kekurangan | 1. tidak (tidak cukup) mempunyai atau mendapat sesuatu yg diperlukan dll: kerja-kerja yg dijalankan tergendala kerana pejabat tersebut ~ kakitangan; serba ~ tidak cukup segala-galanya; 2. perihal atau keadaan kurang (tidak mencukupi): kemiskinan bukan terbatas kpd ~ makanan dan kebendaan semata-mata; 3. jumlah yg kurang atau yg menjadikan sesuatu tidak genap (tidak cukup dll), baki: yg dibayarnya tidak cukup, banyak juga ~nya; 4. cacat cela, ketidaksempurnaan, kelemahan: ia manusia biasa yg mempunyai ~, bukan nabi, bukan malaikat; perhimpunan penulis-penulis itu telah membincangkan beberapa ~ dlm novel-novel Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepalang | 1 = alang ~ tidak cukup; sedikit. bukan alang ~, = bukan ~ amat sangat; bukan main; melampau. 2 = ~ tanggung tidak cukup; tidak sempurna atau kurang sempurna. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
senteng | /sénténg/ 1 tidak cukup panjangnya (bkn baju, kelambu dll); singkat. 2 tidak cukup wang; kekurangan wang: hidup ~ hidup serba kekurangan. menyentengkan 1 menjadikan senteng; menyingkatkan; memendekkan. 2 menjadikan kurang atau tidak cukup; mengurangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepalang | 1. = alang ~ tidak cukup; sedikit. bukan alang ~, = bukan amat sangat; bukan main; melampau. 2. = ~ tanggung tidak cukup; tidak sempurna atau kurang sempurna. | Kamus Pelajar |
kepalang tanggung | tidak cukup; tidak sempurna atau kurang sempurna. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepalang | 1. = alang ~ (terlalu, sangat) sedikit, tidak memadai, tidak berapa atau tidak cukup (besar, tinggi, dll); bukan (alang) ~ bukan sedikit, (terlalu) banyak, bukan buatan, bukan main, amat sangat: bukan alang ~ perbelanjaannya; medannya indah bukan ~, rantaunya luas bagai dibentang; bukan ~ terperanjatnya dia; 2. = ~ tanggung kurang sempurna, tidak cukup, tanggung-tanggung: kalau kita tidak mempunyai cukup persediaan, ~lah kita mengadakan Hari Raya tahun ini; jangan ~ jangan tanggung-tanggung (kurang sempurna), jangan tidak mencukupi; 3. = sudah ~ sudah terlanjur, sudah separuh jalan (membuat sesuatu): sudah ~ dibuat biarlah dihabiskan kerja itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebuluran | tidak cukup makanan; menderita bulur; kelaparan: Jika peperangan ini berlanjutan, akan ~lah rakyat jelata. | Kamus Pelajar |
alang kepalang | tidak cukup; sedikit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebuluran | 1 tidak cukup makanan; menderita bulur; kelaparan: Jika peperangan ini berlanjutan, akan ~lah rakyat jelata. 2 keadaan atau kejadian bulur: Disebabkan kekurangan makanan, maka berlakulah ~ di kawasan bencana itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
serba kekurangan | tidak cukup segala-galanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |