Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
padam I1. tidak bernyala, tidak bersinar, tidak hidup (api, lampu, dll), mati: lampu-lampu rumah buruh ~ satu-satu; api yg meliuk-liuk lemah itu ~; 2. tenang semula (ke­marahan, keinginan, semangat, dll), tidak bergelora lagi; tidak kunjung ~ tidak reda­-reda (terus bergelora); 3. tidak berkecamuk lagi (pertempuran dll), reda, tenteram; 4. sudah hilang dahaga, hilang (hapus) atau luput se­suatu: rindunya tidak pernah ~; ~ nyawa (hayat) mati; di mana api ~, di sanalah puntung tercampak = ~ nyala tarik puntung prb di mana mati di situlah dikuburkan; memadamkan 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. meng­hilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan; kepadaman 1. perihal padam: ~ lampu itu dgn sendirinya membuat aku berfikir tentang kematian; 2. mengalami sesuatu sebab padam; pemadaman perbuatan memadamkan; pemadam 1. = ~ api alat utk memadamkan api (kebakaran); 2. alat utk memadamkan tulisan di papan hitam dsb; getah ~ getah utk memadamkan tulisan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tidak kunjung padamtidak reda­-reda (terus bergelora);Kamus Dewan Edisi Keempat
tenang1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dll): ~ bagai air dlm kuali; laut yg biasanya bergelora telah bertukar menjadi ~; 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan): ~ fikirannya; ia duduk dgn ~; setelah keadaan menjadi ~, mereka pun kembali ke kota; ~-lenang tenang sekali;bertenang, bertenang-tenang mengerja­kan sesuatu dgn tenang (tidak terburu-buru, tidak tergesa-gesa): dia harus ~ utk meng­hadapi peperiksaan; Aini yg sedang berte­nang-tenang itu tidak menghiraukan apa yg dikatakan oleh ibunya;menenangkan menjadikan tenang, menen­teramkan, meredakan: beliau mencuba ~ fikirannya; ~ fikiran (perasaan) a) menjadikan fikiran tenang, menenteramkan fikiran (perasaan) yg susah; b) mengheningkan cipta, bersemadi, bertafakur; ~ hati menenteramkan hati; ketenangan perihal tenang, keamanan, ketenteraman penenang (sesuatu) yg menenangkan: ubat ~ jiwa.Kamus Dewan Edisi Keempat
gelora1. ombak yg melambung hebat, air laut yg bergelora dgn hebat, banjir besar; 2. = musim ~ musim hujan dan badai, musim air bah; 3. perasaan yg bergolak (tidak tenang); ~ hati perasaan hati yg bergolak-golak; bergelora, menggelora 1. bergelombang besar, mengombak; 2. sangat gelisah (perasaan), berkobar-kobar (semangat): semangat kebangsaan telah ~; menggelorakan membangkitkan, mengobarkan (semangat dll), menaikkan perasaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
bergolak1 menggelembung atau membuak-buak kerana dipanaskan; menggelegak; mendidih. 2 ki tidak tenang atau tidak tenteram (ttg keadaan, perasaan); bergelora: Negara itu sedang ~ dgn perang saudara. Hatinya ~ memikirkan peristiwa itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bergolak1. menggelegak, mendidih (air yg masak dll); 2. timbul huru-hara, tidak tenang (keadaan politik dll); 3. tidak tenteram (fikiran, perasaan), bergelora, sangat gelisah: hatinya ~ kerana mendapat berita buruk;Kamus Dewan Edisi Keempat
golak; bergolak 1 menggelembung atau membuak-buak kerana dipanaskan; menggelegak; mendidih. 2 ki tidak tenang atau tidak tenteram (ttg keadaan, perasaan); bergelora: Negara itu sedang ~ dgn perang saudara. Hatinya ~ memikirkan peristiwa itu. pergolakan keadaan bergolak; keadaan tidak tenang; kekacauan dlm hal politik dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
golak II; bergolak 1. menggelegak, mendidih (air yg masak dll); 2. timbul huru-hara, tidak tenang (keadaan politik dll); 3. tidak tenteram (fikiran, perasaan), bergelora, sangat gelisah: hatinya ~ kerana mendapat berita buruk;pergolakan kekacauan (kekalutan, kekeruhan) dlm lapangan politik dll, huru-hara, keadaan tidak tenteram: ~ politik akibat percubaan rampasan kuasa itu makin meruncing; ~ perjuangan merasmikan bahasa Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
golakbergolak 1. menggelembung atau membuak-buak kerana dipanaskan; menggelegak; mendidih. 2. ki tidak tenang atau tidak tenteram (ttg keadaan, perasaan); bergelora: Negara itu sedang ~ dgn perang saudara. Hatinya ~ memikirkan peristiwa itu. pergolakan keadaan bergolak; keadaan tidak tenang; kekacauan dlm hal politik dll.Kamus Pelajar
umbang-ambing; mengumbang-ambingkan 1. menggerak-gerakkan turun naik (kapal dibuai ombak dll), mengapung-apungkan turun naik; 2. ki menjadikan tidak tenang (fikiran dll), menjadikan bergelora (perasaan): sementara aku diumbang-ambingkan perasaan kacau, terdengar bunyi pintu diketuk orang; terumbang-ambing 1. bergerak-gerak turun naik (terenjut-enjut), timbul atau hanyut ter-apung-apung turun naik di permukaan air (bkn perahu dll yg dibuai ombak): perahu yg di-usung ribut ke tengah samudera ~ menunggu kapal besar datang menolong; 2. ki dlm keadaan yg berkecamuk (tidak tentu tujuan), gelisah atau bergelora, berkacau-bilau (fikiran dll): Dahlan sendiri sedang ~ dlm kebim-bangan; di sana hatinya ~; keterumbang-ambingan keadaan yg ter-umbang-ambing: malah mereka sendiri meng-hadapi krisis ~ budaya dan krisis identiti; perumbang-ambingan perihal terumbang-ambing.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas