gila bahasa | tidak berapa sopan budi bahasanya; tidak berapa waras fikirannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kurang manis | a) tidak berapa manis (kerana tidak cukup gulanya, agak tawar; b) tidak berapa manis atau tertib (bkn tingkah laku dsb), kurang sopan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
toreh | /toréh/; menoreh menggores kulit kayu dll dgn tidak berapa dalam: ~ getah menggores kulit pokok supaya keluar getahnya. torehan luka yg tidak berapa dalam (pd kulit pokok). penorehan perbuatan atau hal menoreh. ~ parah penorehan pokok getah dgn tujuan utk mendapatkan pengeluaran susu yg sangat banyak (cara ini akan merosakkan pokok getah). penoreh 1 alat yg digunakan utk menoreh. 2 orang yg menoreh: Bapanya ~ getah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelam | 1 tidak berapa terang atau tidak berapa cerah; suram (ttg cahaya, tulisan dll): Cuaca ~ benar hari ini, hendak hujan agaknya. 2 tidak dpt melihat dgn terang; kabur (penglihatan): Matanya ~. mengelamkan menjadikan kelam (tidak terang). kekelaman keadaan kelam; kesuraman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
samar-samar | 1 tidak berapa terang pd pandangan; agak kabur: Kawasan sekitar bandar itu kelihatan ~ kerana kabus tebal. 2 tidak berapa jelas (bkn khabar dll); tidak cukup alasan atau bukti: Berita yg diterima itu masih ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
samar | , = samar-samar 1 tidak berapa terang pd pandangan; agak kabur: Kawasan sekitar bandar itu kelihatan ~ kerana kabus tebal. 2 tidak berapa jelas (bkn khabar dll); tidak cukup alasan atau bukti: Berita yg diterima itu masih ~. menyamar mengubah rupa supaya tidak dikenali orang; tidak menampakkan keadaan diri sebenar; merupakan diri: Penjahat yg ~ sbg polis itu telah ditangkap di Kelang. menyamarkan 1 menjadikan tidak dikenali orang (dgn memakai sesuatu dll): Seorang pegawai tentera telah keluar ~ dirinya utk mencari rahsia musuh. 2 menjadikan tidak berapa terang dipandang; mengaburkan: Utk ~ dewan tari-menari itu, lampu-lampu berwarna biru dan merah telah dipasang. samaran sesuatu yg disamarkan (nama, rupa dll): nama ~. kesamaran keadaan atau hal samar: Sekiranya ada ~ dan kekeliruan dlm masalah akidah, mereka bertanya kpd Nabi. penyamaran perbuatan (atau hal) menyamar atau menyamarkan. penyamar orang yg menyamar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelam I | 1. tidak berapa terang (bkn cahaya, keadaan hari, dll), (agak) gelap, suram: hari sudah mulai ~; ia berada dlm cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang atau jelas kelihatan (bkn tulisan, benda, dll), kabur; 3. kurang nampak (mata), tidak dapat melihat dgn terang, kabur: surat itu susah hendak dibacanya kerana matanya ~; ~ baja petang hari (kira-kira pukul empat); ~ lebam (pekat, keciak, kelimut) ark sangat gelap, gelap-gelita; ~ disigi, lekung ditinjau prb sesuatu yg kurang jelas hendaklah diselidiki dgn saksama; mengelamkan 1. menjadikan kelam (tidak terang, tidak jelas), mengaburkan; 2. menjadikan (agak) gelap, menyuramkan, menggelapkan; kekelaman perihal kelam, kegelapan: dlm ~ gerhana itu, Dewi melarikan diri; pengelaman perihal atau perbuatan mengelamkan, penggelapan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelam | 1. tidak berapa terang atau tidak berapa cerah; suram (ttg cahaya, tulisan dll.): Cuaca ~ benar hari ini, hendak hujan agaknya. 2. tidak dpt melihat dgn terang; kabur (penglihatan): Matanya ~. mengelamkan menjadikan kelam (tidak terang). kekelaman keadaan kelam; kesuraman. kelam-kabut 1. agak gelap kerana berkabut. 2. tidak jelas; tidak teratur; kacau-bilau. berkelam-kabut dlm keadaan kelam-kabut; melakukan sesuatu dgn tidak teratur. | Kamus Pelajar |
sasau | tidak berapa siuman; sasar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selintas | tidak berapa lama; sebentar; sekejap: ~ lalu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |