menegak | 1. lurus ke atas, tidak condong atau miring: sesuatu garisan itu ~ jika ia menghala ke pusat bumi ini; 2. bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke peringkat yg lebih tinggi dlm tangga yg sama dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jermang | kayu pendek yg diletakkan secara mendatar utk menopang perahu dll supaya tidak condong; berjermang merangkak; patah tongkat ~ prb harus terus berusaha dlm keadaan bagaimana sekalipun (jangan sekali-kali berputus asa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menunjang | 1 menyokong supaya tidak rebah atau tidak condong. 2 memberikan bantuan atau sokongan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tunjang | 1 menyokong supaya tidak rebah atau tidak condong. | Kamus Pelajar |
menunjang | 1 menyokong supaya tidak rebah atau tidak condong. | Kamus Pelajar |
jejak II | Jk 1. lurus, tegak (tidak condong); 2. teratur baik, tetap (tidak berubah-ubah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunjang | sesuatu yg menjadi asas dan menopang sesuatu yg lain: Amanah merupakan ~ pertumbuhan sesuatu masyarakat yg baik dan berharmoni. akar ~ akar dr batang dan tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah. bertunjang berpegang teguh atau bersandar pd. menunjang 1 menyokong supaya tidak rebah atau tidak condong. 2 memberikan bantuan atau sokongan. tunjangan bantuan atau pertolongan berupa wang dll yg diberikan. penunjang 1 orang yg memberikan tunjangan atau bantuan; penyokong. 2 orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
condong | 1 tidak tegak betul; senget ke sebelah: Tiang bendera itu ~ sedikit. 2 ki suka (kpd); memihak (kpd); cenderung: Dia lebih ~ kpd permainan drpd pelajaran. mencondongkan membuat supaya condong; menjadikan condong: Dia ~ badannya ke depan. kecondongan keadaan condong: Kedua-dua garis yg telah anda lukis mempunyai ~ yg berbeza. pencondongan perbuatan atau hal mencondongkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecondongan | 1. perihal atau keadaan condong (tidak tegak lurus, senget ke sebelah): ~ tiang elektrik itu semakin teruk; 2. kecenderungan, minat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
condong | 1. tidak tegak betul; senget ke sebelah: Tiang bendera itu ~ sedikit. 2. ki suka (kpd); memihak (kpd; cenderung: Dia lebih ~ kpd permainan drpd pelajaran. mencondongkan membuat supaya condong; menjadikan condong: Dia ~ badannya ke depan. kecondongan keadaan condong: Kedua-dua garis yg telah anda lukis mempunyai ~ yg berbeza. pencondongan perbuatan atau hal mencondongkan. | Kamus Pelajar |