terusan | 1. sungai buatan dll yg menghubungkan dua lautan (utk pelayaran), susukan: T~ Panama; T~ Suez; 2. bp sambungan, lanjutan: ini adalah ~ drpd cerita dahulu; 3. bp terus-terusan, terus-menerus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terus-menerus | 1. = terus-terusan tidak berkeputusan, tidak berhenti-henti, tidak putus-putus, berterusan: mestikah mereka ~ hidup dlm alam kekolotan? 2. secara langsung (siaran televisyen dll), bukan pertunjukan filem: kira-kira 16000 orang telah menyaksikan perlawanan yg disiarkan ~ oleh televisyen ke beberapa buah negeri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terus | 1. menuju ke sesuatu tempat dgn tidak singgah di mana-mana, langsung (tidak terhalang atau terhenti), lantas: dr kamar tidur dia ~ ke bilik mandi; 2. tidak berhenti, tidak terhenti-henti, sentiasa bergerak (berjalan dll): kereta yg mereka naiki itu ~ berjalan; 3. tidak putus-putusnya, berkepanjangan, berlarut-larut, selalu: negeri ini bergantung ~ pd getah dan timah sahaja; 4. langsung ke sebelah (apa yg ditikam dll), lantas, menembus, tembus: ditikamnya sekali lagi, kena rusuknya ~, maka rusa itu tiada boleh lari lagi lalu mati; 5. tidak bertangguh-tangguh lagi, dgn segera, lalu, langsung: sesampai di kampung aku ~lah pergi ke paya; 6. tidak berwakil kpd sesiapa langsung: di samping beberapa jabatan kerajaan yg dijaga ~ oleh menteri, terdapat juga beberapa lembaga atau perbadanan ...; 7. tidak bercampur atau berlapis, jati, tulen; emas ~ emas tulen (bukan saduran); ~ mata (pelihatan, pandang) dapat mengetahui apa yg tersembunyi (yg akan terjadi); seterusnya 1. selepas itu ... lalu, lantas ...: aku ~ pergi ke rumah Ah Seng; 2. selanjutnya: biarlah kita terima dulu jaminan tersebut utk diperhatikan ~; 3. = dan ~ dan lain-lainnya, dan yg lain-lainnya; 4. tetap, selama-lamanya: beliau telah mengadakan mesyuarat utk menentukan ~ langkah-langkah yg diambil mengenai perkara tersebut; 5. yg berikutnya: Khatijah memandangnya, berasa takjub ditanya ~ itu; 6. sejak dr itu ..., mulai sekarang: dia ~ tidak berani lagi melakukan perkara itu; berterusan tidak berkeputusan, berlanjutan, berkepanjangan: dia menangis ~; menerus 1. menembus, melantas: jahitan ini tidak boleh ~ ke sebelah luar; 2. meresap (mengalir dll) keluar atau masuk; 3. jauh dr permulaan, lanjut, terus: maka dilihat Bendahara betul kepala Tun Mutahir bernyala, cahaya ~ ke langit; terus-menerus 1. = terus-terusan tidak berkeputusan, tidak berhenti-henti, tidak putus-putus, berterusan: mestikah mereka ~ hidup dlm alam kekolotan? 2. secara langsung (siaran televisyen dll), bukan pertunjukan filem: kira-kira 16000 orang telah menyaksikan perlawanan yg disiarkan ~ oleh televisyen ke beberapa buah negeri; menerusi 1. masuk sampai ke, melantas pd, menembus pd: jahitan yg awal dan yg akhir sahaja yg ~ kain, yg lain itu lalu di bawah urat benang sahaja; 2. dgn perantaraan, melalui: masukkan sehelai benang halus ~ lubang-lubang pd kertas tebal itu; dia mengirim buku-buku itu ~ saya; meneruskan 1. menembuskan, melantaskan; 2. melanjutkan, melangsungkan, menyam-bungkan: dr situ mereka ~ perjalanan mereka ke arah selatan; dia bercadang hendak ~ pelajarannya ke universiti; 3. mengirim terus (kpd), menyampaikan (menyerahkan) terus kpd: surat itu diteruskan kpd ketua rapat yg dgn segera pula ~ kpd Kadir; terusan 1. sungai buatan dll yg menghubungkan dua lautan (utk pelayaran), susukan: T~ Panama; T~ Suez; 2. bp sambungan, lanjutan: ini adalah ~ drpd cerita dahulu; 3. bp terus-terusan, terus-menerus; keberterusan perihal (keadaan yg) berterusan: hasrat terhadap ~ dlm hubungan antara negara; penerusan perihal (perbuatan dsb) meneruskan, pelanjutan, kelanjutan: masih ada kekecualian tertentu yg mengizinkan ~ penggunaan bahasa Inggeris; penerus 1. orang (golongan) yg meneruskan (melanjutkan) sesuatu aktiviti, penyumbang: melahirkan titisan zuriat Islam yg murni sbg ~ generasi Islamiah pd masa hadapan; 2. (Kej) peranti elektronik yg digunakan utk menukar arus ulang-alik kpd arus terus tanpa menggunakan dinamo atau mesin elektrik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akueduk | (akuéduk) (Kej) 1. paip besar atau terusan yg menyalurkan bekalan air ke sesuatu tempat (bandar, kawasan perladangan dsb); 2. binaan spt jambatan panjang yg merintangi lembah atau tanah rendah utk menopang paip atau saluran air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berselut | 1 banyak terdapat selut; penuh dgn selut: Terusan lama itu tidak mampu menampung bot atau kapal yg masuk kerana dasarnya yg semakin cetek dan ~. 2 diselaputi selut; kena selut: Di tengah sawah itu, tubuh Jusoh ~ hingga ke atas kepala. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mendatangkan | 1. membawa (memasukkan, memanggil) dr tempat lain: air tambahan ini didatangkan dr kolam dan terusan air; pihak universiti akan ~ beberapa orang pensyarah dr luar negeri; 2. menyebabkan (mengakibatkan, menjadikan) berlakunya (wujudnya, terdapatnya, dll) sesuatu, menimbulkan: demokrasi di Malaysia ini akan ~ kebahagiaan dan kesejahteraan kpd negara kita; moga-moga usaha ini akan ~ faedah kpd kita bersama; peperangan akan ~ berbagai-bagai keburukan semata-mata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tembusan | 1. sesuatu (jalan, sungai, dll) yg tembus ke; 2. sungai buatan (utk dilalui kapal dll), terusan 3. jalan yg menembusi bukit dll, terowong; 4. = ~ surat salinan surat asal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tembusan | 1 sesuatu spt jalan, sungai dll yg tembus ke. 2 sungai buatan utk dilalui kapal dll; terusan. 3 jalan yg menembusi bukit atau jalan bawah tanah; terowong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
parit | 1. alur (salur dll) utk mengalirkan air dll; 2. lubang yg panjang dlm tanah (sbg kubu dll); 3. alir, terusan air, tali air; 4. lubang tempat menggali bijih dll, lombong; 5. alur atau jalur pd kayu dll; 6. ark ranjau darat (laut); berparit mempunyai parit: kebun sayurnya agak luas, berpagar dan ~ di sekelilingnya; memarit membuat (menggali) parit; perparitan yg berkaitan dgn parit: masalah bekalan air dan ~; pelan-pelan ~; projek ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gondola | 1. sj sampan yg panjang, leper bahagian bawahnya dan melengkung di kedua-dua hujungnya, yg dijadikan sbg pengangkutan di terusan di Venice, Itali; 2. kabin yg tergantung dr kapal udara, belon, kereta api kabel dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |