah menjadi teras kpd pembinaan keusahawanan; isu yg lebih penting ialah ~ golongan miskin ini utk mempunyai pen-dapatan yg lebih tinggi.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas