bulus II | 1. gondol, tidak berbulu, tidak berdaun (beranting); 2. tidak beranak (mandul); 3. miskin, papa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ayam bogel | ayam yg (hampir) tidak berbulu, ayam togel; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
botak | tidak berbulu atau tidak berambut di bahagian kepala: kepala ~. membotak menjadi botak: Kepalanya mula ~. membotakkan menyebabkan menjadi botak; menjadikan botak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
botak | tidak berbulu atau tidak berambut di bahagian kepala: kepala ~ . membotak menjadi botak: Kepalanya mula ~. membotakkan menyebabkan menjadi botak; menjadikan botak. | Kamus Pelajar |
dogel | (dogél) tidak berbulu atau tidak berekor (bkn ayam), togel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
babun | ist monyet yg muncungnya spt muncung anjing, berekor pendek dan pd bahagian punggungnya tidak berbulu, Papio spp. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
botak I | 1. tidak berambut (di kepala manusia); 2. tidak berbulu (di kepala binatang);membotak menjadi botak: kepalanya mulai ~;membotakkan menjadikan botak: dia ~ kepalanya; penyakit itu telah ~ kepalanya;kebotakan perihal botak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sembulu | bp berbulu, tidak licin (papan yg tidak berketam dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
licin I | 1. tidak kesat (rambut yg disapu minyak dsb), berlendir (menyebabkan mudah tergelincir): rambutnya disisir ~; 2. tidak menggerutu (cermin, kaca, dll), sama rata (sesuatu permukaan dll), halus; 3. tidak ditumbuhi apaapa (kepala yg botak, betis yg tidak berbulu, dll); 4. ki habis sama sekali (harta dll), habis langsung; 5. pandai menipu atau memperdaya (orang lain), pandai memutarbelitkan perkataan orang, licik: apa yg kita mahu ialah satu tipu muslihat yg ~ spt yg dilakukan oleh Tengku Anum di negeri Siam; 6. pandai melarikan diri (pencuri, penyeluk saku, dll), tidak mudah tertangkap: pencuri yg ~; 7. tidak tergendala (perjalanan, sesuatu kerja, dll), berjalan lancar: perniagaannya berjalan dgn ~; ~ (ber)dalik Kl tidak ada lagi yg tinggal (harta), habis langsung; ~ kening = ~ dahi manis muka (perempuan); ~ lecat terlalu licin; ~ licau licin sekali, safan-safa; ~ moner Kl tidak ada yg tertinggal lagi (harta, wang, dll); ~ tandas habis, tidak berbaki lagi (wang dll); ~ bagai basuh perahu prb menderita kerugian; melicinkan 1. menjadikan licin (tidak kesat, berlendir dan mudah tergelincir): gunakan minyak kelapa hijau yg dimasak harum utk ~ rambut; 2. menjadikan sesuatu (permukaan) licin (dgn mengetamnya dsb): dia menggosok kemejanya utk ~nya; 3. menjadikan (menyebabkan sesuatu rancangan dsb) berjalan dgn lancar, melancarkan: mereka mengambil semua langkah bagi ~ perjalanan upacara itu; memperlicin menjadikan lebih licin: ~ perjalanan pemerintahan; kelicinan 1. perihal atau keadaan licin (tidak kesat, berlendir dan mudah tergelincir): ~ jalan raya itu telah menyebabkan banyak kemalangan berlaku; 2. perihal atau keadaan licin (sama rata, tidak menggerutu, dsb): ~ pipi yg empuk akan hilang apabila tua; 3. perihal (keadaan dsb) berjalan dgn licin (lancar), kelancaran: ~ pentadbiran kerajaan akan terganggu sekiranya sentimen politik dicampuradukkan dgn tugas sehari-hari; 4. kepintaran (menipu atau memperdaya orang lain), perihal licin (dlm perlakuan atau tindak-tanduknya): kecurangan Tuai Kancu yg menipu anak-anak buahnya melalui kekuasaan dan ~nya mendapatkan wang drpd jalan yg mudah; pelicinan perihal (proses) melicinkan sesuatu; pelicin benda (minyak, sabun, dll) yg digunakan utk melicinkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ranggas | kering daunnya; sudah tidak berdaun (berbulu) lagi. meranggas menjadi kering dan gugur daunnya; luruh bulunya: Pohon rambutan itu ~. meranggaskan menyebabkan ranggas: Kemarau yg berpanjangan telah ~ pohon-pohon yg dahulunya subur dan rendang. peranggas sesuatu spt serangga, bahan, faktor yg menyebabkan ranggas: Beluncas dianggap sbg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |