tetuang | alat bunyi-bunyian yg dibuat drpd tanduk dll dan ditiup utk memberi isyarat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tetuang udara | ark alat pemancar radio; ® tuang-tuang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tetuang | sj alat bunyi-bunyian (dibuat drpd buluh, tanduk, dll) yg ditiup utk memberi isyarat dll; ~ udara ark alat pemancar radio; ® tuang-tuang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tetuang | alat bunyi-bunyian yg dibuat drpd tanduk dll dan ditiup utk memberi isyarat. | Kamus Pelajar |
trompet tanduk | tetuang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semboyan | 1. alamat (bunyi tetuang, kibaran bendera, dll) utk memberitahu, tanda, isyarat: setelah sampai ke pertengahan jalan, ke-dengaranlah bunyi ~ lima das alamat raja besar telah mangkat; 2. kata rahsia (sbg alamat utk mengenal kawan sendiri dll): katakanlah ~ pengenal itu dan kalian akan kuampuni; 3. kata atau rangkaian kata yg dijadikan pegangan atau ikutan, cogan kata: taat setia ialah ~ bagi pasukan Askar Melayu; ~ kita hanyalah satu, Merdeka dan tetap Merdeka; bersemboyan menggunakan (memakai) sem-boyan; bersemboyankan menggunakan sesuatu sbg semboyan; menyemboyankan 1. memberitahu (mengisyaratkan) dgn semboyan; 2. menggunakan atau menjadikan sesuatu (rangkaian kata dll) sbg semboyan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semboyan | 1 tanda alamat spt kibaran bendera (bunyi tetuang dll) yg digunakan utk memberitahukan sesuatu; isyarat: ~ udara berbunyi dgn hebatnya dan kami pun berlarian mencari lubang perlindungan. 2 perkataan atau rangkaian kata yg digunakan sbg pegangan dll; cogan kata: “Taat Setia” ialah ~ pasukan Askar Melayu Diraja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemancar radio | tempat memancarkan bunyi dll menerusi udara, tetuang udara: warta berita dr ~ Malaysia; Jepun dgn perantaraan ~nya beberapa kali memberitakan kapal itu tenggelam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sangka II | sj lokan yg besar (utk dibuat serunai atau tetuang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semboyan | 1 tanda alamat spt kibaran bendera (bunyi tetuang dll) yg digunakan utk memberitahukan sesuatu; isyarat: ~ udara berbunyi dgn hebatnya dan kami pun berlarian mencari lubang perlindungan. | Kamus Pelajar |