informal | tidak formal, tidak mengikut cara dsb yg sudah menjadi kebiasaan atau yg sudah ditetapkan: mesej yg disampaikan kpd pembaca dilakukan secara ~ supaya tidak ketara bahawa penulis memaksa para pembaca menerima mesej tadi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kasual | (bkn pakaian) tidak formal: Beberapa orang peragawati sedang memperagakan pakaian ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kasual | (tentang pakaian) tidak formal: Linda telah menunjukkan beberapa ciptaan pakaian ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa asing | bahasa yg bukan bahasa ibunda sendiri, yg dipelajari secara formal atau tidak formal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berengkau | menggunakan perkataan engkau apabila bercakap-cakap utk menunjukkan hubungan yg mesra dan tidak formal: tapi baiklah kita menyebut nama dan memakai perkataan biasa saja, ~ berkamu, beraku, sebab begitu lebih mesra rasanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
status | taraf atau kedudukan (negara, orang, dll): guru-guru mestilah mengenal pasti matlamat kurikulum tidak formal yg boleh memberi kesan kpd ~ dan pencapaian pelajar; berstatus mempunyai atau ada status: pengunjung pusat spa terdiri drpd golongan ~ tinggi yg ingin mendapatkan kesegaran mental dan fizikal; berstatuskan mempunyai sesuatu sbg status: bangunan itu dibina di atas tanah yg masih ~ tanah pertanian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jean | /jin/ seluar panjang drpd kain yg tebal dan tahan lasak, dan dipakai sbg pakaian tidak formal. berjean memakai jean: Dia ~ dan bersinglet. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
borak | perbualan mesra, tidak formal, biasanya tentang hal-hal yg tidak serius atau tidak penting: dia meneruskan ~nya lagi; berborak, berborak-borak, memborak berbual(-bual) kosong, bergebang: ramai juga orang sedang ~ di situ; memborakkan bercakap besar (membongak) tentang sesuatu: dia selalu ~ kekayaannya;pemborak (orang yg) suka berborak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diglosia | (Lin) kewujudan dua variasi bahasa dlm sesuatu bahasa mengikut situasi, yg satu lebih tinggi statusnya apabila berada dlm situasi formal berbanding dgn yg satu lagi dlm situasi tidak formal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
engkau | ganti nama diri kedua (utk orang yg setaraf atau yg lebih rendah, digunakan juga utk Tuhan sewaktu berdoa), kamu, awak, lwn aku; si engkau sl orang yg disebut engkau, orang rendahan: jikalau umpama ~ si aku sekalipun, jika dgn titah tuanku patik sekalian pertuanlah; berengkau menggunakan perkataan engkau apabila bercakap-cakap utk menunjukkan hubungan yg mesra dan tidak formal: tapi baiklah kita menyebut nama dan memakai perkataan biasa saja, ~ berkamu, beraku, sebab begitu lebih mesra rasanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |