Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sirih tidak pinang tidak,
     Pinang muda dalam bilik;
Kasih tidak kenang tidak,
     Saja hamba berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(748)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
distosia(Ubat) proses bersalin yg sukar dan lambat disebabkan oleh pelbagai masalah, spt kontraksi rahim yg tidak berkesan dan ke­taknormalan saiz fetus.Kamus Dewan Edisi Keempat
bertohor air liursudah banyak memberi nasihat tetapi tidak juga berkesan;Kamus Dewan Edisi Keempat
cair1 tidak keras dan tidak berupa gas tetapi dpt meleleh atau mengalir: Lilin akan menjadi ~ apabila dipanaskan. 2 terdapat airnya lebih banyak; lw pekat: larutan yg ~. mencair menjadi cair: Air batu ~ apabila berada dlm suhu yg tinggi. mencairkan menjadikan cair. cairan sesuatu yg cair; cecair. kecairan perihal atau keadaan cair: Disebabkan ~nya, bahan itu kurang berkesan. pencairan perihal, proses dsb mencair atau mencairkan: ~ air batu di kawasan pergu­nungan. pencair bahan yg mencairkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kesan1. tanda yg ditinggalkan oleh sesuatu; bekas tapak kaki dll; jejak:Kami tidak melihat sebarang ~ manusia di situ. 2. sesuatu yg timbul drpd sesuatu kejadian; akibat: Peperangan akan meninggalkan ~ yg buruk kpd rakyat. 3. perasan atau fikiran yg timbul setelah membuat (membaca dll) sesuatu:Ucapannya tadi menimbulkan ~ yg kurang baik. berkesan 1. meninggalkan kesan atau bekas:Tumbukan dan tendangan budak-budak nakal itu ~ di tubuhnya. 2. menimbulkan atau mendatangkan akibat, perubahan dll: Apakah tindakan yg paling ~ utk mencegah penyeludupan? keberkesanan keadaan atau hal berkesan (bkn tindakan, keadaan atau hal berkesan (bkn tindakan, aturan dsb). mengesan 1. mencari sesuatu dgn mengikut kesan; mengekori:Pihak polis sedang ~ perompak-perompak yg lepas lari itu. 2. menandakan perjalanan atau kedudukan sesuatu (pd kertas dll):Radar dpt ~ perjalanan kapal-kapal di selat itu. mengesankan meninggalkan kesan; membiarkan sbg kesan:Kejadian itu ~ kehampaan di hatinya. memperkesankan menjadikan atau menyebabkan berkesan. pengesan 1. alat (spt radar dll) yg digunakan utk mengesan sesuatu. 2. orang yg pandai mengesan (mengikut jejak) sesuatu.Kamus Pelajar
gila1. tidak sihat atau tidak waras fikirannya (otaknya, ingatannya): kelakuannya spt orang ~; rumah (sakit) ~ rumah sakit tempat menggubat orang gila; anjing ~ anjing yg kena penyakit, anjing yg berbahaya; 2. penyakit tidak sihat otak (fikiran, ingatan); 3. bp tidak spt yg seharusnya (semestinya, selalunya), tidak normal, luar biasa; anyam ~ anyam yg tidak tentu coraknya; harga ~ harga yg bukan biasa, terlalu mahal (murah); main ~ melakukan sesuatu sekehendak hati sahaja (spt meninggalkan tugas atau kerja sesuka hati, berzina, dll); 4. ki terlalu gemar (asyik, sayang, cinta, dll) akan sesuatu: dia tu ~ menengok wayang; ~ angau sangat ingin akan perempuan (lelaki), gila urat; ~ anjing = penyakit anjing ~ sj penyakit virus yg berbahaya pd anjing; ~ asyik (berahi, hati) terlalu cinta (asyik); ~ babi = ~ sawan sj penyakit ayan, pitam (sawan) babi, epilepsi; ~ bahasa = ~-~ bahasa rempang bahasa, kurang sihat sedikit atau tidak panjang fikirannya (cepat marah, pemberani, tidak malu, dll perangainya); ~ bayang cinta akan seseorang yg tidak tahu akan cintanya (tidak dibalas); ~ bayang-bayang perasaan ingin akan sesuatu yg tidak mungkin diperoleh; ~ gadis (perempuan) terlalu gemar akan perempuan; ~ hormat sangat suka dihormati (dimuliakan) orang; ~ isim gila kerana tersalah mengamalkan (menuntut) ilmu batin; ~ judi terlalu suka bermain judi; ~ kebangsaan selalu bersemangat (berusaha) utk memperjuangkan (memajukan) bangsanya; ~ kuasa sangat ingin mendapat kuasa; ~ pangkat a) sentiasa ingin mendapat (mengejar) pangkat; b) berubah kelakuannya (sikapnya) setelah mendapat pangkat tinggi; ~ politik selalu asyik dgn cita-cita (kegiatan-kegiatan) politik; ~ renang = ~-~ air agak kurang sihat ingatannya (fikirannya); ~ seks kecenderungan atau keinginan yg melampau (kuat) terhadap aktiviti seksual; ~ talak tidak sihat fikirannya kerana bercerai (selalu teringat-ingat akan bekas isteri atau suaminya); ~ urat sangat ingin akan perempuan (lelaki), gila angau; tiap ~ tiap berkongkong, tiap mandi tiap bergosok prb spt orang yg berbicara, setiap kali berbicara, setiap kali membayar belanja perbicaraan; gila-gila 1. bertingkah laku, bersikap dsb spt orang gila, seolah-olah, seakan-akan atau pura-pura gila: ini bukanlah tempat dan masanya utk bergurau dan berperangai ~; watak ~ ini memang susah juga, tetapi ada seronoknya; 2. berbuat dgn sekehendak atau sesuka hati tanpa memikirkan akibat atau kesannya dsb: dia memang suka memandu kereta ~ tanpa memikirkan keselamatan orang lain; 3. melampaui had atau batas yg sepatutnya, berlebih-lebihan, keterlaluan, bukan-bukan: suatu langkah yg berkesan harus diambil segera utk membendung kenaikan harga barang keperluan yg ~ sejak kebelakangan ini; bergila-gila 1. = gila-gilaan, menggila berkelakuan (berperangai dll) spt orang gila (tidak menggunakan fikiran, mengikut perasaan sahaja); 2. = tergila-gila terlalu amat ingin (suka, asyik, cinta, berahi) akan sesuatu: anak-anak muda sekarang banyak yg ~ mahu hidup di bandar; kulihat banyak gadis yg ~ kepadanya; 3. = menggila semakin sangat, menjadi-jadi, berlebih-lebihan; menggila 1. menjadi-jadi, bergila-gila: batuknya ~; peperangan sudah ~; 2. berkelakuan spt orang gila, bergila-gila: di dlm hatinya berharapkan semoga musuhnya akan ~ terus kepadanya; 3. berasa sangat asyik (suka, gemar, dll): pemuda yg ~ kepadanya; 4. menyebabkan gila (sangat kasih, suka sekali, dll); 5. berjalan (belayar dll) dgn laju sekali, tiada teratur dll (bkn kereta, kapal, dll): di jalan raya, motokar makin ~; korvet-korvet ini kian ~ di atas air spt ular kena palu; menggilai 1. terlalu mengasihi (mencintai, mengingini, dll): siapa nama perempuan yg digilainya?; memperoleh sotong-sotong yg ~ cahaya api; 2. = menggilakan Mn menjaga (memelihara, melayani, dll) baik-baik; menggilakan 1. menjadikan (menyebabkan) gila, membuat supaya gila; 2. = mempergilakan menganggap (melayani dll) spt orang gila, mempermainkan (memperolokkan); 3. Mn menjaga (memelihara); tergila-gila terlalu suka (ingin, asyik, dll) sangat: jangan ~ sangat hendak kahwin; tergila-gilakan terlalu sangat suka (ingin, asyik, cinta, dll) akan (seseorang atau sesuatu): abang sudah ~ gadis lain; ~ kuasa; kegilaan 1. perihal gila; 2. terlampau sangat suka (asyik): pemuda-pemuda yg ~ dan kedahagaan wanita mengajak pelayan-pelayan itu berbual; penulis-penulis muda di Singapura ~ mengadakan perjumpaan; 3. keadaan (peristiwa dll) yg tidak biasa atau berlebih-lebihan: memandang ~ alam dgn warna-warna senjanya yg keras, terang, pekat, kacau dan menakutkan; peristiwa seumpama itu ialah peristiwa yg boleh dikatakan ~; 4. ketololan, kebodohan; kegila-gilaan 1. sedikit gila, agak gila; 2. seakan-akan gila tampaknya: kalau diteruskan, hasilnya adalah bercorak ~ sahaja; gelak ketawa yg terlalu ~; 3. terlalu suka (asyik, gemar, dll) sangat, tergila-gila.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkesan1. meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda), berbekas: beberapa kali ia disebat tetapi sedikit pun tidak ~ pd kulitnya; 2. menimbulkan hasil (kesudahan dsb) yg diharapkan, membawa kpd sesuatu perubahan (perkem­bangan dsb), efektif: kerajaan akan meneru-kan langkah dan tindakan yg ~ utk meninggikan taraf hidup rakyat; pasukan tentera telah melancarkan serangan yg ~ ke atas musuh; 3. mendatangkan sesuatu penga­ruh kpd pemikiran (sikap, watak, dsb) seseorang atau sesuatu golongan dll (spt mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan, dll), efektif: kata-kata Mawi pagi tadi masih ~ benar di hatinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
membekas1 meninggalkan bekas: Kesedihannya tidak ~ keluar. 2 menimbulkan kesan yg kuat; sangat berkesan: Segala nasihat gurunya ~ dlm hatinya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
efektif(éféktif) ada kesannya (pengaruhnya), berkesan, mujarab (bkn ubat): satu sistem perkhidmatan awam yg ~ tidak akan wujud semata-mata kerana pelaksanaan disiplin yg kuat sahaja.Kamus Dewan Edisi Keempat
berjejak1 meninggalkan bekas kaki; berkesan: Berjalan di atas pasir mesti ~. 2 menginjak (di); bertumpu: Kakinya tidak ~ di bumi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berjejak1. meninggalkan bekas (kaki dll), berkesan: berjalan di lumpur ~; 2. menginjak di, bertumpu di: kakinya tidak ~ di bumi;Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas