keparat | 1. kafir, tidak bertuhan; 2. bk (kata makian) celaka, bangsat, jahanam: tutup mulutmu betina ~; anak ~ anak celaka; kena ~ kena tulah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orang yg tidak bertuhan | orang yg tidak percaya adanya Tuhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuhan I | sesuatu (spt dewa dsb) yg dipuja oleh golongan manusia yg agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kpd Tuhan Yg Esa; bertuhan percaya kpd atau memuja tuhan; ~ kpd memuja (mendewakan) sesuatu sbg tuhan; bertuhankan bertuhan kpd: ~ harta benda; mempertuhan, mempertuhankan menganggap (memuja) sesuatu sbg tuhan, memperdewakan sesuatu: suatu pemikiran yg ~ harta, spt pemikiran dan fahaman kapitalis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Tuhan II | Allah yg mencipta alam semesta: Nabi Musalah yg pertama sekali dapat bercakap dgn ~ di Bukit Tursina; ~ Yg Esa Allah yg hanya satu (tunggal); bertuhan percaya kpd Tuhan; orang yg tidak ~ orang yg tidak percaya adanya Tuhan; ketuhanan 1. sifat keadaan Tuhan: Maha Suci bagi Allah yg tinggi ~-Nya dan tiada sekutu bagi-Nya; menunjukkan ~-Nya menunjukkan sifat-sifat keadaan-Nya sbg Tuhan; 2. perihal Tuhan; ilmu ~ ilmu mengenai Tuhan dan agama; 3. kepercayaan (kebaktian) kpd Tuhan, dasar percaya kpd Tuhan yg Maha Esa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |