biasa | 1 tidak menyalahi adat; sbg sedia- kala atau sbg yg sudah-sudah; tidak pelik: Selepas dilanda banjir, keadaan bandar Kuala Lumpur sekarang pulih spt ~. 2 memang umum di mana-mana; tidak asing lagi: Ia menggunakan bahasa yg mudah dan ~ digunakan orang dlm karangannya. 3 selalu atau kerap kali melakukannya; menjadi kelaziman: Saya memang ~ makan nasi pagi-pagi. biasanya menurut yg lazim atau yg sudah-sudah; umumnya: Kursus itu ~ memakan masa setengah tahun. membiasakan 1 menjadikan biasa; melazimkan: Ahmad tidak dpt ~ dirinya dgn makanan orang-orang Eropah. 2 melatih menggunakan sesuatu supaya menjadi biasa: Orang asing itu ~ dirinya bertutur dlm bahasa Melayu. kebiasaan sesuatu yg sudah biasa; hal yg biasa dilakukan: Sudah menjadi ~ anak-anak itu pergi ke sekolah bersama-sama. pembiasaan perbuatan atau hal membiasakan; pelaziman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
biasa | 1. tidak menyalahi adat; sbg sedia kala atau sbg yg sudah-sudah; tidak pelik: Selepas dilanda banjir, keadaan bandar Kuala Lumpur sekarang pulih spt ~. 2. memang umum di mana-mana; tidak asing lagi: Ia menggunakan bahasa yg mudah dan ~ digunakan orang dlm karangannya. 3. selalu atau kerap kali melakukannya; menjadi kelaziman: Saya memang ~ makan nasi pagi-pagi. biasanya menurut yg lazim atau yg sudah-sudah; umumnya: Kursus itu ~ memakan masa setengah tahun. membiasakan 1. menjadikan biasa; melazimkan: Ahmad tidak dpt ~ dirinya dgn makanan orang-orang Eropah. 2. melatih menggunakan sesuatu supaya menjadi biasa: Orang asing itu ~ dirinya bertutur dlm bahasa Melayu. kebiasaan sesuatu yg sudah biasa; hal yg biasa dilakukan: Sudah menjadi ~ anak-anak itu pergi ke sekolah bersama-sama. pembiasaan perbuatan atau hal membiasakan; pelaziman. | Kamus Pelajar |
biasa | 1. spt sediakala, seperti yg sudah-sudah: keadaan huru-hara di negeri itu pulih spt ~; kelakuannya tidak spt ~ pd hari itu; 2. kerap kali atau selalu terjadi, lazim: kekalahan merupakan perkara ~ dlm pertandingan; spt ~, dia membaca akhbar sebelum makan pagi; 3. tidak asing lagi kerana sudah kerap kali bergaul (bersama dsb): dia tidak kekok lagi bergaul dgn orang-orang kenamaan kerana sudah ~; 4. tidak istimewa drpd yg lain: corak batik itu ~ sahaja; 5. seperti yg selalu dan sepatutnya berlaku atau wujud (bkn sesuatu keadaan dsb): suhu ~ badan manusia; 6. sudah ada mengalami (melakukan, melihat, menikmati, dsb), pernah: saya ~ tidur di masjid; luar ~ berlainan drpd biasa; alah bisa tegal (kerana, oleh) ~ prb segala kesukaran dsb tidak lagi terasa sesudah biasa (mengalami, melakukan, dsb sesuatu); biasanya spt yg selalu dilakukan atau yg sudah teradat, selalunya: kursus itu ~ dijalankan selama dua minggu; membiasakan 1. menjadikan umum (lazim, teradat, dll): pepatah ini ialah mengenai perkara yg telah teradat atau peraturan yg sudah dibiasakan; 2. menjadikan biasa (utk mengerjakan sesuatu), melatih supaya biasa: Basir berdiri sebentar utk ~ pemandangannya di dlm dewan yg kelam itu; ~ diri bergaul dgn orang atasan; 3. menjadikan biasa (dgn keadaan cuaca, suasana, dsb), menyesuaikan: dia tidak dapat ~ dirinya dgn cuaca yg terlalu panas di Mekah; terbiasa telah menjadi biasa (umum, lazim, dll): di negerinya, bermadu itu sudah lazim ~, tersimpul dlm adat; keterbiasaan perihal (keadaan) terbiasa; kebiasaan hal yg biasa dilakukan: adat ~; sudah menjadi ~ bagi tuan rumah itu utk datang tepat pd awal bulan; ~nya adatnya, biasanya;pembiasaan perbuatan atau hal membiasakan, pelaziman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umum I | 1. secara keseluruhan (tidak pd atau mengenai yg tertentu sahaja), bersifat menyeluruh, mengenai keseluruhan sesuatu, lwn khusus (khas): perbualan kami bersifat ~ belaka; penjelasan emaknya itu terlalu ~ dan tidak dapat meredakan kegelisahan-nya; pemandangan ~ pemandangan mengenai keseluruhan soal; pd ~nya pd keseluruhannya, ghalibnya, kebiasaannya; 2. khalayak ramai, orang banyak (bukan orang atau golongan tertentu sahaja): sebagaimana yg diketahui ~, di negeri ini cuma ada empat buah akhbar yg menyebarkan siarannya dlm Bahasa Kebangsaan; kepentingan ~ kepen-tingan orang banyak, kepentingan semua orang (tidak terbatas kpd orang atau golongan tertentu); rapat ~ rapat utk orang ramai; 3. berkaitan dgn orang ramai, utk orang ramai; pilihanraya ~ pemilihan (dgn cara mengundi) yg dilakukan oleh semua orang; rumah sakit ~ rumah sakit utk sekalian orang (bukan utk orang tertentu sahaja); 4. sudah diketahui oleh orang banyak, bukan merupakan rahsia lagi, sudah tersiar ke mana-mana: cerita itu sudah ~, tidak perlu diceritakan lagi; 5. biasa terdapat (digunakan dll) di mana-mana, sudah lazim, tidak asing lagi: sudah banyak perkataan Indonesia yg ~ dipakai di sini; seumumnya 1. sekaliannya, seluruhnya, semuanya: pendeknya perkara-perkara yg bersangkut-paut dgn kepentingan kebangsaan ~ diserahkan kpd kerajaan pusat; keten-teraman yg amat dihajati oleh manusia ~; 2. pd kebiasaannya, pd lazimnya, pd umum-nya; mengumumkan 1. memberitahu kpd orang ramai, memaklumkan, menyerantakan: beliau ~ hari ini bahawa pelajaran sains akan diadakan menerusi televisyen; 2. menyiarkan (dlm akhbar dll), menyebarkan: keputusan-keputusan lengkap peperiksaan akan di-umumkan dlm akhbar-akhbar tempatan; 3. menjadikan umum, menjadikan tersebar di merata-rata tempat, melazimkan; keumuman perihal (sifat dsb) umum, sifat menyeluruh (tidak khusus kpd sesuatu): ~ dan kekhususan tiap-tiap satu kemahiran itu tidak sama; ~ fasal-fasal yg terkandung dlm syarat-syarat dan peraturan-peraturan itu; pengumuman 1. perihal (perbuatan dsb) mengumumkan, pemberitahuan kpd orang ramai, pemakluman: kerajaan dijangka akan membuat ~ mengenai pelantikan itu tidak berapa lama lagi; 2. yg diumumkan: ~ dlm akhbar itu ringkas sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dagang I | 1. (berasal) dr tempat lain atau dr luar negeri (bkn orang, barang, dll), asing: dgn perjumpaan ini, saya tidak berasa ~ lagi tinggal di sini; anak ~ orang asing, orang yg berasal dr tempat (negeri) asing; beras ~ beras yg diimport dr luar negeri; orang ~ a) orang asing; b) orang yg berniaga, saudagar; pegawai ~ pegawai yg bertugas di negeri orang; 2. orang yg merantau atau mengembara, perantau: akan Laksamana, ia berusung itu dipandang oleh segala ~; orang tua itu mudah menolong kalau diminta, mudah membantu kalau ~ kesukaran; 3. perniagaan, jual beli: aku fikir bukan perahu nelayan, harus perahu itu perahu ~; tanaman ~ tanaman yg hasilnya diperniagakan; 4. barangan utk diperniagakan, barang jualan: maka segala saudagar pun tiap-tiap negeri datanglah berniaga dan ~ pun terlalulah banyak masuk, tumpah-ruah; ~ melarat orang yg merantau dan hidup menderita di tempat orang; ~ piatu orang asing seorang diri (sebatang kara); ~ senteri berbagai-bagai orang asing yg mendatang (saudagar, pelawat, pelajar, dll); laki pulang kelaparan, ~ lalu ditanakkan prb urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain; perahu bertambatan, ~ bertepatan prb melakukan sesuatu hendaklah sesuai dgn tempatnya; berdagang 1. menjalankan perniagaan biasanya di tempat asing atau dgn pembeli atau penjual dr tempat (negeri) asing, berniaga, berjual beli: mereka ~ kain dan menjadi tukang jahit; dia memperoleh banyak keuntungan dgn ~; 2. = ~ diri hidup (tinggal, diam) di negeri orang, merantau ke tempat (ke negeri) lain: sungguh-sungguh tidak disangka orang luar yg datang ~ ini menghitamkan kampung yg putih bersih itu; mendagangkan, memperdagangkan menjadikan (barang dll) sesuatu utk dijual beli, menjualbelikan (barang-barang perniagaan), memperniagakan (biasanya ke tempat atau negeri asing): rupanya manusia kita ini diperdagangkan oleh lanun-lanun itu sbg menjual kambing, lembu, atau ayam itik; Nakhoda Jaya telah diamanahkannya memperdagangkan barang-barang dagangannya ke negeri-negeri lain; dagangan barang-barang yg diperdagangkan (diperniagakan atau dijualbelikan, biasanya di atau ke tempat atau negeri asing): pd ketika itu bapaku menjadi saudagar, membawa ~ belayar pergi datang ke negeri Siak; ~ bersambut a) dagangan yg diambil dgn berhutang; b) dagangan yg diamanahkan; ~ cergas urus niaga di pasaran saham dsb yg secara keseluruhannya memperlihatkan jumlah belian dan jualan yg besar; ~ keluar barang yg dieksport; ~ lembap urus niaga di pasaran saham dsb yg sangat perlahan dan berkurangan kerana pelabur tidak berminat utk memasuki pasaran atas sebab tertentu; ~ masuk barang yg diimport; ~ bersambut yg dia jual prb cerita dr orang lain yg diceritakannya kembali; perdagangan perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yg tinggi ke atas barang-barang yg diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha utk memajukan ~ antara negara-negara yg sedang maju; ~ antarabangsa perdagangan antara negara-negara di dunia ini; ~ bebas perdagangan antarabangsa yg tidak dikenakan sebarang sekatan spt kuota atau tarif terhadap barang import dr sesebuah negara; ~ entrepot perdagangan mengimport barang utk dieksport semula (spt yg dijalankan di pelabuhan spt Singapura, Hong Kong, dll); ~ gelap perdagangan yg dijalankan secara haram (tanpa membayar cukai dll); pedagang orang yg menjalankan perniagaan (biasanya secara besar-besaran dan dgn negeri asing), orang yg berdagang, saudagar: kapal dan ~ Sepanyol telah diharamkan drpd merapati pantai negeri Jepun; ~ borong pedagang yg menjual dagangan secara borong kpd pekedai; ~ kecil pedagang yg berdagang dgn modal yg kecil; ~ perantara pedagang yg menjual barang-barang drpd saudagar besar kpd saudagar kecil, pedagang yg berlaku sbg orang tengah; ~ runcit orang yg menjual barang-barang terus kpd umum (iaitu pembeli atau pengguna sebenar) biasanya dgn sedikit-sedikit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asing | 1 lain; tersendiri: Ia berasa ~ di rumah ibu tirinya. 2 dr luar negara (daerah dsb): Banyak bangsa ~ yg tinggal di Malaysia. 3 tidak biasa; aneh: Sate merupakan makanan yg tidak ~ lagi kpd orang-orang Malaysia. berasingan berlainan; berbeza: Kedua-dua pemburu itu telah mengikut jalan yg ~. mengasingkan 1 memisahkan sesuatu dr yg lain. 2 menjauhkan sesuatu dr orang atau benda lain; memencilkan: Muhammad selalu ~ dirinya di Gua Hira. terasing terpisah dr yg lain; terpencil. perasingan tempat mengasingkan orang: Pulau Buru ialah pulau ~ bagi tokoh-tokoh komunis Indonesia. pengasingan perbuatan atau hal mengasingkan. pengasing orang yg mengasingkan; alat utk mengasingkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pisah I | cerai, lerai; ilmu ~ Id ilmu kimia; juru~ Id pelerai, penegah, wasit; berpisah 1. tidak berhubungan (tidak berdampingan, tidak rapat, dll), bercerai: hendaknya Tuhan yg Maha Mengasihani akan menemukan saya dgn ayah sesudah sekian tahun ~; mengucapkan selamat ~ mengucapkan selamat semasa hendak meninggalkan seseorang; 2. berenggang, berjarak, berjauhan; hidup ~ Id suami isteri yg belum bercerai tetapi tidak tinggal serumah lagi; berpisah-pisah berasing-asing, bercerai-cerai, berdiri sendiri-sendiri; memisah menjauhkan diri (dr), tidak mahu bersama atau bersatu (dgn): dia sengaja ~ dr keluarganya utk mencari pengalaman; memisahkan 1. meleraikan (orang yg bergaduh dll), menceraikan: Uda Patah pun dapat meleraikan, ~ kedua-dua orang yg berkelahi itu; kawasan bukit yg kecil ini ~ lembah Sungai Sittang drpd lembah Sungai Irrawadi; 2. membezakan: walau bagaimanapun mereka itu tidak ~ akidah Islam yg pokok drpd kepercayaan mereka: 3. mengasingkan yg satu drpd yg lain: maksud kita ialah ~ barang itu dr kumpulannya yg semacam; adat istiadat amat keras ~ mereka; 4. = memisah-misahkan memecah-mecahkan (kumpulan, gerakan, dll) utk menjadikan berpisah-pisah, mencerai-ceraikan: hendak ~ masyarakat yg berbilang kaum; terpisah 1. tidak bersatu (berdekatan, bersama dll), terasing, tercerai, terpencil, tersendiri: pulau itu ~ dr Semenanjung Tanah Melayu oleh Selat Teberau; pembicaraan yg ~; 2. lepas dr: perjuangan menegakkan bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan ialah perjuangan yg tidak ~ drpd perjuangan kemerdekaan rakyat negeri ini; terpisah-pisah berasing-asing, tercerai-cerai; keterpisahan keadaan (perihal) terpisah, keterasingan; perpisahan 1. perceraian; 2. hal berpisah; malam ~ malam perjumpaan utk menyatakan selamat berpisah; pemisahan perihal (perbuatan dsb) memisah atau memisahkan, penceraian, pemecahan (pembelahan dll); pemisah 1. sesuatu yg memisahkan atau menceraikan; badan ~ Id badan yg tugasnya mengamankan segala persengketaan; garis ~ garis yg memisahkan atau menyekat; 2. = juru~ jurupisah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asing | 1. lain; tersendiri: Ia berasa ~ di rumah ibu tirinya. 2. dr luar negeri (daerah dsb): Banyak bangsa ~ yg tinggal di Malaysia. 3. tidak biasa; aneh: Sate merupakan makanan yg tidak ~ lagi kpd orang-orang Malaysia. berasingan berlainan; berbeza: Kedua-dua pemburu itu telah mengikut jalan yg ~. mengasingkan 1. memisahkan sesuatu dr yg lain. 2.menjauhkan sesuatu dr orang atau benda lain; memencilkan: Muhammad selalu ~ dirinya di Gua Hira. terasing terpisah dr yg lain; terpencil. perasingan tempat mengasingkan orang: Pulau Buru ialah pulau ~ bagi tokoh-tokoh komunis Indonesia. pengasingan perbuatan atau hal mengasingkan. pengasing orang yg mengasingkan; alat utk mengasingkan. | Kamus Pelajar |
asing | 1. berlainan, terpisah, tersendiri; berasa diri ~ (di sesuatu tempat) berasa diri terpisah atau bukan sebahagian drpd tempat yg berkenaan; 2. berasal (datang) dr daerah atau negeri lain, bukan tempatan, bukan anak negeri: banyak bangsa ~ di negeri ini; tanaman modal ~; 3. bukan dr dunia ini: makhluk ~; 4. tidak spt yg biasa terdapat (dilakukan, diamalkan, dll): amalan-amalan yg ~ bagi masyarakat Melayu;asing-asing terpisah-pisah, tersendiri-sendiri: barang-barang itu dinilai ~;berasing 1. menyisih, memisahkan diri (dr): anak ini ~ dr kawan-kawannya; 2. berubah, menjadi lain: kasihnya sudah ~; berasingan, berasing-asingan tidak bersatu (bercantum dsb), berlain-lainan, terpisah, berpisah-pisahan: kertas soalan itu terbahagi kpd dua bahagian yg ~; pemerintahan kedua-dua kawasan itu sekarang ~, tetapi masih ada perhubungan yg rapat antara kedua-duanya;mengasing berasing;mengasingkan 1. = memperasingkan memisahkan (dr yg lain), menyisihkan: Afrika Selatan bertujuan menyebelahkan atau ~ orang berkulit putih drpd orang yg berwarna; ~ diri menyisihkan (memencilkan) diri; 2. menempatkan (membuang) ke tempat yg terpisah atau terpencil: dia pernah diasingkan ke Boven Digul;terasing terpisah, tersisih, terpencil;keterasingan 1. perihal terasing, keadaan atau kedudukan terasing (tersisih), terasingnya: satu lagi faktor yg perlu dititikberatkan ialah ~ generasi muda Melayu kerana berbagai-bagai masalah sama ada benar-benar wujud atau sengaja diada-adakan; 2. keanehan, keganjilan, keluarbiasaan: ~ perasaan itu ada hubungan dgn darahnya sendiri;keasingan sifat dll yg berlainan drpd yg lain, kesendirian, kelainan: tiap-tiap ciptaan sajak mempunyai ~ yg istimewa;pengasingan 1. perihal (perbuatan dsb) mengasingkan atau memisahkan, pemisahan; 2. perihal mengasingkan (menyisihkan, memencilkan) diri: China mengubah sikap ~nya dan mulai membenarkan orang asing masuk; al-Farabi mengamalkan cara hidup zuhud dan cenderung pd ~ diri; 3. tempat dibuang, tempat diasingkan, (tempat) pembuangan: dr tempat ~ itu ia lari ke daerah musuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luar | lwn (bahagian) dalam: terdengar bunyi ketukan dr ~; kulit ~; orang ~; ~ bandar daerah yg jauh dr bandar, kampung, desa; ~ batas melampaui (melebihi) batas; ~ bicara tidak masuk dlm pembicaraan (perbincangan, perhitungan); ~ dalam a) bahagian luar dan bahagian dalam; b) lahir batin; ~ dugaan tidak disangka-sangka; ~ janji tidak masuk dlm janji; ~ kepala Id dgn ingatan (tidak usah ditulis atau melihat tulisan), hafaz; ~ kira luar bicara; ~ negeri = negeri ~ negeri asing; ~ nikah (perhubungan jenis) yg tidak halal; (orang) ~ pagar (orang yg) tidak kenamengena (tidak bersangkut paut); ~ pantai luar pesisir; ~ pesisir a) terletak di laut tidak berapa jauh dr pantai (bkn kedudukan sesuatu, mis pulau, pelantar minyak dll); b) (Eko) beroperasi atau berdaftar di luar negara kerana cukainya lebih rendah, peraturannya lebih longgar dll (bkn bank, pelaburan, syarikat dll); ~ sangkaan tidak disangka(-sangka); ~ talian (Komp) sifat peranti sokongan atau sistem yg tidak lagi tersambung atau tidak lagi dikawal terus oleh sistem utama; di luar 1. di bahagian luar, di sebelah luar: keadaan ~ bertambah sunyi dan gelap; 2. tidak masuk (perkara, perhitungan, tanggungan, dll), kecuali, tidak diliputi (terliput) oleh, lain drpd: budak-budak nakal itu melepaskan kata-kata yg ~ pengalaman mereka; kejadian itu ~ pengetahuannya; ~ dugaan tidak terduga sama sekali (tidak tersangka-sangka); ~ kepala Id luar kepala; ~ pembicaraan tidak masuk dlm pembicaraan; ke luar ke sebelah luar; meluar menyembul keluar, menonjol keluar; meluarkan 1. tidak memasukkan ke dlm golongan (perhitungan dll), mengasingkan, mengecualikan, menyingkirkan; 2. menyuruh keluar; luaran 1. = orang ~ orang asing, orang lain; 2. sl orang yg tidak masuk dlm golongan istana, orang keluaran; 3. = negeri ~ negeri asing; 4. yg tampak sahaja, lahiriah: pd ~nya sahaja kita dipaparkan dgn kenakalan Umar Umaiyah; peluaran; dunia ~ dunia luar; ®keluar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |