tetap II | menetap mengeringkan (air mata dll) dgn kain dll, mengelap (dakwat, air, dll), mengesat: ditetapnya air matanya dgn sapu tangan; penetap sesuatu yg dipakai utk menetap; kertas ~ kertas kembang, kertas lap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sabit II | Ar sudah tetap (nyata, pasti, sah atau terang) terbukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): apabila ~ kesalahannya di sisi kadi, maka berhaklah isteri itu menuntut nafkahnya; jika ~ kesalahan, dia akan dipen-jarakan; bersabit berkaitan (dgn), berhubungan (dgn): segala hal ehwal yg ~ dgn tanah mestilah didaftarkan di dlm buku ini; mensabitkan 1. menentukan dgn pasti ber-dasarkan bukti (atau membuktikan) bahawa seseorang itu bersalah: kesalahan itu telah dapat disabitkan; 2. mengisytiharkan hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati terbukti bersalah melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): keterangan saksi pendakwa adalah tidak mencukupi utk ~ semua yg tertuduh; sabitan (keputusan) hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati sah atau ter-bukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): anak guamnya juga akan kehilangan jawatan sbg pengarah syarikat berikutan ~ itu; Mahkamah Persekutuan hari ini meminda ~ kesalahan mereka drpd mengedar dadah kpd memiliki sejumlah kecil kanabis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
limbung II | Jk tidak tetap (tempat duduk, tempat berdiri, fikiran, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gugat II | ; menggugat menjadikan keadaan (kedudukan dll) berubah atau tidak tetap; menggoncangkan; menggoyangkan: Kehadiran pelumba baru itu telah ~ kedudukannya sbg pelari yg paling pantas. tergugat menjadi tidak teguh atau tidak tetap: Jawatannya sbg ketua di situ telah ~ kerana dia tidak menjalankan tugasnya dgn betul. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gugat II | menggugat menjadikan keadaan (kedudukan dll) berubah atau tidak tetap; menggoncangkan; menggoyangkan: Kehadiran pelumba baru itu telah ~ kedudukannya sbg pelari yg paling pantas. tergugat menjadi tidak teguh atau tidak tetap: Jawatannya sbg ketua di situ telah ~ kerana dia tidak menjalankan tugasnya dgn betul. | Kamus Pelajar |
bolak II | ; bolak-balik 1 ulang-alik pergi ke sesuatu tempat dan kembali semula: Kapal itu ~ dr sini ke sana. 2 tidak tetap percakapannya atau perbuatannya; sentiasa berubah-ubah; berputar belit: Bercakaplah terus terang, jangan ~ saja. berbolak-balik 1 kembali dan pergi semula; berulang-alik: Bas itu ~ mengangkut penumpang. 2 bercakap dgn tidak tetap atau berubah-ubah; berputar belit: Dia ~ dlm mempertahankan tindakannya itu. membolak-balikkan 1 mengalih-alih sesuatu; membalik-balikkan: Dia hanya ~ halaman majalah itu dan tidak membacanya. 2 menjadikan berputar belit (ttg percakapan, perjanjian dsb): Berapa pun dicuba ~ perkara itu, akhirnya ketahuan juga muslihatnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
uncang II | ; ~-uncit 1. tidak tetap pd sesuatu (tempat dll), selalu bertukar (membuat kerja), gelisah, lincah; 2. membayar dgn sedikit-sedikit dan tidak tentu masanya, beruncit-runcit, ansur-ansur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terjal II | 1. Jh tidak tetap kedudukannya (layang-layang); 2. ki agak kasar (kelakuannya), nakal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabah II | = ~ hati tidak gentar dan tetap hati, serta terus mencuba dgn penuh semangat dan azam, berani, cekal dsb demi mencapai kejayaan, kecemerlangan dsb: dia harus ~ menerima cabaran dan dugaan hidup; telah dirasainya miskin dan sengsara, hina dan melarat, semua telah dilaluinya dgn ~; bertabah = ~ hati bersikap tabah, berhati cekal; menabahkan = ~ hati menjadikan tabah hati, memberanikan (hati), menetapkan hati; ketabahan = ~ hati perihal tabah, keberanian, kecekalan hati, keteguhan hati: dgn ~ dan keberanian Nabi maka orang Islam telah dapat mencapai kemenangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
duyung II | ; angin ekor ~ angin yg tidak tetap arah tiupannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |