mustahil | tidak boleh jadi, tidak mungkin, tidak masuk akal: dahulu orang memikirkan bahawa penyakit kusta ini ~ dapat diubati; memustahilkan menganggap mustahil, menganggap tidak mungkin: jangan ~ sesuatu kejadian yg belum kamu ketahui; kemustahilan 1. perihal mustahil; 2. sesuatu yg tidak mungkin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepandaian | kecerdikan, kemahiran, kepintaran: ada wang tetapi tidak ada ~, tidak boleh jadi juga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cupak I | 1. ukuran isi utk beras dll (suku gantang): maka disantap oleh Bendahara habis nasi segantang dan susu searai dan sakar se~; 2. = ~ asli Mn adat drpd datuk nenek; ~ sudah tertegak, suri sudah terkembang prb Mn telah lama adat berdiri bagi tiap-tiap pekerjaan; kalau se~ tidak boleh jadi segantang prb sesuatu yg sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi; lenggang-lenggok bagai ~ hanyut prb lenggang dan langkah yg lemah lembut; membawakan ~ ke negeri orang prb Mn memakai adat sendiri di negeri orang; mencupak menyukat dgn cupak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harus | 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib: kita mempunyai kepentingan sendiri yg ~ dijaga; engkau ~ berlaku adil dan saksama; 2. boleh jadi, mungkin: padinya ~ tidak menjadi disebabkan kekurangan air; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb), mungkin: ~ seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan; 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan, jaiz, mubah: mandi tiga kali sehari adalah ~ hukumnya di sisi agama Islam; seharusnya sepatutnya, semestinya: sudah ~lah kita memelihara diri drpd kekejian; mengharuskan 1. memandang mustahak, (perlu, patut), memestikan, mewajibkan: penuntut-penuntut sekolah diharuskan memakai pakaian seragam; 2. membolehkan, membenarkan, mengizinkan: pd bait ketiga ulangan suara itu kurang sesuai, tah diharuskan bersajak dgn ta; agama Islam ~ perceraian; keharusan 1. sesuatu yg harus (patut dll) dilakukan atau sesuatu yg mesti terjadi, kemestian, kewajiban: membela maruah orang tuanya memang suatu ~; 2. sesuatu yg boleh berlaku atau mungkin berlaku (terjadi), kemungkinan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urung | tidak jadi (permainan dll), batal: maka ~lah maksud orang itu drpd memiliki tanah itu; tidak ~ tidak boleh tidak; mengurungkan menjadikan tidak jadi, mem-batalkan (maksud, tujuan, dll): maksud hendak berjalan keluar diurungkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mungkin | tidak mustahil, boleh jadi, harus: apa yg dikatakan oleh orang itu memang ~ ter-jadi; secepat (selekas) ~ (dgn) secepat yg boleh, (dgn) secepat-cepatnya; sedapat ~ sedapat-dapatnya; memungkinkan 1. menyebabkan mungkin, menjadikan mungkin, mengharuskan: ke-matian mereka ~ terjadinya sesuatu yg tidak diingini oleh manusia; 2. memberi kesempatan (kpd), membolehkan (melakukan sesuatu): ini tidak ~ si pengarang dapat mengata-kan dia sudah banyak membaca; 3. menganggap mungkin (boleh jadi), memandang tidak mustahil; kemungkinan perihal mungkin, keharusan: beberapa orang pakar sejarah sedang me-nyelidiki ~ agama Islam dibawa dr negeri China; berkemungkinan mempunyai kemungkinan, ada kemungkinannya: dgn ini bererti masih ada sistem planet di bintang lain yg ~ lebih tua usianya drpd planet bumi; ketidakmungkinan perihal tidak boleh terjadi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meniskalakan | menyebabkan sesuatu menjadi tidak berwujud: unit pengetahuan tidak boleh ~ perkara tersebut drpd pembawanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batal | 1 tidak diakui sah; tidak berlaku lagi: Jika orang yg sedang berpuasa menghisap rokok, maka ~lah puasanya. 2 tidak jadi diteruskan; tidak berhasil; gagal: Cita-citanya hendak mendaki Gunung Tahan ~ kerana musim tengkujuh. membatalkan 1 menyebabkan jadi batal: Ali, cuba awak sebut perkara-perkara yg ~ puasa. 2 menyatakan tidak sah atau tidak berlaku lagi; memansuhkan: Hanya parlimen saja yg boleh ~ sesuatu undang-undang. 3 menyatakan tidak jadi diteruskan; membuat supaya tidak jadi: Amerika telah ~ bantuannya kpd negara-negara yg bermusuh dgnnya. terbatal sudah batal atau dibatalkan: Kontrak itu ~ jika syarat-syaratnya tidak dipatuhi. pembatalan hal atau perbuatan membatalkan. pembatal sesuatu yg membatalkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membatalkan | 1 menyebabkan jadi batal: Ali, cuba awak sebut perkara-perkara yg ~ puasa. 2 menyatakan tidak sah atau tidak berlaku lagi; memansuhkan: Hanya parlimen saja yg boleh ~ sesuatu undang-undang. 3 menyatakan tidak jadi diteruskan; membuat supaya tidak jadi: Amerika telah ~ bantuannya kpd negara-negara yg bermusuh dgnnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
harus | 1 boleh dilakukan dan boleh juga ditinggalkan (kedua-duanya tidak berdosa); jaiz. 2 boleh jadi; mungkin: Dia ~ tidak datang, kerana hari hujan. 3 berkemungkinan besar; patut: Kita ~ menjaga nama baik keluarga kita. mengharuskan 1 menjadikan boleh dilakukan atau ditinggalkan; membolehkan; membenarkan: Allah mengharamkan riba dan ~ jual beli. 2 menjadikan patut atau elok: Kita diharuskan berpakaian kemas dan bersih. keharusan 1 keadaan atau sifat harus: ~ berkhatan lewat (dlm syariat Nabi Noh) telah dibatalkan dan diharamkan (dlm syariat Nabi Musa). 2 keadaan mungkin; kemungkinan: ~ berlakunya rusuhan di negara itu adalah besar. 3 sesuatu yg harus atau patut dibuat (dilakukan): Menjaga ketertiban tingkah laku ialah satu ~ bagi kita. seharusnya sepatutnya; selayaknya: Dia tidak ~ bertindak terburu-buru begitu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |