toya | bp tidak bertenaga; tidak bermaya; lemah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
toya | bp tidak bertenaga; tidak bermaya; lemah. | Kamus Pelajar |
lemah | 1 tidak bertenaga; tidak kuat: Badannya ~ kerana tidak cukup tidur. 2 kurang cekap dlm sesuatu: Ia ~ dlm pelajaran matematik. ~ gemalai (longlai) gerakan tubuh yg elok ketika berjalan dll. ~ hati mudah dipengaruhi orang; tidak teguh hati. ~ lembut baik budi pekerti; tidak pemarah. ~ semangat mudah terperanjat (jatuh sakit dll). melemahkan menyebabkan menjadi lemah: Kurang tidur akan ~ badan. memperlemah menyebabkan menjadi lebih lemah. kelemahan keadaan atau hal lemah. pelemahan perbuatan atau hal melemahkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
letih | tidak bertenaga; penat: Ayahnya tertidur di kerusi kerana terlalu ~. meletihkan menyebabkan menjadi letih; memenatkan: Berjalan kaki berbatu-batu ~ badan. keletihan 1 keadaan atau rasa letih; kepenatan. 2 berasa letih; dlm keadaan letih: Laksamana dan Sang Setia tersandar di bawah pokok itu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
letih | tidak bertenaga, penat: kerana terlalu ~ dan lesu, ia pun tidur dgn nyedarnya; ~ lelah = ~ lesu penat benar; meletihkan menjadikan letih, memenatkan; keletihan 1. perihal letih, kepenatan: anaknya tidur dlm ~; 2. sangat letih: anak muda itu sedang ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lemah persendian | tidak bertenaga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
letak | (létak) 1. tidak bertenaga, lemah, letih: badan saya berasa ~ selepas berjalan sehariharian; 2. lapar; ~-letai letih benar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rengsa I | /réngsa/ 1 tidak bertenaga; lemah badan; malas utk melakukan sesuatu. 2 = ~ sengsara, remuk ~ berasa sangat sengsara; menderita kesusahan hidup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerengsaan | 1. rasa lemah badan (tidak bertenaga), kelesuan; 2. keadaan atau rasa gatal-gatal, pedih, merah, panas dsb pd sesuatu bahagian badan, iritasi: ini akan menimbulkan ruam dan ~ pd kulit; tempat suntikan yg berulang-ulang boleh menyebabkan ~; 3. mengalami keadaan rengsa: perbezaan ini kelihatan kecil, tetapi sebenarnya kulit bayi lebih mudah terjejas, mudah ~ dan terdedah kpd kerosakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
boyak II | (orang yg) gemuk tetapi tidak bertenaga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |