peheh | Tr tidak berdaya, tidak berapa pandai: dia tu ~ tapi hendak sangat bermain bola. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermaya | ; tidak ~ tidak berdaya, lemah, lesu: badannya letih lesu seolah-olah tidak ~ lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maya II | ; bermaya; tidak ~ tidak berdaya, lemah, lesu: badannya letih lesu seolah-olah tidak ~ lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penat | tidak berdaya lagi melakukan sesuatu; berasa memerlukan rehat; letih. memenatkan menyebabkan berasa penat; meletihkan. kepenatan 1 berasa penat; keletihan: Dia ~ setelah mengejar pencuri itu. 2 keadaan atau rasa penat: Segala ~nya hilang apabila melihat keputusan peperiksaan anaknya yg cemerlang itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jerih | tidak berdaya lagi; lelah; letih. ~ lelah (payah, penat) usaha yg dilakukan dgn susah payah. penyakit ~ sesak nafas; lelah. berjerih berusaha dgn sungguh-sungguh; bersusah payah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penat | tidak berdaya lagi melakukan sesuatu; berasa memerlukan rehat; letih. memenatkan menyebabkan berasa penat; meletihkan. kepenatan 1 berasa penat; keletihan: Dia ~ setelah mengejar pencuri itu. 2 keadaan atau hal penat. | Kamus Pelajar |
jerih | tidak berdaya lagi; lelah; letih. ~ lelah (payah, penat) usaha yg dilakukan dgn susah payah. penyakit ~ sesak nafas; lelah. berjerih berusaha dgn sungguh-sungguh; bersusah payah. | Kamus Pelajar |
lelah | 1 tidak berdaya lagi; letih; penat: melepaskan ~ berehat. 2 penyakit susah bernafas; asma. berlelah membuat sesuatu sehingga lelah: Mengapa ~ datang ke sini? melelahkan menyebabkan menjadi lelah. kelelahan hal atau keadaan lelah; kepenatan; keletihan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
apa daya | tidak berdaya lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lelah | 1. tidak berdaya lagi, letih, mengah, penat: kerana ~nya orang itu bercakap termengah-mengah; ~ jerih = ~ payah tersangat lelah; melepaskan ~ berehat; 2. penyakit sesak nafas, asma; berlelah, berlelah-lelah melakukan sesuatu hingga lelah, bekerja kuat, berpenat: sekurang-kurangnya terhiburlah sedikit mereka itu setelah ~ sekian lama menuai padi yg sedang masak itu; melelahkan, memperlelah menyebabkan jadi lelah, menjadikan lelah, meletihkan, memenatkan: kerja ini sangat ~; kelelahan 1. perihal lelah, keletihan, kepenatan; 2. lelah sekali, sangat lelah, keletihan, kepenatan: pd waktu matahari rembang, petani-petani di bendang itu ~ . | Kamus Dewan Edisi Keempat |