jinak | 1 tidak liar atau tidak buas (bkn binatang): Binatang yg ~ mudah ditangkap. 2 tidak malu-malu atau tidak takut-takut lagi; ramah: perempuan yg ~. ~-~ lalat tidak begitu rapat atau mesra (bkn pergaulan dsb). ~-~ merpati ramah dan mudah mesra tetapi sukar dipikat (bkn perempuan). berjinak-jinak mencuba-cuba merapatkan diri dgn seseorang dsb; beramah-tamah dgn mesra. menjinaki beramah-tamah dgn (seseorang): Dia pandai ~ orang. menjinakkan melatih sesuatu supaya tidak liar: Manusia sudah lama pandai ~ binatang-binatang spt kerbau, lembu. kejinakan sifat atau keadaan jinak: Kanak-kanak itu hairan melihat ~ haiwan tsb. penjinak orang yg menjinakkan binatang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jinak | 1. tidak liar atau tidak buas (bkn binatang): Binatang yg ~ mudah ditangkap. 2. tidak malu-malu atau tidak takut-takut lagi; ramah:perempuan yg ~. ~-~ lalat tidak begitu rapat atau mesra (bkn pergaulan dsb), ~-~ merpati ramah dan mudah mesra tetapi sukar dipikat (bkn perempuan). berjinak-jinak mencuba-cuba merapatkan diri dgn seseorang dsb; beramah-tamah dgn mesra. menjinaki beramah-tamah dgn (seseorang):Dia pandai ~ orang. menjinakkan melatih sesuatu supaya tidak liar: Manusia sudah lama pandai ~ binatang-binatang spt kerbau, lembu dll. penjinak orang yg menjinakkan binatang | Kamus Pelajar |
buas | tidak diternak atau tidak dipelihara (ttg binatang); liar lagi ganas: Dahulunya binatang ~ spt harimau, gajah banyak di kawasan ini. membuas berlaku buas; berbuat bengis dan aniaya; berlaku bengis: Pengganas-pengganas semakin ~ di kawasan sempadan Malaysia-Thai. kebuasan keadaan atau sifat buas; keganasan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
buas | tidak diternakkan atau tidak dipelihara (ttg binatang); liar lagi ganas: Dahulunya binatang ~ spt harimau, gajah dll banyak di kawasan ini. membuas berlaku buas; berbuat bengis dan aniaya; berlaku bengis: Pengganas-pengganas semakin ~ di kawasan sempadan Malaysia-Thai. kebuasan keadaan atau sifat buas; keganasan. | Kamus Pelajar |
liar | 1. tidak dipelihara (binatang), tidak jinak, buas, tidak dijaga (tumbuh-tumbuhan), terbiar: binatang-binatang ~ di dlm hutannya termasuk gajah, harimau, beruk, mawas, dll; 2. tidak tetap, gelisah (pandangan dll), buas, ganas (perangai manusia): dgn ~ ia memandang ke sekelilingnya; ~ mata selalu mengalihalih pandangan; 3. tidak sopan-santun (perbualan, permainan, dll), tidak beradab: ia masih tertawa ~; peguam itu menyifatkan tuduhan tersebut sbg tuduhan yg ~; matanya merayap-rayap di atas ruangan siri cerita wanita ~ yg biasa menjadi siaran akhbar itu; orang ~ orang biadab; 4. tidak teratur, tidak mempunyai aturan; pasukan ~ Id pasukan yg tidak teratur (bukan tentera rasmi); rumah ~ Id rumah haram; sekolah ~ Id sekolah persendirian (tidak menurut syarat-syarat yg ditentukan oleh kerajaan); berliar-liar selalu berlaku liar: Daim budak peliharaannya itu sudah pun pandai ~; meliar menjadi liar (kelakuan, tumbuh-tumbuhan dll): misai dan janggutnya itu terbiar begitu tebal dan ~ sekali tumbuhnya; matanya ~ ke kiri dan ke kanan jalan; meliarkan menjadikan liar: falsafah pendidikan Barat yg semakin menjauhkan dan ~ generasi Islam drpd roh dan keperibadiannya sendiri; keliaran perihal (sifat, keadaan, dsb) liar: dia tidak pernah berfikir tentang ~ anak-anak kota dgn hidup yg tidak menentu; Alias Ali hanya memaparkan soal ~ hidup dan pendedahan seks anak-anak muda; berkeliaran berjalan (terbang dll) ke merata tempat, merayau; ®keliar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jinak | 1. tidak liar (buas, garang, galak, dll): binatang yg ~; 2. bp tidak takut-takut (malu-malu, segan-segan, dll), ramah: perempuan yg ~; 3. Id tidak bersemangat, tidak revolusioner; ~-~ lalat seseorang yg bercampur dgn orang lain tetapi tidak begitu rapat atau mesra; ~-~ merpati perempuan yg kelihatannya ramah dan mudah didapat, tetapi apabila didekati menjauhkan diri; berjinak-jinak 1. = berjinak-jinakan beramah-tamah, bergaul dgn ramah; 2. ki mengadakan hubungan (pertalian dsb) dgn, bermesra: lambat laun mereka akan mula ~ dgn kedai-kedai lain; semakin hari semakin ramai orang ~ dgn puisi dan madah; menjinaki menegur dgn ramah-tamah, beramah-ramah dgn; menjinakkan, memperjinak 1. membuat (melatih dll) supaya jinak: sejak zaman purbakala manusia sudah pandai ~ binatang; 2. berusaha supaya menjadi ramah: mereka nampaknya berebut-rebut ~ diri mereka; kejinakan perihal (sifat atau keadaan) jinak: kami leka dgn ~ burung-burung itu; penjinakan perbuatan (usaha dsb) menjinakkan (binatang): mengikut kajian sejarah, ~ binatang yg ada sekarang ini kebanyakannya berlaku di benua Asia dan Eropah; penjinak orang yg menjinakkan binatang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkara | 1. perbuatan yg jahat (bengis, buas, ganas): berbuat ~ kpd sesama manusia; 2. buas, ganas: binatang yg ~; 3. = ~ murka mementingkan diri sendiri, serakah, tamak: selama ada orang yg ~, tidak aman harta benda orang; 4. sl perbuatan kurang ajar (terhadap isteri orang dll), cabul: berbuat ~ akan anak gadis orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melindungi | 1. menudung supaya tidak kelihatan (jangan terkena sesuatu dll): pondok saya tidak nampak dr sini kerana dilindungi belukar; 2. memberi pertolongan (bantuan dll), membela, memberi naungan: mahkamah bertanggungjawab ~ masyarakat drpd malapetaka jenayah; beberapa ekor kambing biasanya dipelihara bersama-sama biri-biri utk ~ biri-biri drpd serangan binatang buas; 3. tidak memperlihatkan (secara terang-terangan) atau mendedahkan sesuatu, menyelimuti kebenaran (kejahatan dll), menyelubungi: mereka sangat bijak ~ hasrat yg hendak disampaikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buas | 1. ganas, galak: binatang yg ~; 2. bengis, kejam, zalim: hatta sekali persetua pencuri terlalu ~ dlm negeri Melaka; 3. tidak terkawal: utk memuaskan nafsu ~;membuas mengganas, berlaku bengis: perompak-perompak sangat ~ pd masa ini;kebuasan kebengisan, keganasan, kezaliman: menahan nafsu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
binatang | makhluk yang bernyawa dan tidak berakal (seperti kucing, anjing, kuda, dan lain-lain), haiwan; binatang angkara binatang buas; binatang buruan binatang yang diburu (untuk dagingnya); binatang berdarah panas (Bio) binatang yang suhu badannya tetap; binatang berdarah sejuk (Bio) binatang yang suhu badannya berbeza daripada suhu persekitarannya; binatang dua alam binatang yang mula-mulanya hidup dlm air dan kemudiannya di darat (seperti katak dan lain-lain), amfibia; binatang hidup-hidupan binatang ternak; binatang kerip = binatang mengerip binatang yang mengerip (mempunyai gigi depan yang tajam), rodensia; binatang loceng binatang halus yang berbentuk loceng (vorticella); binatang lunak binatang yang berbadan lunak dan berkulit keras, moluska; binatang maging binatang yang makan daging, karnivor; binatang maserba binatang yang makan serba makanan, omnivor; binatang maun binatang yang makan tumbuhan, herbivor; binatang menceruh binatang yang memamah biak; binatang reptilia binatang berdarah sejuk yang merayap atau menjalar (seperti ular, buaya, dan lain-lain); binatang susu binatang yang menghasilkan susu; binatang ternak binatang yang diternak; binatang tahan palu, manusia tahan kias prb mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan (sindiran); | Kamus Dewan Edisi Keempat |