tetak; menetak | menetakkan menghayunkan dan memukulkan sesuatu yg tajam kuat-kuat; memarangkan: Dia telah ~ goloknya ke leher pencuri itu. | Kamus Pelajar |
tetak; menetak | memotong atau memenggal sesuatu dgn benda tajam yg dipukulkan kuat-kuat; memarang: Dia ~ tangan pencuri itu dgn parang. | Kamus Pelajar |
tetak-menetak | saling menetak, bertetakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tetak; menetak | tetakan hasil drpd menetak: ~nya dpt memutuskan dahan pokok itu. | Kamus Pelajar |
tetak I | luka ~ luka kerana diparang (dibacok); bertetakan saling mengenakan parang dll kpd, saling membacok, parang-memarang: maka kedelapan hulubalang itu ~ mata pedang, tangkis-menangkis; menetak memotong (mengerat dll) dgn sen-jata tajam yg diayun kuat-kuat, memancung, memarang, membacok: petani itu telah ~ lembu yg memakan padinya; ~ meramu menebang kayu-kayan utk membuat rumah; tetak-menetak saling menetak, bertetakan; menetakkan memarangkan; tetakan hasil drpd perbuatan menetak, pukulan atau ayunan menetak: sebatang kayu yg tersadai di tebing sungai menjadi sasaran ~ badik Tun Daik; penetakan perbuatan menetak, pemarangan, pemancungan, pembacokan; penetak 1. orang yg menetak, pemarang, pemancung, pembacok; 2. alat utk menetak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tetak | ; menetak memotong atau memenggal sesuatu dgn benda tajam yg dipukulkan kuat-kuat; memarang: Dia ~ tangan pencuri itu dgn parang. menetakkan menghayunkan dan memukulkan sesuatu yg tajam kuat-kuat; memarangkan: Dia telah ~ goloknya ke leher pencuri itu. tetakan hasil drpd menetak: ~nya dpt memutuskan dahan pokok itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cencang I | tetak kecil-kecil atau halus-halus (dgn parang, golok, dll); ~ dua segeragai prb dgn sekali lalu dua pekerjaan dibuat; bercencang sudah dicencang; mencencang 1. menetak (memenggal-menggal) sesuatu kecil-kecil atau halus-halus: ~ daging; 2. ki membunuh dgn menetak dgn parang dsb: ~ mangsanya dgn sebilah parang; air dicencang, tiada putus prb perselisihan antara saudara akhirnya berbaik juga; ~ memampas, membunuh membangun prb yg bersalah mesti diberi hukuman yg sewajarnya; sepandai-pandai ~, landasan juga yg habis prb walaupun banyak pertolongan, orang yg membuat kenduri (kahwin) juga yg banyak berhabis; tercencang tertetak; ~ puar, tergerak andilan prb seorang dianiaya, semua kaumnya marah; cencangan sesuatu yg sudah dicencang; pencencang alat utk mencencang: ~ sayur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tetak II | Mn ark; menetak, menetakkan menetapkan, memastikan, menentukan; ~ harinya menentukan harinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bacok | Jk tetak, tikam: sesudah kena ~, ia pun tersungkur;membacok menetak, menikam: ~ orang dgn parang;bacokan tetakan, tikaman;pembacokan perihal membacok, penetakan, penikaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |